Menipu Dalam Peperiksaan - Berbaloikah Kejayaan Begitu?

Filed Under Motivasi, Peperiksaan · Tagged: , , , ,  

Assalamualaikum & salam sejahtera..

tiru.jpg

Asyik-asyik peperiksaan. Awal-awal tahun dah tulis tentang peperiksaan. Huh… Mengerikan peperiksaan ini.

Peperiksaan merupakan satu peristiwa yang penting bagi kehidupan seseorang pelajar. Jika di zaman persekolahan hanya ada beberapa periksaan penting, di universiti boleh dikatakan tiap-tiap semester ada peperiksaan penting. Betulkan Syia?. Umum berpendapat hanya keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan menjamin kejayaan masa depan yang gemilang.

Oleh sebab itu ramai yang sanggup melakukan apa saja agar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Ada yang mengambil pendekatan positif dengan belajar awal agar persediaan rapi dapat dilakukan. Tahniah untuk anda.

Tetapi ada yang bersikap sambil lewa terhadap peristiwa penting ini. Walau pun begitu mereka ini tetap menginginkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Sehinggakan golongan ini sanggup melakukan sesuatu yang menyalahi undang peperiksaan. Mereka sanggup menipu dan meniru dalam peperiksaan demi mendapat keputusan yang cemerlang. Berbagai cara dilakukan agar ‘toyol’ mereka tidak dapat dikesan. Lihat pada gambar dibawah. Pelbagai teknik [Read more]

Takwim Peperiksaan Tahun 2008

Filed Under Jadual Peperiksaan · Tagged: , , , , , , ,  

Assalamualikum & salam sejahtera….

exam.jpg

Hari ini penat sedikit sebab aktivit ko-kurikulum, 2 mesyuarat dan lawatan dari unit ICT Jabatan Pelajaran Wilayah. Hari ini juga syarikat penyelenggaran turut datang untuk menyelenggara makmal komputer bagi PM4. Semua tu saya terlibat dengan secara langsung.

Oh lupa… Hari juga latihan intensif pasukan catur sekolah bermula. Jadi tiada apa yang saya dapat kongsikan.

Baiklah di sini saya sertakan Takwim Peperiksaan Tahun 2008 yang saya copy & paste dari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi sesiapa yang mempunyai anak, adik atau abang sila catatkan tarikh penting ini. Kalau boleh minta cuti waktu ini bagi menemani anak mengambil peperiksaan. Seronok sungguh saya lihat ibubapa di sekolah saya berkampung setiap kali UPSR :)

jadualpep2008.jpg

Bagi yang akan menghadapi peperiksaan tahun ini saya doakan semoga berjaya. Ingat mulakan belajar dari sekarang. Jangan tunggu dekat nak periksa baru nak mula. Kalau belum mempunyai panduan dapatkan buku-buku motivasi seperti Motivasi Alihan Pelajar atau hadirkan diri dalam program program motivasi dan persediaan peperiksaan.

Sekian wassalam

Cikgu Farizal

Aku, Catur & Dot Dot Dot

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

goldchess.jpg

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai pengalaman saya mula mengenali catur.

Catur lambang kebijaksanaan dan individu yang mahir bermain catur merupakan individu yang bijak. Saya mula mengenali permainan ini sejak di sekolah rendah lagi. Waktu itu saya melihat abang saya bermain dengan kawan sekolahnya. Walau pun tak faham saya tengok juga dan bertanya bagaimana cara untuk mengerakan buah-buah catur. Selepas sahaja abang saya habis bermain catur, kawan saya yang kebetulan adik kawan abang saya mengajak saya bermain (dua-dua orang tak tahu main catur :( ). Kami pun bermain. Di akhir pemainan hanya tinggal dua-dua “king” sahaja. Macam mana nak menang ni?

Ketika di sekolah rendah saya tidak berpeluang bermain catur dan saya hanya mewakili sekolah dalam pertandingan dam sahaja. Ok lah banyak teknik yang diajar oleh Cikgu Hassan kepada saya tentang dam. Kira power la juga saya main dam aji kat sekolah :)

Di sekolah menengah saya, ada seoraong kawan yang mewakili negeri Kedah dalam permainan catur. Dia dan saya merupakan “musuh ketat” untuk pelajaran matematik. Dia merupakan wakil budak asrama dan saya wakil budak luar untuk matematik. Kehebatannya dalam catur mengecilkan lagi diri saya daripadanya :(

Selepas tamat PMR saya mendapat panggilan [Read more]

Next Page »