Thu 10 Jan 2008
Siri Saintis Cilik- Buku Yang Lengkap Untuk Melahirkan generasi Saintis
Posted by Cikgu Farizal under Buku Pilihan , SainsNo Comments
Buku ini ditulis khas untuk Saintis Cilik seperti anak-anak anda. Ia menunjukkan cara-cara membina dan menyediakan sesebuah projek atau eksperimen dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi dari persekitaran. Anda dan anak anda juga akan mengetahui sejarah ringkas, prinsip-prinsip sains yang terlibat dan dakta-fakta menarik tentang projek yang dilakukan.
Buku ini dapat memenuhi kehendak guru-guru sains dan ibu bapa yang tercari-cari bahan bacaan berfaedah untuk saintis-saintis cilik di bawah jagaan anda. Ia boleh digunakan sebagai rujukan asas untuk demonstrasi dan eksperimen sains di sekolah atau kegiatan masa lapang dan hobi di rumah.
Setiap topik di dalam buku ini di susun secara “langkah demi langkah” agar mudah difahami dan diikuti oleh pembaca. Ia juga lengkap dengan gambar-gambar dan ilustrasi-ilustrasi yang menarik demi untuk meningkatkan kefahaman pembaca.
Semoga set ini dapat membantu anak-anak anda dan remaja melakukan aktiviti dan mempunyai hobi yang sihat, berfaedah dan menyeronokkan. Percayalah tidak ada yang lebih mengembirakan anda dan anak-anak daripada melihat hasil kejayaan “kerja tangan” sendiri.
Buku-Buku Yang Terkandung Dalam Siri Ini:
- Buku 1: Radio Buku Benang
- Buku 2: Motor Klip Kertas
- Buku 3: Telegraf Kadbod
- Buku 4: Pembesar Suara Cawan Kertas
- Buku 5: Bateri Limau Nipis
Ciri-Ciri Buku:
- Disampaikan dalam dwi-bahasa: Bahasa Melayu & Inggeris
- Berkulit Keras
- Penuh Ilustrasi Bewarna-warni
- Didatangkan dengan kotak simpanan khas
Bagaimana Siri Ini Bermanafaat Buat Anak-Anak Anda:
- Membina pengetahuan asas sains yang mantap
- Mendapat motivasi daripada sejarah hidup saintis yang berjaya
- Mengembangkan daya kreatif minda anak-anak
- Menggalakkan anak-anak mencintai sains
- Mengenal peralatan sains
- Belajar prinsip asas sains
- Menanamkan persepsi bahawa sains itu mudah dan menyoronokkan
- Menarik anak perempuan menyukai bidang elektrik & elektronik yang lazimnya dimonopoli oleh anak lelaki
- Menerobos fobia yang mengatakan sains, elektrik dan elektronik itu susah
- Menafikan yang elektrik dan elektronik itu merbahaya kepada anak-anak
- Menguasai bahasa Inggeris
- Memupuk semangat mesra alam sekitar kepada anak-anak
- Mendidik anak-anak menghargai barang terbuang
Buku ini boleh didapati secara online di Adik Bijak Dot Com



