Cikgu Farizal Dot Com Dilancarkan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sejak dari lepas solat Isyak semalam sehingga ke Asar hari ini saya bertungkus lumus mencari theme yang terbaik untuk blog Cikgu Farizal Dot Com.

Akhirnya saya memilih theme Biru 2.0 yang dibina oleh anak melayu yang lebih dikenali sebagai Neutronics dari neutronics.syokz.org sebagai theme blog Cikgu Farizal Dot Com ini.

Setelah memilih theme tersebut, saya melakukan sedikit pengubahsuai bagi memenuhi ciri-ciri yang saya inginkan. Untuk mendapatkan theme tersebut anda boleh memuat turunnya di http://neutronics.syokz.org/2008/01/05/biru-20-wordpress-theme-for-download/

Saya memilih hari ini 10 Januari 2008 bersamaan 1 Muharram 1429 sebagai tarikh pelancaran secara rasmi blog Cikgu Farizal Dot Com kerana pada hari ini umat Islam di seluruh dunia menyambut Ma’al Hijrah 1429. Walaubagaimanapun domain cikgufarizal.com telah hampir setahun dibeli dan blog ini telah lebih sebulan dibina.

Tarikh keramat ini dipilih sebagai dorongan untuk saya melakukan penghijrahan minda dalam kerjaya saya sebagai cikgu.

Tujuan saya mewujudkan blog ini adalah sebagai sokongan kepada kerjaya saya sebagai cikgu dan ia akan dijadikan platform untuk saya berkongsi maklumat dan pengalaman sebagai guru dengan seluruh warga cyber khasnya guru-guru di Malaysia.

Blog ini akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan dunia pendidikan seperti kurikulu, ko-kurikulum dan seumpamanya.

Blog ini dapat dilayari dengan baik sekiranya anda menggunakan pelayar Mozilla Firefox. Jika anda menggunakan internet explorer kuran dari versi 7.0 ia akan terdapat sedikit masalah. Masalah tersebut akan saya cuba baiki dari masa ke semasa.

Akhir sekali diharap kehadiran blog ini akan merancakkan lagi dunia blogger khasnya bagi blog yang berteraskan pendidikan.

Sekian wassalam.

Selamat Tahun Baru Hijrah

Cikgu Farizal

Comments

7 Responses to “Cikgu Farizal Dot Com Dilancarkan!”

  1. neutronics MALAYSIA on January 10th, 2008 12:58 pm

    Assalamualaikum bro..
    Dah keluar fix verion untuk Internet Explorer 6.. ;)

  2. Cikgufarizal MALAYSIA on January 10th, 2008 4:26 pm

    Yer ker. TQ.

  3. Cikgu Farizal Dot Com »  Alangkah Indahnya Miliki Blog…. MALAYSIA on January 12th, 2008 2:31 am

    [...] bangga dan puas hati kerana memiliki blog, pertama kali saya rasa setelah dengan rasminya melancarkan blog Cikgu Farizal Dot Com semalam. Rasa bertapa indahnya memiliki blog [...]

  4. Blog Cikgu Farizal Dot Com Dilancarkan Dengan Rasminya! di Blog Ibnu Hassim AUSTRALIA on January 12th, 2008 3:03 am

    [...] akhirnya impian saya untuk memiliki “blog sendiri” tercapai jua dengan terlancarnya Cikgu Farizal Dot Com. Berbanding dengan Ibnuhassim Dot Com, Cikgu Farizal Dot Com adalah sebuah blog yang menceritakan [...]

  5. Cikgu Anda MALAYSIA on January 13th, 2008 1:53 pm

    Tahniah cikgu. Satu usaha yang baik. Teruskan berblog, jangan hanya separuh jalan saja. :)

  6. Cikgu Farizal MALAYSIA on January 13th, 2008 2:05 pm

    Terima kasih Cikgu Anda. Insyaallah blog ini akan berpanjangan :)

  7. CikguNayan MALAYSIA on January 20th, 2008 6:57 am

    Ayuh semua insan yang bergelar cikgu!!!….Jom kita meriahkan blog CikguFarizalDotCom ni…dapatlah kita berkongsi maklumat yang berguna. Semoga banyak lagi blog berkaitan pendidikan yang akan muncul selepas ini…

    All the best for u CikguFarizal

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!