Fri 11 Jan 2008
Assalamualaikum & salam sejahtera…
Hari ini saya merasakan sedikit perubahan pada semangat dan cara saya bekerja sejak saya memiliki blog peribadi khas untuk kerjaya saya sebagai guru. Sebelum ini saya memang sudah mempunyai banyak blog dihosting berbayar (saya hanya ada satu blog di blogspot.com) untuk pelbagai tujuan. Tetapi tidak sama dengan memiliki blog ini.
Perasaan bangga dan puas hati kerana memiliki blog, pertama kali saya rasa setelah dengan rasminya melancarkan blog Cikgu Farizal Dot Com semalam. Rasa bertapa indahnya memiliki blog “sendiri”.
Semangat untuk bekerja juga meningkat. Apakah mungkin ini kesan dari memiliki blog sendiri atau ini hanya semangat sementara di awal tahun. Moga ia terus berkekalan sehingga akhir tahun semangat ini. Amin.
Blog “sendiri”? Mengapa saya katakan blog ini blog sendiri? Apakah blog saya yang lain itu blog untuk orang lain?
Perasaan saya terhadap blog ini agak berlainan berbanding blog saya yang lain mungkin disebabkan penggunaan domain yang menggabungkan kerjaya saya dan nama saya.
Sejak melancarkan blog ini semalam. Beberapa perkara yang menekan diri saya seakan-akan hilang. Mungkin kini saya telah mempunyai tempat untuk meluahkan perasaan saya (kira ni tempat mengadu lah ni
). Tempat tersebut ialah di blog ini.
Dan banyak lagi perasaan yang saya tidak dapat ungkapkan. Untuk merasakan apa yang saya rasa. Miliki lah blog sendiri. Kalau boleh dengan menggunakan domain sendiri. Kalau anda tak tahu bagaimana untuk membina blog sebegini anda boleh dapatkan panduanya di BloggingKits.com.
Sekian, Wassalam
Cikgu Farizal



January 12th, 2008 at 9:26 am
Akum cikgu,
Lama dah salam sebegini tak diucap untuk penerang cahaya ilmu..cantik, bersih dan tersusun blog cikgu nie…
January 12th, 2008 at 12:11 pm
Salam Abeku,
Terima kasih kerana melawat blog saya.
January 14th, 2008 at 2:09 pm
Assalamualaikum Cikgu… Tahniah! dengan pelancaran blog terbaru ni. Ini kira nak branding Cikgu Farizal la ni…
Lepas ni bole la kami dapatkan info tentang dunia perguruan dari blog ini. Semuga blog ini bermanfaat untuk kita semua.
Err…tak der pulut kuning ker
January 14th, 2008 at 2:36 pm
Waalaikummusalam Jimie,
Terima kasih. Gitu ler kiranya….
Pulut kuning? Insyaallah akan ada tapi lambat sikit.
January 20th, 2008 at 8:59 pm
sy juga berminat ingin memiliki bolg sendiri..harap kita dapat berkongsi ilmu yer…
January 30th, 2009 at 10:11 pm
slm…emm bgus ler blog c’gu ni..
byk info…iman pn b’minat nk de blog sdri gak…tp mmg 0 psl blog,
pjg umur mrh rzki….leh ler c’gu ajr iman yer
April 7th, 2009 at 12:17 am
ini adalah pertama kali saya melawat blog ni,,, tetapi saya amat terpikat dengan bahan ilmiah yang ada disini,, malah saya dapat rasakan keikhlasan cikgu menulis setiap artikel di sini,, tahniah di atas kewujudan blog ini,,
p/s : blog juga melambangkan identiti kita