Sat 12 Jan 2008
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Berapa ekor kambing? Ini adalah soalan yang sering saya soal kepada murid dalam kelas pertama matematik. Tidak kira saya mengajar tahun4, 5 atau 6. Mungkin kalau saya mengajar tahap 1 sekali pun saya akan cuba tanya soalan ini.
Tujuan saya bertanya soalan bergini adalah untuk melihat kemampuan murid berfikir secara kreatif. Jika murid mampu menjawab. Sudah tentu murid tersebut berfikiran kreatif.
Soalan tersebut berbunyi bergini:
Di sebuah padang ada sejumlah manusia dan kambing. Jumlah bilangan kepala manusia dan kambing ialah 20. Jumlah bilangan kaki manusia dan kambing ialah 50. Berapa ekor kambingkah yang terdapat di padang tersebut?
Syarat :Kambing dan manusia adalah normal. Bukan cacat![]()
Baiklah, saya tinggalkan soalan ini untuk anda. Jawapan dan cara jawapan akan saya berikan minggu hadapan
Nota: Untuk soalan ini, bagi saya jawapan tak penting tetapi cara mendapatkan jawapan tersebut. Maklumlah murid sekolah rendah
Edit 19 Januari 2008: Klik untuk jawapan…
Sekian wassalam
Cikgu Farizal



January 12th, 2008 at 6:53 pm
kaki kambing & manusia = 50 kaki
kepala kambing & manusia = 20 kepala
**************
4 kaki X 5 ekor kambing = 20 kaki kambing
(kambing ada 4 kaki lerrr)
Asal 50 kaki – 20 kaki kambing = 30 kaki manusia
kesimpulannya, 30 kaki manusia / 2 kaki = 15 orang..
(manusia ada 2 kaki, mana manusia ada 4 kaki lorrrrrr)
manusia = 15 orang
kambing = 5 ekor (jawapan)
korang faham tak ni?…heheehehe
January 13th, 2008 at 9:16 am
Iyalah…Betul tak jawapan Zul tu Cikgu Farizal? Terror la Zul nie…
January 13th, 2008 at 10:37 am
Jawapan Zul tu memang betul. Tapi jalan kerja tu musykil sikit.
January 19th, 2008 at 10:34 pm
[...] Baiklah, seperti yang dijanjikan, pada hari ini saya akan memberi jawapan bagi soalan uji minda, berapa ekor kambing? [...]
January 20th, 2008 at 1:39 pm
x – bilangan manusia
y – bilangan kambing
Persamaaan 1 (Jumlah bilangan kepala manusia dan kambing ialah 20.)
x + y = 20
Persamaan 2 (Jumlah bilangan kaki manusia dan kambing ialah 50)
2x + 4y = 50
Selesaikan persamaan serentak di ats, dapatla
x = 5
January 20th, 2008 at 1:40 pm
eh silap, bukan x, tapi y = 5.
Soriii
January 20th, 2008 at 1:58 pm
hehe..mula2 ingat nak bagi jawapan yg mcm cikgu bagi tu, persamaan dlm matematik…tp, terpikir plak sy hanyalah budak sekolah rendah, so pakai congak jer, cikgu…kekekkee..
apa2 pun klao cikgu ada soalan lain lagi, ingat nak jwb lagi…syoklah pulak..hehe
February 11th, 2010 at 10:46 pm
alamak…saya yang masuk universiti pon x tau mo jawab…hehe