Analisa Kelas Yang Saya Ajar Tahun ini.

Filed Under Blog · Tagged: , , , , , , , ,  

Assalamualaikum & salam sejahtera…

komiksedangbelajar.jpg

 

Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai kelas-kelas yang saya ajar tahun ini.

Alhamdullillah, tahun ini saya tidak ditugaskan sebagai guru kelas. Bagi saya tugas guru kelas adalah tugas yang paling berat dalam segala tugas guru. Dua tahun pengalaman menjadi guru kelas membuatkan saya faham benar akan tugas guru kelas.

Tugas guru kelas adalah menyeronokan jika kita tidak sering keluar sekolah. Pada tahun lepas saya agak kerap keluar sekolah sehingga ada ibubapa yang komplain :( kelas anaknya banyak ketinggalan. Tapi alhamdullillah, akhirnya anaknya dapat juga A dalam subjek matematik untuk UPSR :)

Tahun ini saya hanya mengajar dua subjek dan dua tahun iaitu subjek science year 5 dan subjek mathematics year 6.

Baiklah, untuk subjek mathematics year 6, saya mengajar 2 kelas, Tahun 6 Cekal & Tahun 6 Jaya.

Dan bagi subjek science year 5, saya mengajar Tahun 5 Cekal, Tahun 5 Gigih & Tahun 5 Jaya.

Bagi sekolah saya urutan kelas dari baik ke lemah adalah bermula dengan Maju, Cekal,Tekun & Gigih, dan Jaya. Kelas Tekun & Gigih adalah kelas yang setara dan dihuni oleh murid sederhana.

Walaupun tugas mengajar tahun ini adalah untuk dua subjek teras & jumlah waktu mengajar adalah 30 waktu termasuk perhimpunan tetapi saya rasa tugas tahun ini agak ringan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Jadi saya yakin tahun ini keputusan yang lebih cemerlang akan terhasil. Insyallah.

Baiklah untuk maklumat lanjut tentang diri saya anda boleh lihat di ruangan blogger :)

Analisa kelas

Setelah hampir tamat minggu ke-3 tahun ini. Inilah serba sedikit yang saya dapat fahami mengenai kelas yang saya sedang ajar.

Mathematics Tahun 6 Cekal

Kelas yang boleh belajar dengan sendiri. Tapi perlu banyak penegasan dalam membuat kerja rumah. Jika diabaikan sedikit mula ler bising :( Ramai murid kelas ini saya telah ajar mereka pada tahun lepas sewaktu mereka di 5 Cekal. Bezanya waktu itu saya mengajar mereka subjek science.23

Mathematics Tahun 6 Jaya

Kelas yang paling lemah. Ada seorang murid lagi yang tidak tahu membaca. Rajin buat kerja sekolah kalau kita bertegas. Terdapat 5 murid yang berpotensi untuk membuat kejutan!

Untuk tahun 5 saya rasa generasi ke-2 PPSMI ini agak baik berbanding senior mereka. Untuk subjek science saya memerlukan masa yang lebih untuk memahami murid. Walaubagaimanapun dari segi sikap. Insyaallah murid-murid ini mempunyai potensi jika dapat diasuh dengan baik.

Itu sahaja perkongsian kita untuk malam ini :)

Sekian, wassalam

Cikgu Farizal

Comments

2 Responses to “Analisa Kelas Yang Saya Ajar Tahun ini.”

  1. lili MALAYSIA on January 17th, 2008 7:59 am

    tahniah cikgu, awal tahun lagi cikgu dah kenalpasti anak2 murid cikgu, macam tu senangla nak buat pelan tindakan betul tak? bukan ape…skrg ni masih ade pelajar tercicir dek sikap cikgu yg takde perancangan….

  2. Cikgu Farizal MALAYSIA on January 17th, 2008 11:13 pm

    Tq Lili, itu ler dunia sekarang.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!