Hari Ini Syaitan Menang…

Filed Under Blog, Nasihat · Tagged: , , ,  

Assalamualaikum & salam sejahtera….

asuhokt2007.jpg

Apa khabar hari ini? Moga sihat hendak-Nya…

Hari ini seperti biasa saya mengajar di sekolah. Hari ini hanya ada dua kelas. Sejam kelas sains dan sejam kelas matematik.

Kelas sains dijalankan pada waktu akhir. Sewaktu saya ingin memulakan kelas tiba-tiba pintu kelas diketuk oleh Cikgu Nazri. Cikgu Nazri meminta kebenaran untuk membuat pengumuman.

“Kepada semua murid Bakti Petronas, esok kelas Bakti Petronas batal”, Cikgu Nazri membuat penguman.

Ye! sambut semua murid dalam kelas. Best-best, esok kelas batal, sambung sebahagiannya.

Sebaik sahaja Cikgu Nazri beredar. Saya pun bertanya kepada murid-murid. ” Kamu rasa seronok esok kelas Petronas batal?”

“Mesti lah Cikgu”.

Saya bertanya lagi. ” kamu tahu tak ada makluk lain yang lebih gembira daripada kamu?”

“Siapa Cikgu?”

bdkbacaalquran.jpg“Syaitan”, jawap saya. ” Syaitan lebih gembira daripada kamu. Pertama dia gembira sebab kamu tak belajar besok. Ke dua dia gembira sebab kamu gembira kamu tak belajar esok. Jadi hari ini syaitan telah mengalahkan kamu. Kamu baca Majalah Asuh kan?”

Semua murid diam.

” Bila sesuatu majlis ilmu dibatalkan, jangan sekali-kali kamu bersorak kegembiraan. Itu menandakan kamu tak suka ilmu dan syaitan suka berkawan dengan orang yang bergitu. Kamu suka jadi kawan syaitan?” Tambah saya lagi.

“Tidak,” jawab murid-murid perlahan.

“Cukuplah kamu mengucapkan terima kasih kepada orang yang memberitahu kamu.” Saya menambah lagi.

Kelas kembali sunyi dan saya membiarkan kelas sunyi seketika.

“Ok class.. We continue our lesson with… Useful and harmful microorganisms”.

Sekian, wassalam

Cikgu Farizal

Comments

5 Responses to “Hari Ini Syaitan Menang…”

  1. syia MALAYSIA on January 19th, 2008 8:43 am

    hehe perr syia kalau cikgu cakap kelas batal pun seronok.. aiyok tapi kalau ada cikgu yang nasihat lak.. terus senyap.. insaf :)

  2. Cikgu Farizal MALAYSIA on January 19th, 2008 11:39 am

    Memang semua orang seronok kalau kelas batal. Tapi yang besorak tu yang tak berkenan tue.

  3. Cikgu Anda MALAYSIA on January 20th, 2008 8:49 am

    Rata² murid pastinya seronok kalau tak belajar, namun masih ada sebilangan yang seronok nak belajar. Masalah di sini ialah niat dan objektif.

    Perlu ditanya murid, “Apa tujuan awak ke sekolah?”

    Sebab itu perlu ditanam motivasi yang tinggi dalam diri mereka, ramai antara murid ni tiada tujuan datang ke sekolah. Mereka lebih suka bermain sepanjang masa di padang walaupun panas terik dari masuk ke kelas untuk belajar.

    Sebenarnya masalah sebegini juga berlaku di kalangan pelajar universiti. :)

  4. aunty MALAYSIA on February 3rd, 2008 12:39 am

    pandai cikgufarizal jawab erks!!

    kat skul aunty pulak….kalo cikgu yang suker cubit n suker pukul-pukul n baling buku deme,memang deme suker kalo tak datang sekolah..

    TAPI…kalo cikgu pj n muzik n seni n agama n arabic yang tak datang….misti deme cari satu skul….bile sampai period cikgu tuh…

    BIler diselidiki…ruper-rupernyer..kaedah penyampaian cikgu-cikgu yang mereka suka amat3 menarik n menghiburkan…!!!

  5. Cikgu Farizal Dot Com »  Mahalnya… MALAYSIA on February 6th, 2008 9:46 pm

    [...] hasutan syaitan yang menyebabkan kita beranggapan [...]

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!