5 Ekor Kambing Semuanya…

Assalamualaikum & salam sejahtera..

kambing.jpg

Baiklah, seperti yang dijanjikan, pada hari ini saya akan memberi jawapan bagi soalan uji minda, berapa ekor kambing?

Ya, tepat sekali jawapan yang diberikan oleh Zul. 5 ekor kambing jawapannya. Tahniah Zul. Tetapi cara Zul menulis jawapan perlu dibaiki lagi. Cara Zul menulis jawapan adalah cara orang bijak matematik dan cara itu hanya akan difahami oleh orang yang bijak matematik. Walaubagaimanapun cara tersebut tidak salah)

Cara memberi jawapan yang baik (pada pandangan saya) ialah jawapan tersebut dapat difahami oleh orang yang tidak pandai matematik. Waktu saya di sekolah menengah dulu pun saya menghadapi masalah untuk menulis jawapan.

Jawapan tahu tetapi cara nak tulis tidak tahu :(

Abang saya menasihatkan supaya saya menulis jawapan seolah-olah cikgu matematik tersebut tidak pandai matematik.

Baiklah, seperti yang saya tulis dalam soalah tersebut. Jawapn tidak penting, tetapi cara menulis yang penting.

Ini cara menulis jawapan yang saya ingin kongsikan.

Cara 1:

Jika anda seorang pelajar sekolah menengah, tentu anda tahu soalan yang diberikan boleh diselesaikan dengan menggunakan persamaan linear.

Diberi;

  1. Jumlah kepala kambing & manusia ialah 20 biji. Jadi jumlah manusia & kambing adalah 20. Ini kerana kambing dan manusia masing-masing hanya mempunyai 1 kepala.
  2. Jumlah kaki manusia & kambing ialah 50.

Biar;

k = kambing & m = manusia

Jadi;

k + m = 20 —————– persamaan (i)

4k + 2m = 50 ————– persamaan (ii)

————————————————–

Darab persamaan (i) dengan 2, maka;

2k + 2m = 40 —————- persamaan (iii)

—————————————————

Persamaan (ii) tolak persamaan (iii)

4k + 2m = 50 —————- persamaan (ii)

(-)
2k + 2m = 40 —————- persamaan (iii)
———————————————-

maka ; 2k = 10

oleh sebab itu k = 2/10
k = 5

Oleh itu bilangan kambing adalah 5 ekor.

Anda hanya boleh menjawab soalan jika anda adalah pelajar sekolah menengah dan anda telah pun belajar bab persamaan linear.

Bagaimana jika saya memberi soalan ini kepada murid sekolah rendah. Bagaimana jawapan yang saya inginkan?

Baiklah, ini adalah cara memberi jawapan yang saya harapkan dari murid sekolah rendah.

Langkah pertama;

Lukis 20 biji bulatan yang mewakili jumlah kepala kambing dan manusia.

20bulatan.jpg

Langkah 2;

Lukis 2 garisan yang mewakili kaki bagi setiap bulatan yang mewakili kaki manusia. Kaki manusia 2 dan yang paling minimun dalam soalan ini.

2kakibulatan.jpg

Sekarang kira jumlah kaki (garisan) yang telah digunakan.

20 x 2 = 40 kaki

Baki kaki yang masih belum digunakan ialah

50 - 40 = 10 kaki.

Langkah ketiga;

Lukis lagi 2 garis yang mewakili kaki bagi setiap bulatan hingga habis baki kaki (10 kaki).

jwpkambing.jpg

Sekarang kira jumlah bulatan yang mempunyai 4 garis.

jwpkambing2.jpg

Ya, semuanya 5 bulatan yang mempunyai 4 garis yang mewakili 5 ekor kambing.

Sekarang anda boleh lihat. Walaupun anda tidak belajar persamaan linear anda masih mampu menjawap soalan ini jika anda memahami konsep matematik. Sekarang terbukti matematik itu mudah tetapi mencabar :)

Sekian, wassalam

Cikgu Farizal

Comments

6 Responses to “5 Ekor Kambing Semuanya…”

  1. Cikgu Farizal Dot Com »  Berapa Ekor Kambing? MALAYSIA on January 20th, 2008 2:27 pm

    [...] Edit 19 Januari 2008: Klik untuk jawapan… [...]

  2. Cikgu Azleen MALAYSIA on March 30th, 2008 7:33 pm

    Boleh tak agaknya soalan ini ditujukan pada murid pemulihan ya?

  3. Cikgu Farizal MALAYSIA on March 30th, 2008 11:19 pm

    Rasanya boleh try kot. Cuba Cikgu try

  4. topo MALAYSIA on April 3rd, 2008 8:20 pm

    agak menarik cara ni….

  5. samdaddycool MALAYSIA on June 19th, 2008 8:44 am

    … best gak cerita kambing… ingatkan apa benda kambingnya.. :)

    …tak boleh jawab la… kepala dah kurang guna matematik yang kompleks…setakat kira untuk meniaga je sekarang (paling tinggi pun hanya guna %)…

    anyway… good post and good answer method.. :)

  6. waty MALAYSIA on July 29th, 2008 9:07 pm

    bole bagi soalan yang dpt menarik minat pelajar lelaki tingkatan 2 x? khas soalan PJK.. kebanyakan pelajar asyik nak main jer tp xnk blaja

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!