Thu 24 Jan 2008
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Hari ini mesyuarat @ taklimat pertandingan catur peringkat Zon Bangsar bagi sekolah rendah diadakan di SK Seri Indah.
Penat juga saya mencari sekolah tersebut kerana ini kali pertama saya ke sana. Berkat panduan yang diberikan oleh cikgu-cikgu sekolah saya hanya tersasar sedikit sahaja iaitu ke SK Seri Mega.
Masalah yang saya hadapi adalah kerana lambat dapat surat dan surat tersebut tiada alamat penuh sekolah. Jadi terpaksalah saya ke sekolah dahulu untuk mengambil alamat penuh. Surat tersebut saya ambil semalam di sekolah semalam. Syukurlah selepas siapkan padang semalam Penolong Kanan 1 datang ke sekolah, jadi dapatlah saya meminta kebenaran beliau untuk mengambil surat tersebut
Tahun lepas seorang murid saya layak ke peringkat negeri. Malangnya murid tersebut telah pun ke sekolah menengah
. Saya berharap tahun ini, murid-murid tahun 2 yang saya telah bawa pada tahun lalu dapat menyerlah untuk kategori bawah 10 tahun.
Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan catur MSSMKL 2008 sila layar blog mereka di MSSMKL.BlogSpot.com
Tarikh tutup penyerahan borang penyertaan adalah pada 30 Januari 2008 iaitu pada hari rabu.
Sekian, wassalam
Cikgu Farizal



January 25th, 2008 at 12:43 pm
assalammualaikum cikgu farizal.
saya adalah guru dari smk taman seri saujana kota tinggi.
saya layari blog cikgu farizal daripada carian google catur sekolah.
untuk pengetahuan cikgu,tahun ini sekolah saya baru mewujudkan kelab catur sekolah dan saya dilantik sebagai ketua.
oleh itu,saya amat meminta jasa baik cikgu untuk memberi kepada saya contoh perancangan taktikal,perancangan strategik 5 tahun dan perancangan perjumpaan mingguan.saya juga ingin berkongsi dengan cikgu tentang apa sahaja maklumat yang berkaitan dengan kelab catur sekolah.jasa baik cikgu amat saya hargai.
January 25th, 2008 at 6:17 pm
Waalaikummussalm Cikgu Mazni.
Insyaallah nanti saya cuba dapatkan.
January 25th, 2008 at 7:56 pm
[...] 1 jam kelas dengan 6 Cekal. Oleh kerana saya tidak dapat untuk masuk ke kelas kerana menghadiri mesyuarat catur peringkat Zon Bangsar saya telah meninggalkan sedikit latihan untuk disiapkan pada waktu [...]
January 25th, 2008 at 8:51 pm
Terima kasih Cikgu Farizal.
Saya perlu submit fail unit hari isnin ni.
Dapat surat hari ni..:)
Saya juga nak lebih info tentang pengurusan kelab catur sekolah.
Bagus idea Aunty.Boleh perturunkan ilmu chess pada para pelajar.
February 13th, 2008 at 12:33 am
[...] adalah lancar. Saya perlu melalui Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Kelang Lama untuk sampai ke sini. Sewaktu mula-mula hadir ke sekolah ini untuk mesyuarat ke johanan ini saya hampir juga sesat. Tetapi dengan panduan yang diberikan oleh guru-guru senior sekolah, saya telah berjaya sampai [...]
February 17th, 2008 at 11:43 pm
saya sampai harinie tatau camner nak maen chess…
tp saya ader set chess yg unik.. beli dari bali..hand made… ukiran..
takder orang yg sudi nak ajar saya maen chess pun..
maen dam tau la…