Buku Saya Hilang Cikgu!

Filed Under Disiplin · Tagged: , , , ,  

Assalamualaikum & salam sejahtera…

dohomework.jpg

“Ok class, have you done your work?” I ask 6 Cekal class’s after the class finished recite doa.

“Yes sir,” the class answer.

“Ok good. So today we continue with the same book Alpha book’s.”

“Take out your text book. Open page 61 and do all the questions”

After gave the instruction, I walk around the class to make sure that all pupil do their work.

“Eh.. Why you use paper? where your book?” I ask one of my pupil.

“Tinggal kat rumah, Cikgu.” He answer me. “Make sure you copy all back in your Alpha Book and send to me by Monday.”

” Eh… Why you use new books? “.

” Buku saya hilang cikgu”

Ini adalah antara dialog saya dengan murid tahun 6 Cekal pagi tadi. Walaupun tak mahir bebahasa inggeris saya cuba lah juga. Itu adalah amanah dan saya di bayar 5% dari gaji pokok saya :)

Semalam saya sepatutnya mempunyai 1 jam kelas dengan 6 Cekal. Oleh kerana saya tidak dapat untuk masuk ke kelas kerana menghadiri mesyuarat catur peringkat Zon Bangsar saya telah meninggalkan sedikit latihan untuk disiapkan pada waktu itu.

Jadi hari ini saya ingin menyambung sedikit lagi latihan tersebut.

Malangnya ada yang tak bawa buku dan ada yang guna buku baru.

Apakah murid tersebut memang terlupa membawa buku? Dan seorang lagi memang bukunya hilang? Atau kerja yang ditinggalkan tidak disiapkan.

Ini bukan kali pertama saya menghadapi situasi sebegini. Tahun lepas ada murid baru masuk bulan 2 dah lima kali guna buku baru. Alasan buku hilang tetapi rupa-rupanya kerja tak pernah siap.

Saya kalau boleh tahun ini tidak mahu mendenda murid jadi saya sedang fikir apakah kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah ini tanpa tidakan disiplin.

Jadi apa cadangan anda?

Sekian wassalam,

Cikgu Farizal.

Comments

5 Responses to “Buku Saya Hilang Cikgu!”

  1. syia MALAYSIA on January 25th, 2008 10:07 pm

    mungkin boleh galakkan mereke setiap sorang ada file yang boleh letak kertas ada 2 tebuk lubang dekat belah kiri..file tu cikgu simpan kat bilik guru. setiap kali kelas.. cikgu passkan paper kosong kat murid untuk tulis jawapan, kelas seterusnye mintak dorang hantar dan letakkan dalam file tadi. tak de alasan tak bawak buku ke.. hehe

  2. aunty MALAYSIA on January 26th, 2008 12:12 am

    idea yang bagus jugak!!! Bagi aunty..sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu aunty amalkan kaedah nih:-

    1. Bagi murid-murid yang selalu ‘tak siap homework’ aunty simpan buku latihan dia sebelum aunty melangkah keluar dari kelas(walaupon tak siap keje)…coz kalau bagi dia bawak balik pun jawapan yang akan diterima tetap sama year in n year out…

    “teacher!silap bawak buku”
    “teacher! silap tengok jadual”
    “teacher! letih ler petang p SAR lagi”
    “teacher! tertinggal buku dalam laci meja kelasler”
    “teacher! tak sempat salinnler..cikgu dah padam”

    n many more alasan yang diberi…

    pernah buat macam cikgu cakap kat atas tuh…tapi hasilnyer tetap sama..

    2. macam tadi aunty dah invent 1 kaedah baru…kalau tak bawak buku n guna buku baru,salin ayat untuk homework tuh 5 kali setiap satu…dan kumpulkan yang mempunyai “budaya’ yang sama dalam 1 kumpulan den kita duduk dengan mereka sambil memerhati mereka buat kerja..Insyaallah berjaya..Aunty dok buat selain kaedah di atas..

    3. sekali-sekala bagi ganjaran berupa ‘barangan kesukaan’ murid-murid…bagi murid yang dah siap homework dengan kemas n betul…

    4. pamerkan carta prestasi kerja murid.kat dinding..Contohnya:
    tandakan ‘red star’ pada setiap latihan yang telah dibuat dengan sempurna..Setiap hujung bulan kirakan points yang dia dapat dan bagiler ganjaran..Aunty buat masa kat sjk(c) dulu-dulu dan nampak berkesan sekali..Alhamdulillah..

    Itu jer satakat ini..Insyaallah kalau ada lagi kaedah terbaru akan aunty postkan..

  3. Cikgu Farizal MALAYSIA on January 26th, 2008 7:06 pm

    Idea yang bagus dari Syia :) Tapi masalahnya Syia tak de tempat le pulak nak letak fail-fail tu :( Ini masalahnya meja kecil. Kan best kalau setiap cikgu ada ofis sendiri.

    Aunty, good idea. Nanti saya try tengok.

  4. martolavesitus MALAYSIA on May 20th, 2008 11:25 am

    Salam,

    Buat penilaian berterusan pelajar,macam di universiti,setiap kerja rumah yang diberikan akan diberi markah, contohnya 1 markah diberikan sama ada salah atau betul jawapan kerja rumah tersebut.

    Markah ini akan dikumpulkan dan mewakili 20% daripada markah keseluruhan untuk penggal tersebut,insyallah pasti pelajar sentiasa “buka buku”.

    Cara ini juga membuatkan pelajar sentiasa merasa bertanggungjawab keatas masa depan mereka.

    Ini cadangan saya kerana saya dapat rasakan pelajar kini makin pintar dan perlu dilayan secara lebih matang demi masa depan yang lebih gemilang.

  5. ezarn MALAYSIA on October 1st, 2008 1:58 am

    i faced the same problem!dgn budak dajah satu plak tuh…so far i only made them answer all questions on board alternately (kalo ramai sgt xbwk buku) slalunyer mesti almost 5..kita bg latihan just to make sure they understand kan.if the same pupils, i ask them to stand in front o the class and DANCE for their peers.hehe…it usually worked with year 1.kids from my class are quite proud.they crie just becaus ei ask them to stand at the back of the class for being naughty.tp cadangan simpan buku n fail tu pon sgt bernas.maybe i can practice it..hehe

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!