Motivasi Alihan Pelajar
Filed Under Buku Pilihan · Tagged: Buku Motivasi, Buku Pilihan, Dr Tengku Asmadi, Kurus MAP, MAP, Motivasi, Motivasi Alihan Pelajar, Ulasan Buku
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Alhamdullillah, akhirnya dapat juga saya menghabiskan pembacaan buku Motivasi Alihan Pelajar. Lama juga masa yang saya ambil untuk membaca buku setebal 246 muka surat ini. Kira-kira 5 hari baru saya habis membacanya. Seingat saya sewaktu zaman sekolah menengah dahulu, buku setebal ini saya mampu membaca 2 buah sehari. Mungkin waktu itu saya tidak sibuk dan komitmen juga kurang. Sekarang memang sukar untuk mencari ruang untuk membaca. Walaubagaimanapun saya sentiasa berusaha agar dapat membaca sekurang-kurangnya 2 buah buku sebulan.
Sewaktu membaca buku ini saya terfikir, alangkah bagusnya jika buku ini wujud 15 tahun yang lalu. Jika buku ini saya baca 15 tahun yang lalu mungkin hidup saya akan lebih cemerlang. Dan banyak kesilapan yang saya dapat elakan
Tetapi saya tetap yakin apa yang telah ditentukan oleh Allah untuk saya adalah lebih baik dari apa yang terbaik yang pernah saya fikirkan untuk diri saya
Sebanyak 23 bibliografi yang hebat menjadi rujukan penulis sudah cukup membuktikan buku ini adalah sebuah buku motivasi yang hebat dan wajib dibaca oleh semua golongan terutama pelajar. Ditambah pula buku ini dihasilkan dari pengalaman lebih dari 12 tahun penulis mengendalikan kursus Motivasi Alihan Pelajar. Seramai lebih 50 000 orang pelajar telah mengikut kursus motivasi tersebut.
Setiap kali mendengar suara Dr Tengku Asmadi di corong radio IKIM.FM membuatkan saya ingin benar mengetahui apa yang diajar oleh Dr Tengku Asmadi Motivasi Alihan Pelajar. Ungkapan Dr Tengku Asmadi “ Apa yang saya ingin lahirkan adalah pelajar yang belajar atas kehendak mereka sendiri” benar-benar menyentuh perasaan saya sebagai seorang guru. Persoalan bagaimana cara Dr Tengku Asmadi melakukannya sentiasa bermain diminda saya. Cikgu mana yang tak gembira bila pelajarnya belajar dengan kemahuan sendiri. Tak perlulah set induksi ditukar menjadi set bebelan kerana murid tidak menyiapkan kerja sekolah atau seumpamanya
Terbitnya buku ini merupakan satu rahmat dari Illahi kepada saya. Saya cuba mencari di kedai-kedai buku tapi tak jumpa. Macam orang mengidam pula saya mencari buku ini
Minggu lepas sewaktu sedang mencari buku di MPH Alpha Angle saya terperasan buku ini lalu tanpa segan-silu saya terus membelinya.
Buku yang mengandungi 26 bab ini disusun dengan baik dan ianya boleh dibaca tanpa perlu mengikut urutan bab. Anda boleh memulakan dari mana-mana bab yang anda suka. Ini kerana dalam setiap bab buku inidisertakan rujukan bab yang perlu dirujuk sekiranya perlu.
Bab 11 Gaya Pembelajaran adalah bab yang begitu menarik perhatian saya. Sebagai seorang guru inilah perkara yang perlu saya peka.
Baiklah jika ingin saya teruskan lagi menulis mengenai buku ini, rasanya 24 jam belum tentu cukup untuk saya. Jadi saya sarankan anda miliki sendiri buku ini. Buku ini boleh didapati secara online melalui laman blog Dr Tengku Asmadi sendiri di MotivasiAlihanPelajar.com.
Buku ini bukan sahaja wajib dimiliki oleh golongan pelajart malah ia juga baik untuk guru dan ibubapa. Sebagai guru anda tentu ingin mengetahui apa kaedah yang sesuai untuk pelajar belajar. Walaupun buku ini tidak menulis bagaimana untuk mengajar tetapi ia memberi tahu cara untuk pelajar belajar. Jika kita sudah memahami bagaimana cara belajar berkesan bolehlah kita menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai dengan pembelajaran pelajar.
Sebagai ibubapa anda tentu ingin mengetahu bagaimana cara sesuai untuk anak-anak anda belajar. Jadi dengan membaca buku ini anda akan lebih memahami cara yang sesuai untuk anak-anak anda belajar. Jadi jika anda sudah tahu cara yang sesuai untuk anak-anak anda belajar sudah tentu tiada lagi masalah anda untuk menyediakan persekitaran yang sesuai untuk anak anda belajar.
Walaubagaimana pun buku ini adalah sebahagian dari Kursus Motivasi Alihan Pelajar.
Sekian wassalam
Cikgu Farizal






assalamualaikum..
Setelah membaca post cikgu kali ini hati aunty terpanggil untuk ‘memiliki’ buku yang dimaksudkan cikgu…
Boleh tak cikgu nyatakan harga buku ini dan bolehkah aunty dapatkannyer kat mph di Jaya Jusco Ipoh,Perak?
Terima kasih di atas kerjasama cikgu..
Aunty rasa ingin applykan ‘kaedah’ untuk memotivasikan murid-murid KIA2M dan membantu guru pemulihan skul aunty mengimplement kaedah untuk memotivatekan murid-muridnyer agar menimbulkan keinginan untuk belajar sendiri tanpa dipaksa/diarah menggunakan ‘kekerasan suara’ atau ‘gertakan’ dsbnyer..
Terima kasih lagi sekali cikgufarizal!!! kerana sudi share ilmus dengan kami semua…
Waalaikummusalam Aunty,
Sama-sama, memang tujuan blog ini diwujudkan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman saya. Saya ingat perpatah inggeris ” More your share, More you get”
Harga buku tu RM 17.50 kalau beli dekat MPH
Tapi kalau beli dekat e-kedai.net baru RM 15.75. Saya ingat nak beli 3 nanti nak hadiahkan dekat bekas anak-anak murid
[...] kaedah yang diajar oleh Dr Tengku Asmadi dalam bukunya Motivasi Alihan Pelajar dapat membantu saya lulus dengan cemerlang PTK nanti. PTK tersebut dijadualkan pada bulan Ogos 2008 [...]
mekasih cikgufarizal…Yer3!!! Bagus3!!! hasrats cikgu tuh..Boleh ‘multiply’ ilmus yang sedia ada…n ‘mendapat gandaan pahaler’ coz menyebarkan ilmus yang bermanfaat…
[...] dekat nak periksa baru nak mula. Kalau belum mempunyai panduan dapatkan buku-buku motivasi seperti Motivasi Alihan Pelajar atau hadirkan diri dalam program program motivasi dan persediaan [...]
Assalamualaikum Cikgu, terima kasih kerana telah berkunjung ke blog saya. Terima kasih juga kerana mencoretkan sesuatu tentang buku MAP yang telah ditulis oleh saya. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan.
Kepada Aunty, buku MAP ini boleh dibeli di Kedai Buku Popular dan di MPH Jaya Jusco Ipoh. Dua hari lepas saya tengok tinggal senashkah sahaja lagi. Laris dan cepat habis stoknya. Di Kedai Buku Popular Ipoh Parade pun ada juga.
Assalamualaikum, first time saya enter blog.Semoga cikgu berjaya dalam penyebaran ilmu.