PTK Oh PTK
Filed Under Blog, PTK · Tagged: Exam, Komputer, Penilaian Tahap Kecekapan, Peperiksaan, PTK
Assalamualaikum & salam sejahtera….

Hari banyak perkara yang berjaya saya siapkan. Alhamdullillah syukur. Salah satu daripadanya menghantar borang PTK. Ini kali ke-2 saya akan menduduki peperiksaan PTK ini bagi tahap TK 1. Tahun lepas saya hanya mampu mendapat 2 bagi kedua-dua komponen
Itu lah akibatnya jika tidak cukup persediaan. Main belasah jer ambil peperiksaan tu. Tahun ini insyaallah saya lebih bersedia dan harap tahun ini dapat ler 4 bagi kedua-dua komponen tu.
Mungkin kaedah yang diajar oleh Dr Tengku Asmadi dalam bukunya Motivasi Alihan Pelajar dapat membantu saya lulus dengan cemerlang PTK nanti. PTK tersebut dijadualkan pada bulan Ogos 2008 nanti.
Doakan saya berjaya
Wassalam
Cikgu Farizal






Semoga berjaya Cikgu Farizal
PTK tu.. untuk gred ke?
assalamualaikum…
aunty pon sama….diam x diam dah nak masuk bulan februari…Ini bermakna lagi x sampai sebulan nak pikse ptk coz aunty choose pikse bulan mac..
tumpang dok sembang pasal ptk,aunty nak mintak tips pikser ler dari cikgufarizal..Boleh????
aunty amik HEM/HEP(tak pasti yang mana satu)So,ada ker pekeliling berkenaan HEM/HEP? Boleh tolong letak sini ya cikgu..???Aunty punyer PTK..HEM tk3…
Please yer cikgu…Aunty x tau mana nak cari bahans bacaan….Kalo sudi bagiler links yang boleh membantu aunty n rakan2 yang lein…
Syukran Jazillan
Insyaallah aunty, tapi saya tak boleh janji sebab busy sangat sekarang. 29 March baru ok sikit kot.
Tahun lepas PTK saya dapat 3 untuk kedua-dua paper. Jadi, tahun ni kena ambik lagi….
erm….wish U success!!! Alang2 seluk pekasam bio sampaei ke pangkal lengan!!!
Baca rajin2 tau? Insyaallah “SUCCESS AWAITS U”
Terima kasih aunty kerana mendokan saya. Insyaallah saya akan lakukan yang terbaik kali ini
hai assalamualaikum…saya nak berkongsi kejayaan sy dlm ptk baru2 ni. sy first time amik n dapat 4 dua2 paper. caranye sy beli buku dalam 6 buah. pastu sy baca dan cerita ngan kengkawan. sy baca buku tu macam baca novel pastu saya baca sekali lagi untuk mengingat dan kemudian buat nota dalam bentuk mind map / point. Last sekali sy buat latihan. kawan2 yang tahu sy study pulun pun pakat ngate saya. tapi sy tak kisah sebab saya jenis yang tak pandai.jadi sy kene baca banyak kali. dan alhamdulillah penat lelah saya berbaloi dengan keputusan yang sy dapat.setiap org lain cara pembelajaran jadi gunalah ia sebab Allah kurniakan akal kepada kita untuk kite berfikir dalam menyelesaikan masalah.sekian assalamualaikum.
dgr citer ptk nak dihapuskan erk? apa komen cigufarizal? Any ideas??? thanx
Kalau dihapuskan best juga
Betoiker cikgufarizal yg ada orang cakap thn depan PTK nak diubah format?
Kalau dah lulus PTK kene hadiri temuduga n wat assignment/keteh keje pulok ….
mujur aunty dah dekat nak pencen….alhamdulillah
Tak tau ler pula ada macam tu. Bertambah derita ler orang macam saya ni.
salams..Rabu 20 Ogos aunty akan duduki PTK..Semua anakandas tolong doakan..Mekasih
Semoga berjaya dapat 4 dan 4 dalam PTK untuk semua terutama Aunty
Cikgu, Semoga berjaya dlm PTK. Saya pernah tengok soalan PTK… ianya banyak mengenai perkara yang berlalu di Malaysia.. aku tak rasa ia berkenaan dengan Pendidikan… kenapalah Menteri kita ni membebankan cikgu yang banyak kerja…
biar apa pun, Cikgu kena berusaha ya!
Selain itu, Saya telah set up satu laman web khusus bagi memberi kata-kata semangat kepada guru-guru yg mengajar di malaysia. Sila kunjungi > http://magnificentworker.wordpress.com/
Bagi tahu semua guru2 yang ade online ooh …