Aku, Catur & Dot Dot Dot
Filed Under Blog · Tagged: Bangsar, Catur, Chess, MSSKL, Pengalaman, Pertandingan Catur, Sekolah Rendah
Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai pengalaman saya mula mengenali catur.
Catur lambang kebijaksanaan dan individu yang mahir bermain catur merupakan individu yang bijak. Saya mula mengenali permainan ini sejak di sekolah rendah lagi. Waktu itu saya melihat abang saya bermain dengan kawan sekolahnya. Walau pun tak faham saya tengok juga dan bertanya bagaimana cara untuk mengerakan buah-buah catur. Selepas sahaja abang saya habis bermain catur, kawan saya yang kebetulan adik kawan abang saya mengajak saya bermain (dua-dua orang tak tahu main catur
). Kami pun bermain. Di akhir pemainan hanya tinggal dua-dua “king” sahaja. Macam mana nak menang ni?
Ketika di sekolah rendah saya tidak berpeluang bermain catur dan saya hanya mewakili sekolah dalam pertandingan dam sahaja. Ok lah banyak teknik yang diajar oleh Cikgu Hassan kepada saya tentang dam. Kira power la juga saya main dam aji kat sekolah
Di sekolah menengah saya, ada seoraong kawan yang mewakili negeri Kedah dalam permainan catur. Dia dan saya merupakan “musuh ketat” untuk pelajaran matematik. Dia merupakan wakil budak asrama dan saya wakil budak luar untuk matematik. Kehebatannya dalam catur mengecilkan lagi diri saya daripadanya
Selepas tamat PMR saya mendapat panggilan temuduga ke Maktab Tentera DiRaja. Di sini bermula segalanya. Tamat sahaja temuduga peringkat pertama, kami yang lulus peringkat pertama diberi rehat sehari sementara yang gagal dihantar pulang. Rehat sehari sebelum temuduga akhir itu adalah untuk menunggu rakan dari Pulau Pinang yang akan menghadiri temuduga ke-2 bersama kami.
Petang tersebut hadirlah sebuah bas tentera dari Pulau Pinang. Maka pada malam itu kami berborak-borak dengan rakan dari Pulau Pinang. Dalam pada itu rupanya ada yang sudah berkenalan kerana pernah bermain catur bersama sewaktu mewakili negeri masing-masing dalam pertandingan catur. Maka mereka pun beradu akal bermain catur.
Asyik saya melihat mereka bermain catur tiba-tiba seorang daripada mereka bertanyakan saya.
“Nak main fly chess tak? Tak ada partner ler”
“Saya tak tahu main. Tolak buah tau ler” saya menolak permintaan mereka.
” Tak pe main jer. Bukan rugi apa pun”. Pujuk salah seorang dari mereka
Akhirnya saya mengalah. Ok lah
Saya bermain buah putih manakal partner saya bermain hitam. Kedah vs Penang.
Oleh kerana tak pandai main catur saya hanya menunggu partner saya makan. Dia makan saya ambil buah dia letak tempat strategik.
Akhirnya saya menang
Huh.. Macam tak percaya.
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan kemenangan saya. Rakan dari Pulau Pinang tadi mengajak saya berlawan catur dengannya. Puas saya memberi tahu yang saya tak tahu bermain kepadanya, dia tetap bertegas mengatakan saya menipu.
Oklah saya main.
Saya pun bermainlah. Buah hitam lagi. Entah apa opening saya guna saya pun dah tak ingat. Main belasah ajer.
Tiba-tiba rakan dari Pulau Pinang tadi memanggil rakannya.
“I never saw this opening”
“Me too” Kawan dia berkata.
Dia gerak, saya gerak. ” Ok I give up”. Dia mengaku kalah.
Dah menang ker? Ok lah saya nak tidur dulu.
Tingkatan 4 saya berpindah ke SMK Baling untuk mengambil aliran sains dan gagal kot temuduga ke dua MTD.
“Ada sesiapa yang tahu main catur?” Cikgu (lupa nama
) bertanya.
“Farizal, cikgu,” seorang kawan memberitahu cikgu tersebut. Saya pernah menceritakan kepadanya mengenai peristiwa temuduga MTD.
“Ok lah, esok wakil sekolah lawan catur”
” Ha.. wakil sekolah dalam pertandingan catur. Mati ler kena belasah nanti”
Besoknya dengan langkah yang berat saya pun ikut cikgu tersebut bermain catur di Sekolah Menengah (Siong atau Batu 5, tak ingat yang mana satu
)
Tiba-tiba seorang kakak senior bertanya saya” Adik guna opening macam mana?”
” Ha.. Opening, saya kalau tak gerak ‘pawn’ dulu saya gerak kuda dulu” kata saya. Memang hanya buah-buah ni jer yang boleh digerakkan dahulu sewaktu memulakan pemainan catur.
Selesai 7 pusingan selama 2 hari saya berjaya memungut 2½ mata. Ok ler tu. 1 mata tu menang dengan member satu sekolah. Itu pun sebab dia tak tahu main catur juga. Ha..ha..
Sewaktu di Kolej Matrikulasi Kulim saya jadi gila catur. Pernah satu malam saya bermain 10 perlawanan dan menang hanya 1 perlawan.
Sewaktu di USM bertemu dengan orang kampung (senior) yang memang hebat bermain catur begitu juga dengan rakan roommate saya.
Dari merekalah saya berlajar main catur.
Sehingga kehari ini permainan catur saya kurang sistematik kerana saya berlajar bermain catur dari pengalaman. Bukan dari buku dan bukan secara formal. Sejak saya menjadi jurulatih catur sekolah barulah saya mula mencari buku-buku catur untuk dijadikan rujukan.
Dan pada 12 hinggan 14 Februari 2008 ni, buat pertama kalinya saya dipilih menjadi arbiter untuk pertandingan catur zon Bangsar
Sekian perkongsian saya buat kali ini. Wassalam..
Cikgu Farizal.
P.s. Jika anda ingin mencari hobi terbaik untuk anak anda. Jadikan catur sebagai pilihan utama kerana ia banyak membantu pembelajaran anak anda. Sila bacaThe 8 reasons why you must teach your kids chess.






wah3!!! What a ‘precious’ experience!!! Patut dikongsi dengan semua..Actually bermain melalui pengalaman lebih mendatangkan hasil dari menggunakan kaedah yang dipelajari dari buku-buku…coz mealui pengalaman membolehkan ‘penciptaan’ pelbagai techniques n ‘melahirkan creativities’…
macam aunty kecik-kecik dulu,when i was in primary school,memang hebat main ‘chess’ nih…bukan di sekolah tetapi dikalangan penghuni barracks polis(anak-anak polis) yang berusia lebih tua dari aunty…pon bukan pelajari twechniques dari buku tapi melalui pemerhatian ketika atuk aunty bermain dengan rakannyer semasa dia berkunjung ke rumah atuk aunty…
Tapi sejak naik form 6 terus tingalkan ‘chess’ nih coz rakan-rakan tak berminat..n sampailer ke hari ini…tak jumpa pun rakans yang meminati ‘chess’
Alhamdulillah…jumper blog nih pulak dari blog ustaz nazri samsuddin…Mekasih ustaz nazri n ustazfarizal…Insyaallah aunty akan asah balik bakat yang dah tumpul tuh….Mudah-mudahan dapat bertanding dengan veterans sebelum pencen…Insyaallah
memang hardcore chess ni.. join ke badan2 chess malaysia? lagi 1 kan nak tanye kene oarng stereotype orang main chess pandai?
SY PENAH MASUK CATUR MASA THN 2007.SEKOLAH SY MENANG
saya rindu sgt nk main chess..
last skali main..1st year kt UM..2 pon close tournament..really miss 2 play chess..factor pon sbb bz..pastu x de kawan nk main..=(
sye ni dah jadi tk thu doh nak main catur gane dlu sye pndai