Selamat Datang ke Blog Cikgu Farizal Dot Com. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini.

Menipu Dalam Peperiksaan – Berbaloikah Kejayaan Begitu?

8,462 views | Filed Under Motivasi, Peperiksaan · Tagged: , , , ,  

Assalamualaikum & salam sejahtera..

tiru.jpg

Asyik-asyik peperiksaan. Awal-awal tahun dah tulis tentang peperiksaan. Huh… Mengerikan peperiksaan ini.

Peperiksaan merupakan satu peristiwa yang penting bagi kehidupan seseorang pelajar. Jika di zaman persekolahan hanya ada beberapa periksaan penting, di universiti boleh dikatakan tiap-tiap semester ada peperiksaan penting. Betulkan Syia?. Umum berpendapat hanya keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan menjamin kejayaan masa depan yang gemilang.

Oleh sebab itu ramai yang sanggup melakukan apa saja agar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Ada yang mengambil pendekatan positif dengan belajar awal agar persediaan rapi dapat dilakukan. Tahniah untuk anda.

Tetapi ada yang bersikap sambil lewa terhadap peristiwa penting ini. Walau pun begitu mereka ini tetap menginginkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Sehinggakan golongan ini sanggup melakukan sesuatu yang menyalahi undang peperiksaan. Mereka sanggup menipu dan meniru dalam peperiksaan demi mendapat keputusan yang cemerlang. Berbagai cara dilakukan agar ‘toyol’ mereka tidak dapat dikesan. Lihat pada gambar dibawah. Pelbagai teknik digunakan untuk meniru. (Lihat pada anak panah dan bulatan merah)

meniru.jpg

Berbaloikah kecemerlangan begini?

Seseorang yang menipu atau meniru dalam peperiksaan akan merasai berbaloi atau tidak tindakan yang dilakukanya itu apabila menempuhi dunia pekerjaan. Dunia sebenar kehidupan.

Waktu itu mereka akan lihat bertapa kesungguhan adalah lebih penting dari cemerlang. Tetapi adalah lebih baik kecemerlangan yang diperolehi dari kesungguhan usaha adalah yang terbaik.

Mereka melihat sahabat yang hanya dapat keputusan cukup makan untuk graduate lebih dahulu mendapat kerja yang menjamin masa depan dimana mereka masih lagi melompat-lompat mencari pekerjaan dikala usia makin meningkat.

Memang keputusan yang cemerlang memberi peluang yang lebih untuk seseorang itu dipanggil temuduga dan seterusnya diterima bekerja tetapi keputusan yang cemerlang tidak menjamin seseorang itu akan berjaya melepasi tempoh percubaan syarikat.

Tetapi yang lebih menjamin adalah kesungguhan seseorang itu.

Jika anda ingin berjaya dengan cemerlang dalam hidup, mulakan dari sekarang. Ingat kecemerlang yang diberkati adalah kecemrlangan yang hadir dari usaha yang sejati. Dan ingat rezeki itu kurniaan Illahi.

Wassalam

Cikgu Farizal

Comments

9 Responses to “Menipu Dalam Peperiksaan – Berbaloikah Kejayaan Begitu?”

  1. zaiful MALAYSIA on February 1st, 2008 12:05 am

    salam… cara begini tidak menghasilkan insan juara yang berguna kepada diri sendiri dan masyarakat… tanpa semangat juara, pemikiran juara untuk mencapai cita-cita, tiada matlamat… hidup juara!!!

  2. cikgu_rabeah MALAYSIA on February 1st, 2008 12:45 pm

    Salam…tak dinafikan perkara ini banyak berlaku..dan seolah-olah tak ada tanda2 akan berhenti…bimbang kalau-kalau ia menjadi satu budaya yang merugikan masyarakat kita sendiri….kalau diingat2, masa belajar di U pun, ramai juga pelajar yang buat kerja ni..yang buat kita terkilan, apabila result mereka ni lebih baik dari kita sebab “meniru”…tapi sekurang-kurangnya kita berjaya dengan hasil usaha kita sendiri dan pertolongan Allah jua…bukan dari ‘jalan singkat’ ini..

  3. expressbisnes MALAYSIA on February 1st, 2008 1:41 pm

    menipu dalam peperiksaan hanya akan merugikan diri sendiri! Sedangkan apa yang ditiru juga tidak semestinya betul.. Ianya langsung tidak berbaloi. Sikap ini hanya merugikan pelajar..

  4. Cikgu Farizal MALAYSIA on February 1st, 2008 7:43 pm

    Betul Zaiful, sang juara tidak akan memilih jalan menipu untuk berjaya :)

    Memang benar Cikgu Rabeah, sekarang ni penipuan dalam peperiksaan sudah menjadi perkara biasa. Soalan bocor tak usah nak dibicaralah :(

    Ya Expressbisness, memang tidak berbaloi :)

  5. aunty MALAYSIA on February 1st, 2008 8:32 pm

    yerler….TAPI..kan???? Selagi system pendidikan kita ke arah ‘exam orientated’ selagi tu ler pelbagai kaedah penipuan terbaru/tercanggih ‘akan dicipta oleh pelajar yang berfikir ‘jangka pendek’

    apa salahnyer kalau tak ditetapkan…pelajar cemerlang jer yang layak p ke U..n yang tak berapa cerdik diabaikan….Kalau semua golongan diberi peluang untuk memilih ‘line(bidang)” masing-masing mungkin tak akan timbul isu ini kan???(isu meniru dalam pikser)

  6. Cikgu Farizal Dot Com »  Minggu Peperiksaan! MALAYSIA on May 21st, 2008 12:15 am

    [...] Jangan meniru tau! [...]

  7. Firdaus Rosli MALAYSIA on June 3rd, 2009 5:23 pm

    Pada saya, saya melihat fenomena meniru ini berpunca daripada syarat JPA atau SPA untuk menerima pekerja baru dalam sektor kerajaan. Syarat-syarat yang mereka berikan adalah lebih kepada purata nilai gred kumulatif semata-mata. Jarang dilihat orang yang mendapat PNGK bawah 3.00 mendapat kerja di sektor kerajaan, walau sejujur mana dia atau efisiennya dia dalam bekerja.

    Hasilnya, sektor kerajaan kita dipenuhi oleh pekerja-pekerja yang malas, sambil lewa, banyak main, dan tidak produktif. Perkara inilah yang dibenci oleh rakyat, kerana kakitangan kerajaan adalah golongan pekerja dengan gaji tertinggi sekarang, dengan mekanisme kenaikan gaji yang menarik, namun kualiti kerja masih di takuk lama.

    Untuk mengubah tabiat menipu dalam peperiksaan, saya percaya pihak kerajaan juga tidak boleh melihatkan keputusan peperiksaan semata-mata sebagai faktor penerimaan pekerja ke dalam sektor awam.

  8. SK Bandar Anggerik » PKSR 2, 2009 MALAYSIA on July 27th, 2009 1:39 am

    [...] Cuba fikirkan sejenak..adakah berbaloi jika anda meniru sedangkan anda dah pun menempuh sesi pembelajaran yang panjang ? Saya tertarik dengan artikel yang dikarang oleh seorang bloggers yang dikenali sebagai Cikgu Farizal. Ianya boleh diikuti di sini. [...]

  9. amen MALAYSIA on November 20th, 2009 10:55 pm

    i must i admit, 90% of my college exam was cleared with help of “toyol” the thing i learn after all this years… what you learn in scholl is just the tip of the iceberg. i dont say cheating is right, but the end result get you some credit, the rest still up to you in the end. my friends with spm qualification make more then all my friends that get a degree. 90% of things i learn at college not even applied in real life and my line of work, people that use “toyol’ i would say, risk taker, initiative, deadline master. all the skill you actually need in the real world :) kudos

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!