Selamat Datang ke Blog Cikgu Farizal Dot Com. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini.

Gali Lubang Part I

882 views | Filed Under Sukan Tahunan · Tagged: , , ,  

Assalamualaikum & salam sejahtera….

galilubang.jpg

Gali lubang? Lubang apa yang hendak digali?

Ha..ha… Hari ini saya mempunyai satu misi iaitu mengali lubang untuk acara lompat jauh. Lubang ini digali untuk mengubah arah tempat berlari bagi acara lompat jauh. Ini kerana tempat larian untuk acara lompat jauh yang sebelum ini berlopak dan becak.

Oleh kerana hari ini hari cuti sempena Hari Wilayah, maka saya dan team pengurusan hari sukan tahunan sekolah mengambil kesempatan untuk menyiapkan gelanggang untuk acara lompat jauh. Setelah minggu lepas berjaya menyiapkan gelanggang untuk acara larian maka minggu ini tibalah pula masanya untuk menyiapkan gelanggang lompat jauh.

Bukan kami sahaja yang mengambil kesempatan pada hari cuti ini. Pasukan bola sepak, bola baling dan juga pasukan sepak takraw sekolah juga mengadakan latihan pada hari ini.

bolabaling.jpg

Pasukan Bola Baling Sekolah sedang berlatih.

Pasukan bola baling sekolah berhasrat untuk menjadi johan negeri pada tahun ini bagi pasukan wanita dan berharap ada perkembang positif bagi pasukan lelaki.

Baiklah, kita lupakan dahulu mengenai pasukan bola baling. Kita kembali mengali lubang.

Setelah hampir 2 jam mengali kami dapati tanah dipenuhi dengan batu-batuan kelikir dan ada mata air.

lubang.jpg

Setelah membuat pengiraan kami perlu menggunakan senjata rahsia untuk mempercepatkan proses mengali lubang itu. Jika anda ingin mengetahui apa senjata rahsia itu sila lawati blog ini besok. Insyaallah.

Sekian wassalam.

Cikgu Farizal

Comments

5 Responses to “Gali Lubang Part I”

  1. zaiful MALAYSIA on February 1st, 2008 11:22 pm

    salam cikgu…rajin nampak…berbakti kepada masyarakat, agama dan negara Malaysia tanahairku, tanahiarmu juge…

  2. Cikgu Farizal Dot Com »  Gali Lubang Part II MALAYSIA on February 2nd, 2008 10:34 pm

    [...] saya telah saya tulis semalam, hari ini kami akan mengali lubang untuk acara lompat jauh dengan menggunakan teknik rahsia setelah [...]

  3. Cikgu Farizal MALAYSIA on February 2nd, 2008 10:35 pm

    Biasa ler Zaiful dah tanggungjawab :)

  4. Mat Tiga Suku UNITED STATES on July 16th, 2008 5:08 am

    Cikgu Farizal, boleh saya tumpang tanya sikit tak? Umur saya baru mencecah 98tahun tapi saya tak tahu macam mana nak cakap dalam bahasa tamil…Cikgu boleh tolog ajarkan saya tak?…

  5. Mustapha MALAYSIA on November 27th, 2008 11:48 am

    lompat, melompat dah memang lumrah. Kat sekolah rendah dah diajar melompat, cikgu pula mengajar melompat. Kalau ngam lompatan misti menang punya,…..harap-harap lompatan ngam la bilah dah dewasa….berjaya punya.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!