Selamat Datang ke Blog Cikgu Farizal Dot Com. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini.

I Love You Because …

3,290 views | Filed Under Motivasi · Tagged: , , , ,  

Assalamualaikum & salam sejahtera…

cinta.jpg

Cinta,  sayang, apa pula ni?

Adakah anda sedang bercinta? Budak-budak sekolah jangan bercinta. Kebanyakan cinta dibangku sekolah biasanya memusnahkan cita-cita. Jadi awas perangkap cinta monyet.

Sewaktu anda sedang bercinta, pernahkah anda bertanya kepada pasangan anda mengapa dia mencintai anda? Apakah jawapanya?

“Aku mencintai mu kerana rupa mu yang menawan” . Bagaimana jika rupaku tidak menawan lagi. Adakah engkau akan angkat kaki.

“Aku mencintai mu kerana engkau memiliki apa yang aku ingin kan”. Bagaimana jika apa yang aku miliki hilang nanti?

Begitulah cinta, setiap jawapan ada sahaja yang diragukan. Apakah jawapan yang sepatutnya diberikan jika anda disoal begitu?

Aku mencintai mu kerana….

Bukan persoalan cinta yang saya ingin tulis sebenarnya. Cinta itu cuma set induksi sahaja :)

Sebenarnya sejak saya menjadi guru ni saya sering ditanya, kenapa jadi cikgu? Belajar tinggi jadi cikgu sekolah rendah jer. Rugi lah ilmu yang dipelajari di universiti dulu :(

Apakah jawapan yang patut saya berikan?

Saya jadi cikgu untuk berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Kalau kerja lain tak boleh ke berjasa kepada agama, bangsa dan negara?

Saya jadi guru kerana ingin mendidik anak bangsa. Bagus juga jawapan ni. Tapi habis tu kenapa jadi cikgu sekolah rendah. Membazir ler ilmu yang berlajar kat u dulu.

Saya jadi cikgu kerana kerana tak nak menganggur lama-lama. Jawapan ni pasti akan ditertawakan.

Habis apa jawapan yang sesuai.

Saya sering menjawab. Saya jadi cikgu sebab saya nak jadi cikgu.  Ok ker jawapan ni?

Wassalam

Cikgu Farizal

I Love You Because I Love You…

Comments

12 Responses to “I Love You Because …”

  1. cikgu_rabeah MALAYSIA on February 5th, 2008 10:21 am

    salam…menarik set induksi cikgu farizal ni..set induksi penting untuk tarik perhatian pelajar kpd isi pelajaran yang nak disampaikan….cuma, bila dah membaca ttg cinta ni, tetiba masuk pula kepada persoalan kenapa nak jadi cikgu?…saya tertanya2 jer, kat mana pulak kaitannya…cinta – jadi guru…
    agaknye cikgu farizal cinta pada kerjaya guru…

  2. NayanMohd MALAYSIA on February 5th, 2008 1:40 pm

    “Saya jadi cikgu sebab saya nak jadi cikgu”..satu jawapan yang akan membuatkan orang yang bertanya soalan itu diam…

  3. Cikgu Farizal Dot Com »  You Choose It…. MALAYSIA on February 5th, 2008 11:13 pm

    [...] saya berkongsi dengan anda yang saya sering ditanya mengapa menjadi guru. Maklumlah saya ni generasi ke-2 KPLI sekolah rendah. Jadi macam-macamlah masalah yang terpaksa [...]

  4. aunty MALAYSIA on February 6th, 2008 3:13 pm

    assalamualaikum…

    nak tau tak? Sejak darjah satu..cikgu panggil sorang-sorang..nak isi kad 001..aunty dipanggil untuk disoalsiasat tentang ambition..terus aunty jawab..1st to 3rd choice ‘teacher’

    Hal ini berlanjutan sehingga tingkatan 6 atas jawapan tetap yang sama..Alhamdulillah…dah nak masuk 28 years…dah tetap menjadi ‘teacher’ U know why??? Because i love all my teachers since 1965 until 1977.and my profession…since 1980 till now…

    Dan.hopefully,my pupils will ‘love’ me as how i loved my teachers..Insyaallah..

  5. akmal MALAYSIA on March 15th, 2008 3:53 pm

    cikgu saya nak minta kebenaran kopi post ni…sebab ayat2 cikgu agak menarik..saya nak letak dalam blog saya,,,

    http://apemendeyangmedeke.blogs.friendster.com/hamba/

    boleh?

  6. Cikgu Farizal MALAYSIA on March 15th, 2008 4:40 pm

    Boleh. Ambil jer :)

  7. tien MALAYSIA on December 2nd, 2008 7:54 am

    Formula:

    I LOVE YOU BECAUSE I LOVE YOU.

    I WANT TO BE A TEACHER BECAUSE I WANT TO BE A TEACHER. :)

    Ya, tak semua benda perlu jawapan 3 muka surat bila ditanya kenapa…

    Thank God i’m a teacher and i love all my kids. (kids=pupils)

  8. cikisz MALAYSIA on February 13th, 2009 11:46 pm

    Salam….
    Thanks cikgu atas idea yang best ni…. Saya ni guru pelatih kpli…. N ramai yang tanya soalan mcm ni…. Kenapa ye saya jadi cikgu….

  9. me MALAYSIA on March 20th, 2009 12:20 pm

    salam..
    cikgu, can u help me….
    sy buntulah….
    how to get the best induction set for preschool in group activities??? please help me….
    :(

  10. me MALAYSIA on March 20th, 2009 12:30 pm

    :-( (

  11. ajis MALAYSIA on May 12th, 2009 8:33 pm

    hehe, tegelak saya baca artikel ni, saya sedang usha jawapan tebaik untuk temudugA tunang saya esok, kalau ditanya kenapakan anda pilih untuk jadi guru, saya dulu dah temuduga tapi xdela plak dtanye macam tu, dia tanya pasal penggunaan M dan BI dalam math dan sains ok ke x, knapa saya pilih cikgu kalau ditanya, samala macam orang tanya saya kenapa suka makan ayam dari ikan, sedap lidah orang lain2,
    saya suka makan ayam sebab saya suka makan ayam
    saya nak jadi cikgu sebab saya nak jadi cikgu
    i love u coz i luv u=)

    –dari bakal guru–

  12. Lecture UMK on September 20th, 2009 2:42 pm

    Love yourself first before rushing into relationship! Be the love you want in your life and then you’ll naturally attract it.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!