You Choose It….

Assalamualaikum & salam sejahtera…

pilih.jpg

Semalam saya berkongsi dengan anda yang saya sering ditanya mengapa menjadi guru. Maklumlah saya ni generasi ke-2 KPLI sekolah rendah. Jadi macam-macamlah masalah yang terpaksa saya hadapi terutama sewaktu LPBS. Macam-macam sindiran yang saya dengar.

Dia orang ni input jer banyak tapi pengalaman mengajar kurang.

Best ler korang tak keje lagi elaun tinggi. Aku 10 tahun keje baru gaji dapat macam tu.

Dan macam-macam lagilah yang saya dengar. Kadang-kadang tu pedih juga telinga mendengarnya.

Saya amat bersyukur kerana sewaktu praktikum di SK Bukit Mentok II Kemamang, Terengganu, cikgu-cikgunya best-best belaka. Tak pernah ungkit pasal gaji atau apa-apa yang tak sedap didengar :)

Bukan itu sahaja mereka juga sering membantu.

Dan saya juga bertuah ditempatkan di sekolah sekarang. Semua cikgu-cikgu kat sini best-best belaka :)

Hari ini saya ingin bertanya anda pula. Kenapa anda jadi Cikgu?

1. Ingin berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

2. Kemahuan orang tua.

3. Cita-cita dari kecil.

4. Keputusan SPM hanya melayakkan saya untuk jadi cikgu sebagai pilihan terbaik.

5. Dah jemu menganggur sejak tamat belajar di universiti.

…. dan banyak jadi jawapan yang mungkin terlintas difikiran anda.

Bukan jawapan anda yang penting sekarang. Tetapi hakikat sebenarnya anda telah pilih untuk jadi cikgu. Sama ada anda dipaksa, diperdaya atau anda sendiri yang merelakan diri anda untuk menjadi cikgu, anda sebenarnya yang memilih untuk jadi cikgu.

Sesiapa sahaja boleh memaksa anda tetapi pilihan tetap di tangan anda.

Oleh kerana hakikatnya anda (sebenarnya kita) telah menjadi cikgu maka marilah kita menjadi cikgu yang sejati.

Mungkin dulu anda memilih menjadi cikgu kerana bakal mertua anda inginkan calon menantu yang berkerja dengan gomen (kononnya lebih terjamin masa depan anak daranya) tetapi sewaktu anda belum habis lagi belajar di maktab (sekarang institut) bakal mertua anda menerima pinangan lelaki lain untuk dijadikan suami buah hati anda padahal lelaki tersebut bukan kakitangan kerajaan.
Mungkin juga anda memilih menjadi guru kerana kekasih anda inginkan seorang isteri bergelar guru (kononnya banyak masa dekat rumah. Senang nak jaga anak-anak). Tetapi sebaik sahaja anda habis berlajar di maktab dia berkahwin dengan gadis lain yang bukan guru dengan alasan sudah jodoh.

Mungkin juga anda memilih untuk menjadi guru kerana anda beranggapan kerja guru senang, sekerat hari sahaja. Banyak cuti. Tapi setelah anda menjadi guru anda baru sedar yang itu semua mitos belaka :(

Mungkin… mungkin…

Banyak mungkin yang memungkinkan anda menjadi guru dan kini anda sedar segala kemungkinan itu tinggal kemungkinan sahaja. Mungkin segala kemungkina itu melemahkan, meranapkan semangat anda terus menjadi guru tetapi sedarlah yang hakikatnya anda telah menjadi guru.

Sekarang anda boleh pilih sama ada untuk menjadi guru dengan hati yang gembira atau anda boleh memilih sengsara hingga pencen atau anda berhenti sekarang.

Anda lebih bijak untuk menentukanya.

Jika anda memilih untuk terus menjadi guru maka jadilah guru yang terbaik.

You Choose It, You Must Make It.

Sekian, wassalam

Cikgu Farizal

Nukilan buat sahabat….

Comments

20 Responses to “You Choose It….”

  1. zuhairy MALAYSIA on February 5th, 2008 11:59 pm

    biasalah cikgu, mulut orang bukan boleh tutup. Saya pun masa jadi guru praktikum kena ‘belasah’ gak. Yela, saya ni geng2 diploma. Cikgu2 yang lama tu sijil perguruan je. Lepas tu ada cikgu lama duk bangkit masalah gaji yang kami terima sekarang dekat sama macam mereka mengajar 10 tahun.

    Saya cakap senang je. Rezeki ni Allah taala yang bagi.Kenapa nak ungkit2? Lepas tu terus terdiam..

  2. aunty MALAYSIA on February 6th, 2008 3:04 pm

    asalamualaikum…ehe..tak sumer cigu ’sijil’ macam tu rasanyer!!!Terpulang kepada diri masing-masing…Yang penting ‘komitment n minat n keikhlasan’ mengajar tanpa mengira gaji or pangkat(gred) yang diterima…

    macam lani dah ada ‘kpli’ kan? so their pay is much more higher than yang ‘berdiploma’…keje pun sama cumer their ilmus are much more higher than the diplomas n sijils punyer cikgu…Lagipun yang ’sijil’ punyer cikgu ada eTEMs punyer allowance..so after all campur n tolak n bahagi n darab…sumer pon sama sahaja…

    Hehehe yang bezanya,zaman dulu arga barang murah sekali n gaji pon sikit n lani arga barang dah naik berganda n so do the gaji…2X5=10 n 5X2=10

  3. Cikgu Anda MALAYSIA on February 6th, 2008 9:15 pm

    Cikgu Farizal, kalau x kerana angin, bagaimana pokok boleh bergoyang? Kerana nila setitik habis susu sebelanga. Kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis sekampung terpalit lumpur. Itu antara kata² yg pernah dan selalu kita dengar. Tak sungguh maka orang tak kata. Betul, bukan semua, tapi ada sebahagian besar guru-guru KPLI yg bersikap seolah bekerja sebagai guru hanya pilihan terdesak disebabkan sukar mendapatkan pekerjaan lain. Malah fenomena ini berlaku bukan saja kepada guru biasa, malah guru² j-QAF juga. Bukankah mengaibkan? Guru yang sudah lama berkhidmat walaupun sudah lebih 10 tahun masih menunjukkan komitmen yg tinggi, tetapi ada guru KPLI yang asyik ‘berkira’ bila diberikan tugasan. Kenapa fenomena ini terjadi? Kalau sebilangan kecil, org takkan bercakap perkara² begini, tetapi malangnya hampir kebanyakkan sekolah fenomena ini berlaku di kalangan guru KPLI sekarang.. disebabkan itulah ia menjadi ‘buah mulut’. Jangan cepat melatah kerana cikgu golongan KPLI, tapi cuba selidik kenapa ada guru² seperti cikgu yg bersikap begini. Sejauhmana komitmen mereka kepada bidang keguruan? Terdesak? Atau apa? :)

  4. Cikgu Farizal MALAYSIA on February 6th, 2008 10:10 pm

    Zuhairy, 20 tahun lagi mungkin cikgu KPLI pula akan cakap macam tu kat cikgu KPLPhD :)

    Benda macam ni seperti kata Aunty, tak dilakukan oleh semua cikgu, cuma sikit sahaja. Biasanya golongan macam ni tak mahu meningkatkan nilai diri dan cemburu dengan kelebihan orang lain.

    Atau mungkin kata-kata tersebut diungkapkan untuk golongan cikgu-cikgu KPLI yang “choose it but don’t make it” :(

    Cikgu Anda, itu sebenarnya ” You Choose It, You Must Make it” :)

    Kat sekolah saya sekarang ada lebih 10 orang cikgu KPLI. Saya lihat yang mempunyai latar belakang aktif sewaktu di universiti seperti mantap YDP MPP, YDP Persatuan atau kelab memang sentiasa bermotivasi menjadi guru, golongan ini sentiasa mempunyai idea bernas sewaktu mesyuarat dan kerja sentiasa tip top.

    Kalau golongan yang tidak aktif kat universiti, asyik belajar jer. Pointer tinggi. Golobgan ni biasanya berkira sikit dalam kerja dan kalau dalam meeting diam jer. Alasan kalau banyak cakap nanti banyak kerja kena buat :(

  5. aunty MALAYSIA on February 6th, 2008 11:14 pm

    erm…betul kata cikgufarizal tu….

    ‘Choose n Merealisasikannyer’

    Samada Master ker or Ijazah ker or Diploma ker or Sijil ker Yang diMiliki…semua tak penting…Yang penting ‘ATTITUDE TOWARDS TEACHING’n ‘TEACHING IS NOT YOUR LAST CHOICE’…sure komited dengan tugas punyer…

    Macam jer zaman dulu-dulu..Kalau English teachers memang ‘high class’ n ada ‘keistimewaan’ oooo…Why??? Coz tak payah pegang kelas but just concentrate on teaching BI..BUT zaman tu dah berlalu…Now English teachers dah jadi macam guru lain…kene pegang kelas n even kena ajor BM pun!!!..

    So do the KPLI teachers, (including j-QAF) they have to handle semua including jadi guru kelas(in certain areas yang kekurangan tenaga pengajar)…So, be a positive thinker n an open-minded person..Don’t jump into conclusion saying this n that (by giving negative opinions)..

    We(sijils n diplomas teachers)should not envy ‘them’(KPLIs)…coz ada jugak dikalangan sijils n diplomas teachers yang ‘memiliki’ attitude sebegitu..(berkira)..

    Bukan ‘backing’ yer? Just to ‘bersangka baik’ terhadap semua…So …Choose n work towards it to Make IT RIGHT!!!…

  6. Cikgu Anda MALAYSIA on February 7th, 2008 12:02 am

    :) Yea…, memang ramai juga guru lama yg bersikap begitu. Tapi klu guru lama bersikap sedemikian, bermunasabah juga mungkin kerana ada sedikit rasa jemu dan bosan (walaupun sikap itu tetap bukan satu sikap yg baik). Dan mungkin zaman ‘kegemilangan’ sudah ‘tumpul’. Tapi kepada guru-guru yg baru sekarang (terutama yg berstatus KPLI), kenapa harus ‘berkira’ sedangkan baru saja mengajar belum sampai setahun. Seharusnya status berijazah itu melambangkan kecemerlangan dan bukannya hanya menjadi ‘buah mulut’ saja.

  7. SEMBANG CIKGU » Blog Archive » Baru lagi Dah Berkira? AUSTRALIA on February 7th, 2008 12:55 am

    [...] terpikat membaca blog Cikgu Farizal dalam postnya ‘You Choose It‘ menyebabkan terhasilnya post ini dari saya. Persoalan utama, kenapa isu ini perlu [...]

  8. nor amirah bt mustaffa on May 10th, 2008 1:45 pm

    cikgu,ape sebab seseorang hendak menjadi guru dan ape sumbangan seseorang apabila sudah menjadi guru

  9. Cikgu Farizal MALAYSIA on May 10th, 2008 9:53 pm

    Salam Amirah,

    Terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Seperti yang saya tulis di atas. Setiap orang mempunyai tujuan tersendiri untuk menjadi guru.

    Pelbagai sumbangan yang boleh diberikan oleh seorang guru kepada masyarakat. Terutamanya dalam mendidik generasi mendatang agar menjadi insan yang berguna.

  10. Doremon MALAYSIA on July 30th, 2008 4:02 pm

    Cikgu saya nak menghadap ujian KPLI minggu depan 05/08/08, boleh saya tahu apa tip-tip untuk menghadap penemuduga?

    lagi satu sya dapat soalan
    secara ringkas nyatakan
    1. mengapa anda memilih profesion perguruan
    2. sekiranya anda terpilih, apakah umbangan anda terhadap bidang keguruan?

    harap sangat cikgu dapat membantu…sya ni macam dah benak je apabila saya baca pipp masih je tak ingat ingat…

    Tolong lah bantu saya cikgu…sya sudahi semoga cikgu beroleh keberkatan dalam hidup

  11. fye AUSTRALIA on August 12th, 2008 1:31 pm

    hmmm.. dah habis sy belek suma komen komen kat atas ni… pendapat sy cuma jangan suka membangau kepada pihak lain.. masing masing ada kelebihan dan kelemahan. manusia x pernah sempurna. sy mungkin akan jadi sebahagian dari golongan pendidik. mungkin. apa pon sy tetap akan terus mencuba untuk menjadi pendidik. doakn sy berjaya pada interview pada 280808 ni..
    terima kasih saya ucapkan pada semua guru.

  12. future teacher :) MALAYSIA on August 20th, 2008 10:31 pm

    ekcelli saya sangat la suka tengok cikgu2 yang banyak bagi motivasi kedapa saya masa saya sekolah dulu… cita2 saya untuk menjadi motivator juga cikgu…

    kagum sgt kepada yang petah berkata..anugerah Allah…

    sgt kelakar lah..saya hanya sempat buat persediaan pada saat akhir. :(
    sibuk berkerja…

    esuk saya akan di temuduga…wish me luck!

  13. aunty MALAYSIA on August 22nd, 2008 8:24 am

    untuk doremon,fye n future teacher,i wish u all the very3 best…Semoga berjaya mencapai impians n cita-citas…dengan izin Allah..

  14. nurul MALAYSIA on August 26th, 2008 3:29 pm

    Kalau sememangnye gaji guru kpli ni lebih tinggi, itu rezeki mereka.. pengagihan tugas di sek mestilah bijak biar same merasa.. guru kpli ni mempunyai kelulusan dari pelbagai bidang dan jika dibandingkan pencapaian akademik mereka dr spm lagi mmg boleh dibanggakan.. inilah caranya untuk menarik minat golongan intelektual ini menceburi bidang perguruan.. gaji guru kpli lebih tinggi adalah wajar dan mereka juga mempunyai peluang untuk mendapat gaji yang lebih lumayan jika bekerja dalam bidang pengkhususan mereka seperti kejuruteraan mahupun perakaunan.Tahniah diucapkan kepd guru kpli kerana mimilih profesion ini.

    Walau bgmanpun, mmg diakui pencapaian akademik sahaja tidak dapt menjamin menjadi seorg guru yang cemerlang.. kalau akademik sahaja tanpa minat dan keikhlasan yg lahir dari hati , amanah yg dipertangungjawabkan untuk mendidik akan dipersiakan. Guru kpli juga tidak sepatutnya menganggap mereka lebih bagus dan memilih-milih tugas yg diberikan. berkerjasamalah dlm memegang amanah yg diberikn ini… wassalam

  15. zaza MALAYSIA on September 29th, 2008 12:20 pm

    salam semua.. sy berminat nk jd cikgu.. coz sy suke mengajar.. sy berumur 23 tahun.. dh setahun lebih grade degree.. dh bererja dlm setahun, & sy rs sy tak brape suka kerja di ofis.. tension!! life’s short.. buat ape nk tension lebih2 kan? tp ade satu masalah yg merisaukan sy ms nk apply nnti.. sy takut sy akan diberi posting jauh2.. kalau bole, sy nk posting dlm area2 dekat ngn rumah… or boleh la sy ulang alik dr rumah ke sekolah.. sy ni jenis yg bukan dikategorikan manja la tp cm sy suke duduk rumah.. tak suka menyewa.. sy suke bersama dgn keluarga.. so, sy nk tny, cmner posting lepas abis belajar kpli/dpli nnti yer? terima kasihh..

  16. bella9584 MALAYSIA on October 21st, 2008 4:53 pm

    hi semua… i nak tny pendapat masing2 la kan.. my dad srh i jd cikgu.. tp i sgt la x minat..if i ni minat mengajar, baik i jd lecturer, since kat tpt i study dlu kekurangan lecturer dlm bidang i. now ni i kje dlm bidang yg i study dlu la tp ngn pvt com. my dad ni lebih kurang mcm x suke la i kje pvt com coz dia kate if kje gov better. i ni bukan la memilih kje asalkan i suke ape yg i buat.. walaupun gj i skrg xla setinggi cikgu yg ada degree. my dad slalu pesan kt i srh isi brg KPLI since nak srh i jd cikgu.. i konon2 la ckp dah isi tp x dpt, padahal i x isi pun coz nak puaskan hati my dad je.. i rse tension sgt2 evrytime jupe my dad, mesti dia ungkit pasal kje i.. i dah ckp kat dia yg i ni x minat nak mengajar.. so i x tau la nak kasi alasan ape lg kat dia dah.. kwn2 kat sni sila la bg komen @ pendpt u ols ye… tq

  17. aunty MALAYSIA on October 21st, 2008 8:43 pm

    kesian jugak dengar citer bella..

    Mungkin pendapats ibubapa berbeza..Ada yang tak kisah apa kerja anak asalkan dapat income dari sumber yang halal dan di redhai Allah dan anak bahagia dengan careernya..

    Ada juga yang suka mengatur ‘hidup’(profession) anak-anak agar mengikut kemahuan/selera mereka…Di satu sudut memang dilihat baik kerana dapat menjamin masa depan anak-anak esp kalau keje kerajaan..

    Dan di satu sudut pulak akan mendatangkan ‘tekanan’ pada diri anak kerana melakukan kerja yang tidak diminatinya sebaliknya melakukan semua untuk menyenangkan hati kedua ibubapanya..

    Terpulanglah pada ‘anak’ untuk ’slow talk ‘ dengan parents untuk menyakinkan mereka bahawa ‘career’ yang anak pilih ada lah pilihan yang tepat yang dapat menjamin masa denannya dengan izin Allah esp pekerjaan dengan private firm/company yang ‘kukuh’

    Besar kemungkinan mak n ayah takut masa depan anak terjejas sekiranya private firm yang anak kerja itu mengalami ‘kerugian/kebankrapan’ dan pampasan yang didapati tak setimpal dengan ‘kelayakan’ yang dimiliki..Walhal dengan agensi kerajaa,jaminan masa depan amat meyakinkan kerana pelbagai kemudahan disediakan dan dapat dinikmati dengan mudah seperti pembelian rumah or kenderaan dll pinjaman dengan mudahnya disediakan…

    Jadi,tidak lah salah jika ibubap lihat dari sudut ini….Dan sekiranya anak tak bersetuju dengan ibubapa mengenai persepsi ini,elok lah diterangkan secara baik kepada mereka agar mereka dapat memahami dan hati mereka tidak sedikit pun tercalar/terguris…Insyaallah

  18. bella9584 MALAYSIA on October 21st, 2008 8:51 pm

    thanks 4 d gud advice aunty.. kepada kwn2 lain.. silalah bagi pendpt anda terhdp my prob..

  19. yaticender on November 13th, 2008 9:43 pm

    terima kasih kepada cikgufarizal yg buat tempat sembang sembang gini..saya pun teringin nak buat gini… (ada web site gini ) n way saya pun guru KPLI..dah tahun ke 4 barulah saya seolah olah baru nak start enjin…membuat itu dan ini…menghulur bantuan…bertanya kan sesiapa yang mahu bantuan…tidak lagi mengelak kan diri atau melemahkan diri…..semuna bagai satu anugerah mendapat kebenaranian untuk menjadi rajin…tak takut lagi org kata “ha kau tunjuk lah skill , unjuk lah rajin nanti kau buat lah kerja tu tetap dan berpencen” walau pun dalam lawak….suka dan tawa..itu pun saya rasa kata kata negatif bagi segolongan guru yang saje nak elak dari dapat kerja…macam macam kan….semoga semua guru tidak lagi sebegini.. guru KPLI semua marilah tunjukkan ijazah setimpal dengan nilai diri kita………..GURU tiada harganya…

  20. syarifah MALAYSIA on November 18th, 2008 4:44 pm

    salam…saya nak tanya cikgu2 sekalian..saya ni guru DPLI..baru je habis pengajian di IPTA. saya nak tanya cikgu2, penempatan utk guru dpli mmg akan tau awal thn jugak ke atau lmbat sedikit?harap cikgu2 dapat menjawab kemusykilan saya ini.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!