Homework!

Assalamualaikum & salam sejahtera…

homework.jpg

Cuti sekolah begini selalunya banyak kerja rumah yang diberikan oleh guru. Saya selalu berfikir berapa banyak kerja rumah yang perlu diberikan untuk seorang murid. Berapa bilangan yang sesuai berdasarkan bilangan hari. Jika di zaman saya bersekolah dulu, untuk mahir dalam matematik kita digalakan membuat sekurang-kurangnya 20 soalah sehari. Tapi zaman saya jadi guru pula (sekarang ni la) jika saya beri 10 soalan murid untuk sehari kerja rumah, tak ramai yang berjaya siapkan. Tapi kalau angkat rotan. Setengah jam dah mampu siapkan :(

Terdapat dua masalah dalam memberi kerja rumah.

1. Ada ibubapa atau penjaga yang tidak suka jika kita memberi banyak kerja rumah untuk anaknya.

2. Ada juga ibubapa atau penjaga marah apa bila kita memberi sedikit kerja rumah.

Kadang-kadang saya tidak mengerti istilah banyak atau sedikit kerja rumah. Jumlah soalan yang diberikan sama tetapi dua penjaga telefon komplain yang kerja rumah banyak. Bila jumpa dengan penjaga yang lain. “Cikgu sikitnyer bagi kerja rumah. Bila anak saya nak pandai kalau macam tu”. Adus macam mana ni?

Kerja rumah merupakan satu latihan yang penting untuk membantu murid mengukuhkan kefahaman selepas belajar di sekolah. Bukan tidak boleh memberi kerja untuk dibuat dalam kelas tetapi mengikut kajian, manusia akan lupa 80% dari apa yang dipelajari dalam kelas selepas 24 jam. Jadi sebab itu kerja rumah diberikan.

Tetapi banyak masalah yang dihadapi oleh murid untuk menyiapkan kerja sekolah. Aktiviti luar, kerja sekolah dari banyak cikgu dan tuisyen. Ini menyebabkan hanya kerja sekolah bagi cikgu yang “garang” biasanya akan disiapkan.

Jadi apa cadangan anda agar murid-murid saya dapat siapkan kerja tanpa saya perlu menjadi guru yang “garang.”

sekian, wassalam

Cikgu Farizal

Penulisan Yang Berkaitan

Comments

3 Responses to “Homework!”

  1. aunty MALAYSIA on February 9th, 2008 6:43 pm

    assalamualaikum..

    nak bagi homework…kene tengok ‘tahap pencapaian’ murid-murid kita…Bagi murid-murid yang ‘cerdik’ n kurang cerdik memang berbeza jenis keje yang kita kena bagi..(different classes/groups)

    Biasanya aunty bagi different ‘worksheets’ untuk different groups…untuk menarik minat mereka membuat keja-keja yang diberi..

    Homework yang aunty beri biasanyer kene tampal dalam ‘buku panjang’(penulisan)so,worksheets tak bertaburan lepas kita semak n murid boleh rujuk/revise sebelum exam..

    Aunty ngajor year 1 n 3 n 6(muzik =bi)..So,nampak satakat nih memang ‘homework’ yang diberi alhamdulillah semua buat kecuali yang memang ‘ditakdirkan’ istimewa walaupun tak buat tapi tetap tampal dalam ‘long book’(kira buat jugak kan?)

    lagi 1 suggestion..(selalu dok buat sejak zaman dulu)Mintak murid-murid hafal rhymes/poem/ayat-ayat/rangkaikata/passage/(sambil buat action sekali)Terbukiti memang mereka seronok…Buat sebagai ‘homework’ jugak..Terbukti berkesan!!!perkataan-perkataan untuk ejaan/dictation pun boleh suruh hafal masa cuti lebih dari 3 ari…

    He3…bukan apa…preparation untuk pertandingan ‘actions songs’

    Doakan yer??? Terima kasih semua…

  2. Cikgu Farizal MALAYSIA on February 10th, 2008 2:18 pm

    Terima kasih Aunty, pandangan yang bernas. Banyak yang saya boleh belajar dari Aunty ni. Selalu-selalulah kesini. Blog ni memang diupdate hari-hari, inysallah. Untuk memudahkan Aunty, saya cadangkan Aunty langgan RSS, kalau belum. Sebab setiap kali saya update, ia akan diemail secara automatik ke email aunty.

  3. aunty MALAYSIA on July 5th, 2008 7:14 pm

    Alhamdulillah…setelah dibuat ‘revision’ baru dapat idea nak tambah kat sini.. Ni pasal ‘grammar’ punyer homework..

    Aunty ‘fotostet’ latihan berpandukan beberapa buku rujukan dan compilekan sekali buat macam satu buku.Pas tu aunty fotostetkan untuk murid-murid aunty..Kerja ini akan diberikan pada murid-murid sebagai homework…mengikut topic yang aunty ajar..

    Ini sebab dalam kelas memang tak dek masa sangat coz bulan July ni nak mulakan ICTL utk thn 3..n pas tu nak selesaikan syllabus..kalao tak buat macam ni alamat topics grammar tak boleh cover…Lagipun skul aunty kene ikut format UPSR utk ujian bulanan n PKSR mulai thn 1 lagi…ada paper 1 n 2..(BI jer)

    *Maaf cikgufarizal coz bahasa aunty ni campur aduk*

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!