| Selamat Datang ke Blog Cikgu Farizal Dot Com. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini. |
Pertanding Catur MSSMKL Bermula!
657 views | Filed Under Catur · Tagged: Bangsar, Budak Bijak, Catur, Chess, Kuala Lumpur, Pertandingan, Zon Bangsar
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Minggu ini agak sibuk bagi saya. Mulai hari ini pertandingan catur MSSMKL bermula. Pertandingan catur MSSMKL bagi Zon Bangsar di adakan di SK Seri Indah.
Perjalanan ke sekolah ini dari sekolah saya memakan masa 15 minit dan syukur, lalulintas di sepanjang jalan adalah lancar. Saya perlu melalui Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Kelang Lama untuk sampai ke sini. Sewaktu mula-mula hadir ke sekolah ini untuk mesyuarat ke johanan ini saya hampir juga sesat. Tetapi dengan panduan yang diberikan oleh guru-guru senior sekolah, saya telah berjaya sampai tanpa sesat. Dan sekolah ini juga meletakan papan tanda ditempat yang sesuai untuk ke sini.
Kira-kira seratus lebih orang murid menyertai pertanding ini. Pada tahun ini 4 kategori dipertandingkan di mana kategori tersebut ialah lelaki bawah 12, perempuan bawah 12, lelaki bawah 10 dan perempuan bawah 10. Pertandingan ini juga dijalankan secara berasingan bagi setiap kategori, tidak seperti tahun lepas yang mengabungkan pertangan antara kategori bawah 12 dan bawah 10.
10 orang murid saya menyertai pertandingan ini dimana 3 lelaki bawah 12, 2 lelaki bawah 10, 1 perempuan bawah 12 dan 4 perempuan bawah 10. Saya mengharapkan tahun ini ada pingat bagi kategori bawah 10 tahun, Amin
Untuk keputusannya kita sambung besok, insyaallah…
Wassalam
Yang berhormat berkongsi
Cikgu Farizal




on 


betapa seronoknya boleh main catur..
saya peminat catur, kalo nak main boleh la.. hehe
[...] Alhamdullillah, doa saya dimakburkan Allah. Tahun ini sasaran saya untuk sekurang-kurangnya 2 pemain catur layak ke peringkat negeri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) tercapai. Malah harapan saya untuk melihat seorang wakil sekolah saya mendapat pingat juga tercapai. [...]
[...] Hari ini tamatlah sudah Pertandingan Catur MSSMKL Peringkat Zon Bangsar Sekolah Rendah Tahun 2008. [...]