Catur MSSMKL 2008, Misi Tercapai!

Assalamualaikum & salam sejahtera…

chesslady.jpg

Alhamdullillah, doa saya dimakburkan Allah. Tahun ini sasaran saya untuk sekurang-kurangnya 2 pemain catur layak ke peringkat negeri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) tercapai. Malah harapan saya untuk melihat seorang wakil sekolah saya mendapat pingat juga tercapai.

Hari ini selepas keputusan rasmi dikeluarkan, 4 orang peserta perempuan layak ke peringkat negeri. Seorang bagi kategori bawah 12 tahun dan 3 orang bagi kategori bawah 10 tahun. Bagi peserta lelaki, tiada seorang pun yang layak :(

Dan yang lebih mengembirakan Noralya berjaya mendapat tempat ke-3. Syukur, Alhamdullillah, dapat juga hadiah. Penyampaian hadiah akan dilakukan pada hari jumaat ini.

Besok pertandingan acara berpasukan akan berlangsung. Pada mulanya saya tidak meletakan apa-apa sasaran untuk acara ini, tetapi dengan keputusan yang agak memberangsangkan hari ini, saya harap pasukan wanita akan layak keperingkat negeri. Pasukan lelaki telah berjanji untuk menebus kekecewaan hari ini. Mampukah mereka? Mudah-mudahan mereka berjaya.

Baiklah, sekian sahaja buat kali ini.

Wassalam

Cikgu Farizal

Comments

4 Responses to “Catur MSSMKL 2008, Misi Tercapai!”

  1. aunty MALAYSIA on February 13th, 2008 10:35 pm

    Alhamdulillah n Tahniah3!!!

    Semoga Berjaya Menjadi JOHAN di peringkat KEBANGSAAN…INSYAALLAH..

  2. Cikgu Farizal Dot Com »  English Teacher, Help Me Please! MALAYSIA on February 14th, 2008 10:47 pm

    [...] after I came back from chess MSSKL tournament, Cikgu Naswadi (English teacher) gave me a questioner. The questioner is from trainer teacher who [...]

  3. Cikgu Farizal MALAYSIA on February 14th, 2008 10:48 pm

    Terima kasih Aunty,

    Johan Kebangsaan, Inysaallah lagi 2 tahun :)

  4. wanwma MALAYSIA on February 14th, 2008 11:16 pm

    Tahniah! jarang dengar org cakap pasal catur ni. kat sek saya dulu persatuan catur ada, tp caturnya tak de. bila saya nak reg tiada siapa pn nak handle..kalu saya dok kt sek cikgu farizal ni, mugkin saya leh wakil pelajar lelaki tul bertanding..huhuhuhu..

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!