Tuisyen - Satu Keperluan Atau Budaya?

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

tuition.jpg

Pernah suatu ketika dahulu saya bertanya seorang murid kenapa dia tak mampu menjawab soalan yang diberi. Katanya “Saya tak pandai, cikgu.” “Kenapa kamua kata begitu?” Soal saya. “Saya tak tuisyen cikgu,”balasnya.

Dua tahun yang lalu saya juga pernah di’kejar’ oleh seorang ibu. Ibu tersebut meminta saya mengajar tuisyen anaknya. Kebetulan anaknya murid kelas saya dan saya mengajarnya matematik dan pendidikan jasmani. “Kenapa nak tuisyen lagi, dia dah ok.” Kata saya. “Saya risaulah cikgu. Takut tak dapat 5A”. Akhirnya murid tersebut tetap mendapat 5A walaupun tiada guru tuisyen. Dan buat pertama kalinya murid dari kelas ke-2 terakhir mendapat 5A. Bangganya saya sebagai guru kelasnya :)

Saya kadang-kadang pelik. Murid-murid yang pandai, ibu bapa bergitu sibuk mencari guru tuisyen ada yang sanggup membanyar sehingga RM 60 sejam, tetapi murid yang lemah, walaupun kita mengadakan kelas tambahan percuma pun susah nak datang :(

Mengapa ini terjadi?

Sekian, wassalam

Cikgu Farizal

Comments

12 Responses to “Tuisyen - Satu Keperluan Atau Budaya?”

  1. aunty MALAYSIA on February 17th, 2008 12:59 am

    betul cakap cikgufarizal tu…

    Sebenarnya ’sikap’/'attitude’ seseorang itu perlu diubah..Bukan faktor kemiskinan yang menjadi ukuran..

    contohnyer..SBT kat sekolah kurang mendapat sambutan dari pelajar yang ‘kurang kaya’..walhal sumer dapat..’hidangan makanan yang enak-enak’..n ‘wang pembiayaan’ untuk tuition…n ‘perhatian’ oleh guru tuition…

    So,kat mana silapnyer???? Adakah ‘bahan pengajaran’ kurang menarik? Or ‘Kaedah penyampaian’ kurang dapat memancing minat belajar? Or ’suasana pembelajaran’ kurang ‘memberangsangkan minda’? or apa-apa pon…reasons yang diberi…oleh murid-murid SBT..patut kita kaji n halusi…

    Insyaallah akan dapat ‘jawapan’ kepada soalan di atas…Sebenarnya..elok jer tukarkan istilah dari..tuition ke ‘pemupukan sikap n minda belajar yang sihat’… (untuk yang kurang rajin belajar)

    Kesimpulannyer..jadikan ‘ia’ sebagai 1 keperluan khas untuk golongan yang ‘kurang rajin’ belajar…n bagi yang pandai n ber’wang’ tuh…boleh juga dijadikan ‘budaya’ bertujuan untuk mempertingkatkan prestasi…disamping ‘melabur’ untuk kepuasanhati mak n ayah..

  2. Hasbullah bin Pit MALAYSIA on February 17th, 2008 4:24 am

    Yang peliknya sekolah pun ada tuisyen.

    apa salahnya kalau dijadikan kelas tambahan.

  3. Cikgu Farizal MALAYSIA on February 17th, 2008 5:24 pm

    Bagus cadangan Aunty tu.

    Encik Hasbullah apa yang peliknya sekolah ada tuisyen?

    Apa salahnya melabur sedikit kepada golongan pengajar yang profesional atau terlatih untuk mengajar diluar waktu kerja mereka?

    Ada di antara kita sanggup membayar dengan harga yang mahal kepada golongan yang tidak terlatih bagi mengajar anak kita atas alasan guru tuisyen tetapi jika sekolah yang menganjurkan sendiri kita berkira dan kalau boleh nak percuma.

  4. Hasbullah bin Pit MALAYSIA on February 17th, 2008 8:06 pm

    Bila tusyen dianjurkan oleh sekolah, tidakkah ia menampakkan bahawa pembelajaran disekolah tidak cukup?

  5. Cikgu Farizal MALAYSIA on February 17th, 2008 11:03 pm

    O, itu maksud Encik Hasbullah.

    Pada pendapat saya umum mengetahui yang pembelajaran di sekolah memang tidak mencukupi sebab itu guru menyediakan kerja sekolah.

    Kelas tambahan atau tuisyen yang diadakan bukan untuk pelajaran baru tetapi sebagai latihan atau pengukuhan pembelajaran yang sedia ada.

    Atau pun sebagai pemulihan dan bimbingan kepada murid yang lemah.

  6. AlisSaRa @ Reen MALAYSIA on February 17th, 2008 11:39 pm

    Sesetengah sekolah yg mempunyai murid² dari golongan berada ini kurang berminat untuk menghadirkan diri ke kelas tusyen yg diadakan di sekolah. Mengapa dan kenapa? Pada pandangan saya, mungkin mereka inginkan suasana yg agak berbeza untuk mengulangkaji pelajaran. They need a different environment. Budak skrg tak macam budak dulu, skrg nie dierorang dah advance sket. Saya nie dulu dari kecik sampai la besar saya tusyen gak.. dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah tingkatan 5. Saya sgt suker pegi tusyen sbb suasana dier yg laen serta besh. So saya tak kesah pegi tusyen hari².
    Saya pun ambil tusyen gak. Bukan saya nak sangat pun, tp mak² budak plak dok kejar saya. Tp saya tak charge mahal, kiranya saya buat amal jariah la. Lgpun bebudak nie la peneman saya pada hujung minggu. Bergelak ketawa sambil belajar. Hihihi..

  7. Cikgu Farizal MALAYSIA on February 18th, 2008 12:33 am

    Ooo.. Ni kira Cikgu Tuisyen ler ni. Ingat 4 jam aje seminggu tak boleh lebih :)

    Saya bersetuju dengan pendapat Cikgu Reen. Mungkin suasa yang menyebabkan murid lebih cenderung untuk ke pusat tuisyen berbanding dengan tuisyen percuma di sekolah. Sekolah tidak boleh membenarkan murid berpakaian bebas kecuali pada sebelah malam kerana sukar untuk dipantau.

  8. syia MALAYSIA on February 18th, 2008 8:38 am

    tapikan syia lagi suke pakai uniform sekolah.. tak payah nak pikir sangat tshirt apa, jeans apa.. kasut apa.. nanti dibanding2kan dengan kwn2 lain..

    cume dulu syia memang ngaku sangat suke tusyen.. rase macam bile pergi tusyen tu.. confirm boleh dapat A.. mungkin sebab kebanyakkan cikgu tusyen ni adalah guru pakar

  9. P Ramlee MALAYSIA on February 18th, 2008 9:58 am

    Tujuan asal tuition untuk membantu pelajar yang lemah dalam subjek subjek tertentu. Jika pelajar dah pandai takperlu tution.

    Yang penting tution itu tak harus sama septi klas biasa. Jikalau dah suasana klas biasa itu bukan tution, itu makna ulang klas, dan tak ada manfaat

    Sebarang tution harus di nilai keberkesanan nya. Jika ambil tution tapi gred pelajar masih merah lepas tution tiga bulan bermakna sama ada tution itu gal, dik gu tuition gagal atau murid gagal. Dalam keadaan ini meneruskan tuition buang masa , tenaga dan duit. Atau perlu di kaji lagi kenapa tuition tidak berkesan atau cikgu tuition atau pelajar harus menganalisa tution berikut

  10. zimah UNITED STATES on March 4th, 2008 7:42 pm

    apakah keberkesanan kelas tambahan?

  11. aunty MALAYSIA on March 15th, 2008 6:54 am

    ‘Keikhlasan mengajar’ dan ‘keikhlasan belajar’ adalah 2 faktor yang amat penting untuk mewujudkan suasana pembelajaran ‘yang menarik’ dan ‘berkesan’ dan ‘berjaya’..

    Disamping itu komitment pelajar dan kesabaran guru saling menyumbang kepada kejayaan matlamat kelas tambahan diadakan..

  12. safi MALAYSIA on August 10th, 2008 8:39 am

    Pandangan saya, tuisyen hanya berkesan jika murid benar2 bersedia untuk memperbaiki prestasi akademiknya dan guru pula ikhlas dalam membantu murid yang lemah dan dahagakan bimbingan ini. Jika kelas tuisyen sama aje macam kelas biasa di sekolah, cara guru mengajar atau memberi penjelasan juga sekadar mencukupkan masa mengajar, sampai bila pun masalah keciciran n ketakfahaman murid tu akan berlanjutan. So buat apa gi tuisyen, baik dok kat rumah je. Rasanya, guru di sekolah tu perlu ubah strategi selalu bila tengok prestasi muridnya tak berubah. Kena buang label murid tu lemah, murid tu malas nak belajar dan bla…bla…bla… tapi tetapkan tujuan cikgu mgajar untuk mendidik INSAN dan mencari KERIDHAAN ALLAH bagi yang muslim. Tak ade insan yang tak boleh dididik. Alangkah belakang parang kalau diasah lagikan tajam! Inikan insan yang fitrahnya bersih.

    Kita kena sedar tujuan sebenar tuisyen ialah untuk membimbing atau meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran yang tak dapat dipenuhi di bilik darjah. So, rasanya kelas atau pusat tuisyen kenalah wujudkan satu mekanisme yang berbeza daripada biasa untuk tujuan tersebut. Bukan dok latih tubi menjawab soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Yang penting cikgu tuisyen kenalah ajar bagaimana murid faham cara untuk menyelesaikan masalah ‘tak faham’ murid tu.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!