Selamat Datang ke Blog Cikgu Farizal Dot Com. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini.

Tuisyen – Satu Keperluan Atau Budaya?

4,266 views | Filed Under tuisyen · Tagged: , , , ,  

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

tuition.jpg

Pernah suatu ketika dahulu saya bertanya seorang murid kenapa dia tak mampu menjawab soalan yang diberi. Katanya “Saya tak pandai, cikgu.” “Kenapa kamua kata begitu?” Soal saya. “Saya tak tuisyen cikgu,”balasnya.

Dua tahun yang lalu saya juga pernah di’kejar’ oleh seorang ibu. Ibu tersebut meminta saya mengajar tuisyen anaknya. Kebetulan anaknya murid kelas saya dan saya mengajarnya matematik dan pendidikan jasmani. “Kenapa nak tuisyen lagi, dia dah ok.” Kata saya. “Saya risaulah cikgu. Takut tak dapat 5A”. Akhirnya murid tersebut tetap mendapat 5A walaupun tiada guru tuisyen. Dan buat pertama kalinya murid dari kelas ke-2 terakhir mendapat 5A. Bangganya saya sebagai guru kelasnya :)

Saya kadang-kadang pelik. Murid-murid yang pandai, ibu bapa bergitu sibuk mencari guru tuisyen ada yang sanggup membanyar sehingga RM 60 sejam, tetapi murid yang lemah, walaupun kita mengadakan kelas tambahan percuma pun susah nak datang :(

Mengapa ini terjadi?

Sekian, wassalam

Cikgu Farizal

Comments

32 Responses to “Tuisyen – Satu Keperluan Atau Budaya?”

  1. aunty MALAYSIA on February 17th, 2008 12:59 am

    betul cakap cikgufarizal tu…

    Sebenarnya ‘sikap’/'attitude’ seseorang itu perlu diubah..Bukan faktor kemiskinan yang menjadi ukuran..

    contohnyer..SBT kat sekolah kurang mendapat sambutan dari pelajar yang ‘kurang kaya’..walhal sumer dapat..’hidangan makanan yang enak-enak’..n ‘wang pembiayaan’ untuk tuition…n ‘perhatian’ oleh guru tuition…

    So,kat mana silapnyer???? Adakah ‘bahan pengajaran’ kurang menarik? Or ‘Kaedah penyampaian’ kurang dapat memancing minat belajar? Or ‘suasana pembelajaran’ kurang ‘memberangsangkan minda’? or apa-apa pon…reasons yang diberi…oleh murid-murid SBT..patut kita kaji n halusi…

    Insyaallah akan dapat ‘jawapan’ kepada soalan di atas…Sebenarnya..elok jer tukarkan istilah dari..tuition ke ‘pemupukan sikap n minda belajar yang sihat’… (untuk yang kurang rajin belajar)

    Kesimpulannyer..jadikan ‘ia’ sebagai 1 keperluan khas untuk golongan yang ‘kurang rajin’ belajar…n bagi yang pandai n ber’wang’ tuh…boleh juga dijadikan ‘budaya’ bertujuan untuk mempertingkatkan prestasi…disamping ‘melabur’ untuk kepuasanhati mak n ayah..

  2. Hasbullah bin Pit MALAYSIA on February 17th, 2008 4:24 am

    Yang peliknya sekolah pun ada tuisyen.

    apa salahnya kalau dijadikan kelas tambahan.

  3. Cikgu Farizal MALAYSIA on February 17th, 2008 5:24 pm

    Bagus cadangan Aunty tu.

    Encik Hasbullah apa yang peliknya sekolah ada tuisyen?

    Apa salahnya melabur sedikit kepada golongan pengajar yang profesional atau terlatih untuk mengajar diluar waktu kerja mereka?

    Ada di antara kita sanggup membayar dengan harga yang mahal kepada golongan yang tidak terlatih bagi mengajar anak kita atas alasan guru tuisyen tetapi jika sekolah yang menganjurkan sendiri kita berkira dan kalau boleh nak percuma.

  4. Hasbullah bin Pit MALAYSIA on February 17th, 2008 8:06 pm

    Bila tusyen dianjurkan oleh sekolah, tidakkah ia menampakkan bahawa pembelajaran disekolah tidak cukup?

  5. Cikgu Farizal MALAYSIA on February 17th, 2008 11:03 pm

    O, itu maksud Encik Hasbullah.

    Pada pendapat saya umum mengetahui yang pembelajaran di sekolah memang tidak mencukupi sebab itu guru menyediakan kerja sekolah.

    Kelas tambahan atau tuisyen yang diadakan bukan untuk pelajaran baru tetapi sebagai latihan atau pengukuhan pembelajaran yang sedia ada.

    Atau pun sebagai pemulihan dan bimbingan kepada murid yang lemah.

  6. AlisSaRa @ Reen MALAYSIA on February 17th, 2008 11:39 pm

    Sesetengah sekolah yg mempunyai murid² dari golongan berada ini kurang berminat untuk menghadirkan diri ke kelas tusyen yg diadakan di sekolah. Mengapa dan kenapa? Pada pandangan saya, mungkin mereka inginkan suasana yg agak berbeza untuk mengulangkaji pelajaran. They need a different environment. Budak skrg tak macam budak dulu, skrg nie dierorang dah advance sket. Saya nie dulu dari kecik sampai la besar saya tusyen gak.. dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah tingkatan 5. Saya sgt suker pegi tusyen sbb suasana dier yg laen serta besh. So saya tak kesah pegi tusyen hari².
    Saya pun ambil tusyen gak. Bukan saya nak sangat pun, tp mak² budak plak dok kejar saya. Tp saya tak charge mahal, kiranya saya buat amal jariah la. Lgpun bebudak nie la peneman saya pada hujung minggu. Bergelak ketawa sambil belajar. Hihihi..

  7. Cikgu Farizal MALAYSIA on February 18th, 2008 12:33 am

    Ooo.. Ni kira Cikgu Tuisyen ler ni. Ingat 4 jam aje seminggu tak boleh lebih :)

    Saya bersetuju dengan pendapat Cikgu Reen. Mungkin suasa yang menyebabkan murid lebih cenderung untuk ke pusat tuisyen berbanding dengan tuisyen percuma di sekolah. Sekolah tidak boleh membenarkan murid berpakaian bebas kecuali pada sebelah malam kerana sukar untuk dipantau.

  8. syia MALAYSIA on February 18th, 2008 8:38 am

    tapikan syia lagi suke pakai uniform sekolah.. tak payah nak pikir sangat tshirt apa, jeans apa.. kasut apa.. nanti dibanding2kan dengan kwn2 lain..

    cume dulu syia memang ngaku sangat suke tusyen.. rase macam bile pergi tusyen tu.. confirm boleh dapat A.. mungkin sebab kebanyakkan cikgu tusyen ni adalah guru pakar

  9. P Ramlee MALAYSIA on February 18th, 2008 9:58 am

    Tujuan asal tuition untuk membantu pelajar yang lemah dalam subjek subjek tertentu. Jika pelajar dah pandai takperlu tution.

    Yang penting tution itu tak harus sama septi klas biasa. Jikalau dah suasana klas biasa itu bukan tution, itu makna ulang klas, dan tak ada manfaat

    Sebarang tution harus di nilai keberkesanan nya. Jika ambil tution tapi gred pelajar masih merah lepas tution tiga bulan bermakna sama ada tution itu gal, dik gu tuition gagal atau murid gagal. Dalam keadaan ini meneruskan tuition buang masa , tenaga dan duit. Atau perlu di kaji lagi kenapa tuition tidak berkesan atau cikgu tuition atau pelajar harus menganalisa tution berikut

  10. zimah UNITED STATES on March 4th, 2008 7:42 pm

    apakah keberkesanan kelas tambahan?

  11. aunty MALAYSIA on March 15th, 2008 6:54 am

    ‘Keikhlasan mengajar’ dan ‘keikhlasan belajar’ adalah 2 faktor yang amat penting untuk mewujudkan suasana pembelajaran ‘yang menarik’ dan ‘berkesan’ dan ‘berjaya’..

    Disamping itu komitment pelajar dan kesabaran guru saling menyumbang kepada kejayaan matlamat kelas tambahan diadakan..

  12. safi MALAYSIA on August 10th, 2008 8:39 am

    Pandangan saya, tuisyen hanya berkesan jika murid benar2 bersedia untuk memperbaiki prestasi akademiknya dan guru pula ikhlas dalam membantu murid yang lemah dan dahagakan bimbingan ini. Jika kelas tuisyen sama aje macam kelas biasa di sekolah, cara guru mengajar atau memberi penjelasan juga sekadar mencukupkan masa mengajar, sampai bila pun masalah keciciran n ketakfahaman murid tu akan berlanjutan. So buat apa gi tuisyen, baik dok kat rumah je. Rasanya, guru di sekolah tu perlu ubah strategi selalu bila tengok prestasi muridnya tak berubah. Kena buang label murid tu lemah, murid tu malas nak belajar dan bla…bla…bla… tapi tetapkan tujuan cikgu mgajar untuk mendidik INSAN dan mencari KERIDHAAN ALLAH bagi yang muslim. Tak ade insan yang tak boleh dididik. Alangkah belakang parang kalau diasah lagikan tajam! Inikan insan yang fitrahnya bersih.

    Kita kena sedar tujuan sebenar tuisyen ialah untuk membimbing atau meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran yang tak dapat dipenuhi di bilik darjah. So, rasanya kelas atau pusat tuisyen kenalah wujudkan satu mekanisme yang berbeza daripada biasa untuk tujuan tersebut. Bukan dok latih tubi menjawab soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Yang penting cikgu tuisyen kenalah ajar bagaimana murid faham cara untuk menyelesaikan masalah ‘tak faham’ murid tu.

  13. gadissabah AUSTRALIA on December 31st, 2008 11:25 am

    dari satu sudut tuisyen merupakan budaya dalam aspek pendidikan dalam konsep sosiologi…tapi jika kita lihat dari sudut ekonomi,,,ia juga melibatkan unsur kewangan seseorang…

  14. cALs MALAYSIA on January 2nd, 2009 2:18 am

    MnRuT pNdAnGaN I PalK..
    TeRdPaT DuA SdUt pNdNgaN yG BrBeZa anTrA Kta..
    MrJuK PnDnGAn pRtMa.. Ia LbIh kPdA KbAiKaN..!!!
    MgKiN LbIh MnJmAtKn mAsA bRbNdInG sEsI Yg dI BuAt dI LuAr sKoLaH..!!!
    KrNa ..
    PlJaR akN MnGAmbL mSa tUk pRePAiR DrI n sBgAiNyA..
    sKrAnYa DiAdAkN D SkOlAh..
    PlJaR HnYA MmRlUkAn mSA RhAt..
    DrI sDuT YnG NgTiV..
    I Jg sTjU dNgaN ap yG HaSsBuLaH KtAkAn..
    iA spErTi mNgGmBrKaN pNdDkAn d sKoLaH TdAk mNcUkUpI..
    DaN mNgKiN Jg bG PlJaR Yg HdUp dLaM KmDeNAn..
    mRkA LeBiH GmAr mMKAi pKaIaN BiAsA ATaS SbAb TrTnTu{mGkIn iNgIn mNoNjOlkN KlBhAn}…
    wLbGaImNpN.. anD DmNA Jg Di bUaT..
    iA MsIh bRgNtUnG D TnAGn pElAJaR..
    sMadA mAhU ATaU X..!!!

  15. hafidah MALAYSIA on January 29th, 2009 3:54 pm

    Tahap kemampuan kanak-kanak berbeza. dengan bilangan murid yang ramai guru tidak dapat memberi fokus kepada murid yang lemah. Situasi adalah berbeza dengan tahun 80 an, yang mana guru lebih komit untuk mengajar dan mendidik. Guru tak jemu mengajar walau di kelas yang murid kurang pintar atau pandai. Tuisyen adalah usaha ibubapa yang sentiasa mahu anak mereka menjadi terbaik.

  16. Umi AUSTRALIA on February 4th, 2009 11:01 am

    Kalau ibu atau bapa tu bersedia mendidik atau membantu anak study di rumahmkak tusyen tak perlu.Tapi kalau tak sempat nak lihat buku anak,better hantar tusyen.At least anak tu study juga dari menonton TV je.Tapi ingat ,jangan jadikan tusyen tu segala-galanya.

  17. Azie on February 15th, 2009 1:56 am

    assalamualaikum..sy bukan la warga pendidik tapi ibu sy tenaga pengajar dan mengajar subjek sains..jd ms zaman sekolah sy mmg x pergi tuisyen cume pergi klas tambahan jer itu pun sbb wajib..

    pd sy tak semestinye student yg pergi tuisyen ble cemerlang ms exam..tapi sy setuju pdpt hamidah ibu bapa mnjadikan tuisyen ni alternative mereka..betul tahap kematangan kanak2 ni x sama..ada yang cepat ada yang lambat..jd bila pergi tuisyen boleh la mereka ni di beri perhatian lebih oleh cikgu tuisyen kerana dalam sesebuah kelas tuisyen cume ade paling ramai pun15 org…

    sy sndiri prnah mengajar tuisyen add math selepas tamat degree…sempat cover beberapa chapter form 4,,dlm kelas cuma ade 8 org student…

  18. sayang negara MALAYSIA on February 19th, 2009 12:52 pm

    Sebenarnya ada kebaikan dan kelemahan yg tersirat jika PPSMI ini diteruskan. Byk persatuan, NGO dan veteran lama yg membantah dgn perlaksanaan ini. Saya faham tindakan mereka itu. Bagi saya, penggunaan English dlm 2 subjek utama ini dapat membentuk pelajar2 menjadi lebih maju dan berdaya saing tidak kira di bandar atau luar bandar. Jadi, tenaga pengajar perlu menitik beratkan penguasaan bahasa Inggeris dari segi kemahiran komunikasi.Tenaga pengajar itu sendiri perlu kuasai bahasa kedua ini. Jika mereka tidak dapat mengajar dgn baik bagaimana anak murid yg diajar?lagi tak paham satu pun.Jadi itu kebaikan yg nampak. Baiklah..saya cuba perinci masalah sebenar negara kita.Ya, agak sukar utk dilaksanakan di luar bandar kerana kita tahu keadaan persekitaran mereka sendiri tidak menggunakan bahasa Inggeris dirumah contohnya. Ini berbanding dgn di bandar. Ada sesetengah mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi di rumah atau di mana2 pun.Itu tidak menjadi masalah bagi mereka.Sebenarnya kita berbalik kepada rukun asas negara kita.Itulah masalah di negara kita sebenarnya nilai-nilai cintakan bangsa dan negara tidak terdapat didalam hati semua warganya. Kalau benar bahasa rasmi bahasa Malaysia, sepatutnya kita sama seperti di Indonesia. Walau berbeza kaum tapi satu bahasa.Kita masyarakat majmuk, majmuk bangsa dan bahasa. Kita ada byk kaum, Cina India Melayu malah sekolah juga terbahagi 3.Jika 50 tahun dulu kita cuma ada 1 sekolah satu bahasa, maka satu bangsa Malaysia juga dapat diwujudkan. Ada juga parti politik memperjuangkan bahasa malaysia tetapi secara mudah saya katakan nama parti itu sendiri bahasa Inggeris.Mungkin mudah utk disebut.Bukan org melayu sahaja yg membantah perkara malah kaum yg lain juga.Semuanya ada kepentingan sendiri bagi menjaga bahasa ibunda masing2. Pemimpin kita dahulu penat2 membuat perlembagaan negara menjadikan bahasa malaysia sebagai bahasa rasmi utk semua dan bukannya dlm bidang pentadbiran dalam kerajaan.Jadi sifat utk tidak mencintai bahasa malaysia itu sendiri telah melemahkan kita menjadi satu bangsa yg kuat. Maka dgn itu bahasa Inggeris bakal menggantikan bahasa rasmi secara amnya walau tidak tertakluk dlm perlembgaan negara. Saya harap dpt renungkan sebentar apa yg saya luahkan.

  19. k.ana on March 1st, 2009 1:56 am

    betul kata safi tu. saya sokong. Kekadang bebudak ni pegi tuisyen cuma disebabkan nak cari jalan kelaur rumah je. Ada juga yang nak belajarlah. Ibu bapa juga mesti mengawasi pembelajaran mereka di rumah. Jangan pula bila dah pegi tuisyen, mak bapak lepas tangan, konon dah gerenti dapat A. Bila tak dapat A, salahkan cikgu tuisyen. Walhal, anak tu yang tak nak belajar. Tuisyen berbakul-bakul pun kalau cuma pegi dan balik je tanpa mengulangkaji buat ape. Membazir duit mak bapak jee. Yang penting pegi tuisyen adalah berniat untuk mengukuhkan lagi pahaman semasa di sekolah. Sebab, ada pelajar kat sekolah malu nak tanya cikgi bila dia kurang faham. Takut ditertawakan rakan. Jadi mereka pegi tuisyen untuk lebih mengukuhkan lagi. Lagipun mereka boleh mempelbagaikan cara yang mungkin dengan guru tuisyen lebih ngam belajar. Tapi apa-apa pun yang penting adalah semangat pelajar itu sendiri.

  20. aunty MALAYSIA on March 12th, 2009 3:36 pm

    rasanyer bagi subjek BI yang agak turun dlm UPSR tahun lepas memang ada HIKMAHs nyer..

    Mengapa?Ya..sebab tahun ni dah ada penambahbaikan program REACT yang memfokuskan teknik menjawab Paper 1 n Paper 2..Jada tak payah dah budak-budak ni tuition kat luar dah..Memadai bagi tumpuan penuh dlaam kelas ketika program ni dijalankan Insyaallah murid-murid boleh mudah faham dan akan tertarik dan meminati belajar bahasa Inggeris dengan lebih mudah.

  21. Azizan on March 19th, 2009 3:37 pm

    Saya mengendalikan tuisyen secara “online” khas untuk pelajar SPM yang mengambil subjek “Add Maths”. Pendekatan saya agak berbeza kerana saya hanya menumpukan cara bagaimana menyelesaikan soalan format SPM.

    Dari soalan yang diajukan kepada saya, saya dapati rata rata sikap pelajar itu sendiri yang ragu-ragu untuk mencuba sesuatu perkara yang di luar kebiasaan mereka .Contoh yang agak ketara adalah:-

    Tidak yakin belajar secara “online”
    tidak berani mencuba dan merebut peluang yang ada

  22. titan AUSTRALIA on July 7th, 2009 8:38 pm

    bergantung pada budak tu. dan juga pada cikgu juga..

  23. mazleezah MALAYSIA on July 26th, 2009 1:34 am

    hai saya setuju dengan pPSMI

  24. teacher MALAYSIA on August 21st, 2009 12:13 am

    B’gntung kpd parents bdk2 tu smada mampu atau x..dan kena tgk gak level bdk2 ni leh ke diorg ‘ikut’ apa yg d ajar kat tmpt tuisyen..tpi apa pun wahai ckgu2 yg t’libat dgn tuisyen d hrp jagalah amanah kite sbgai sorg guru wpun d tmpt tuisyen. Pnglamn sya ada murid yg bila time ujian/exam dgn selamba n sng ht btau ‘ sya dh buat soalan ni kat tmpt tuisyen’ atau pun ‘ cikgu tuisyen dh btau tjuk apa kuar dlm exam’..Sdihnya bila jd mcm ni..Malah ada ckgu tuisyen yg siap bg cntoh jwpn..Kdg2 sya rasa malu sdiri bila murid2 lain tnya knpa cikgu tuisyen kwan dia buat mcm tu..Igt ckgu,kite kena amanah..Tgas kite sbagai p’didik n pemimpin sgt berat..Bila mati nanti byk soalan yg kite kna jwb..lbih byk lg dpd soalan2 yg kite bocorkan kat murid2 kite tu..Jgn bila krts soalan smpai d sekolah kite ambik n bwk kat tmpt tuisyen kite n ‘drill’ bdk2 tuisyen kite..Klu kite buat mcm tu apa hkum dan status duit hasil tuisyen yg kite dpt n blanjakan utk family kite tu????

  25. Mentor Jutawan MALAYSIA on August 24th, 2009 5:24 pm

    Yg sbtulnya klu brbual ttg apa saja, pasti ada pro dn contranya. bukan bgtu? kali ini sy tk mhu mgutrakn pndngn yg trlalu berat, hnya ingin mmbri pmbca idea. Dan jgn lupa ada pmbca kita ini yg trdiri drpd student.

    Con:
    ~Penat
    ~Letih
    ~Rasa otak cam membengkak sikit2 pas balik dr tuisyen
    ~Kawan2 akan sindir korang and cakap korang prasan pandai sb da pi tuisyen
    ~Kalau gagal dalam ujian selalu kena ejek sb mmbuang duit pi tuisyen
    ~tpaksa korbankan masa nak men game, tengok tv, sb homework berlambak

    Pro:
    ~Korang akan prasan pandai
    ~InsyaAllah, dapat membantu pemahaman mengenai subjek n objek
    ~Dapat isi masa lapang
    ~Menyejukkan sket perut ibu yg mengandung
    ~dapat aweks baru (ni yg best ni)
    ~jumpa kawan2
    ~mak abah kerja lagi kuat nak bayar yuran tuisyen

    Allahu a’lam, it depends to individual perception..

  26. khairulorama MALAYSIA on August 26th, 2009 10:47 am

    .. tidak sokong dgn privatisation

  27. Shikin on October 13th, 2009 5:49 pm

    erm setuju sangat dengan pendapat Titan tu…bergantung pada pelajar and cikgu gak…selain tuisyen untuk pelajar saya de satu program yang baik untuk kawan – kawan…come join me…

  28. ieda MALAYSIA on March 4th, 2010 3:30 pm

    btol tu cikgu…tp walaupun saya ada sesutu yang boleh buat pelajar itu minat belajar dan tidak perlu pergi ke pusat tuisyen jika mereka tidak mahu…saya ada tipsnya..jika cikgu berminat untuk tahu, sila email kepada saya di ieda1718@gmail.com

    Terima Kasih…

  29. ieda MALAYSIA on March 4th, 2010 3:35 pm

    salam cikgu…saya bersetuju ngan pandangan cikgu itu. tetapi saya ada jalan penyelesaiannya untuk bagi minat belajar kepada para pelajar dan membuatkan mereka suka untuk belajar…Mereka juga tidak perlu pergi ke kelas tuisyen jika mereka tidak mahu…jika cikgu inginkan tips ini, sila email kepada saya di ieda1718@gmail.com

  30. SEH for SUPPLEMENTS EDUCATION HOUR MALAYSIA on March 26th, 2010 12:34 am

    tuition yang mengulang perkara sama dalam kelas harian pembaziran tenaga, dan satu bentuk penipuan halus kerana murid dimomokkan dengan kelemahan matapelajaran yang pada hakikatnya kegagalan guru.

    Bagaimana kalau kita fikir tentang……..
    1.Jadi pelajar kena bayar pada guru apa yang sudah sepatutnya tugas mereka?
    2.Bagaimana kalau ada guru buat soalan susah penggal pertama kerana nak kutip pelajar ke kelas tuisyen mereka.
    3.Apa hal ramai guru dapat elaun kerana PPSMI tetapi kalau gred Bahasa Inggeris mereka koyak.
    4.Cerdik ke kita harap PPSMI boleh berjaya dengan guru yang begitu
    5….http://akademiterrabaca.blogspot.com/2010/02/perkasakan-bm-dan-bi-para-guru-terlebih.html

  31. SEH for SUPPLEMENTS EDUCATION HOUR MALAYSIA on March 26th, 2010 12:41 am

    dan akhir sekali kenapa setiap Menteri baru akan umum kurikulum baru sedangkan masalah duduk pada kaedah atau proses bukan bahan atau infra………………..kami rasa terpanggil menjawab bagi pihak guru kepada beberapa persoalan yang timbul. Pertama kegagalan juga ada kaitan dasar dibuat secara melulu tanpa mendapat input dari lapangan, malah lebih tepat digubal oleh ahli teori ‘armchair scholars’ yang bukan ahlinya, dan ditokok tambah oleh ‘mandarins’ dalam Kementerian yang hanya lihat dasar dari sudut peruntukan dan pengagihan. Buktinya lihat belanja smart school dan berbilion lagi gajah putih warisan setiap Menteri Pelajaran terdahulu, kemudian audit hasilnya.

    Kami guru dibebankan dengan dasar yang tidak masuk akal.

    Hasilnya wujud sistem kerja bagi melepasi sistem lambakan urusan perkeranian dari PPD dan JPN dan pemerosesan data berulang, borang laporan dll.

    Hasilnya keberkesanan terhad walaupun kos belanja begitu besar.

    WHAT? NEW CURRICULUM WITH SAME TEACHERS?
    dalam
    http://coach-a-coach.blogspot.com/2010/02/what-new-curriculum-and-same-teachers.html

  32. Shima Cute on April 21st, 2010 5:00 pm

    Pada pendapat saya tuisyen pada masa sekarang amatlah diperlukan.tq

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!