Cemerlang Matematik I : Teknik Belajar Matematik

Assalamualaikum & salam sejahtera…

math1.jpg


Minat dalam matematik belum pasti menjamin kejayaan anda dalam subjek matematik. Matematik merupakan pelajaran yang unik dan ia amat penting untuk membantu mencorak masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Jadi untuk cemerlang dalam matematik kita perlu mengetahui beberapa perkara penting untuk membantu kita cemerlang dalam matematik. Ada 5 perkara penting yang akan kita bincangkan untuk membantu kita cemerlang dalam metematik.

Perkara-perkara tersebut ialah;

  • Teknik Belajar Matematik
  • Penyelesaian Masalah
  • Belajar Untuk Peperiksaan / Ujian Matematik
  • Teknik Untuk Menduduki Peperiksaan / Ujian Matematik

Teknik Belajar Matematik - Pembelajaran Aktif Vs Pembelajaran Pasif

Proses pembelajaran matematik memerlukan teknik belajar aktif. Sewaktu belajar matematik, anda perlu;

  • mengenalpasti apa yang anda tahu dan apa yang anda tidak tahu. Dan anda juga perlu tahu bagaimana untuk meminta bantuan guru bagi menyelesaikan masalah yang anda tidak tahu.
  • Jangan sekali-kali ponteng kelas matematik. Pembelajaran matematik melalui guru adalah lebih berkesan berbanding belajar sendiri.
  • Aktifkan diri anda dalam kelas matematik. Belajar dahulu sedikit secara bersendirian sebelum kelas matematik.
  • Ambil peluang untuk bertanya apa yang anda tidak faham bila berpeluang.
  • Berjumpa guru diwaktu rehat untuk bertanyakan masalah yang kamu tidak tahu. Cara bergini akan lebih mendekatkan kamu dengan guru. Ini lebih memotivasikan kamu untuk berjaya dalam matematik.

Teknik Belajar Matematik Adalah Berbeza Dengan Pelajaran Lain

  • Matematik adalah satu matapelajaran yang memerlukan anda menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah matematik membantu anda lebih memahami topik-topik dalam matematik dan juga membantu anda lebih mengingat fomula matematik dan ia juga membaiki teknik menjawab anda.
  • Perkara yang paling penting dalam matematik adalah memahami konsep asas matematik.

Masa Belajar Matematik

Masa belajar matematik adalah bergantung kepada anda tetapi disarankan sekurang-kurangnya 2 jam sehari dan lakukan tiap-tiap hari.

Pastikan setiap soalan adalah benar-benar bekualiti dan mencabar.

Untuk mengelakan rasa bosan anda disarankan mewujudkan kumpulan belajar matematik

Bersambung…..

Sekian wassalam

Cikgu Farizal

Comments

6 Responses to “Cemerlang Matematik I : Teknik Belajar Matematik”

  1. P Ramlee MALAYSIA on February 21st, 2008 9:07 am

    Belajar matematik ker atau ilmu hisap atau kira kira senang jer. Ambil satu guni duit siling dan bagi dua antara A dan B:
    A: Satu untuk kau
    A: Satu untuk aku
    A: Dua untuk kau
    A: Dua untuk aku

    B: Tunggu! Kenapa kau punyer nampak lebih banyak?
    Nah, Biar aku kira!
    A: ok!

    B: Satu untuk kau
    B: satu untuk aku
    B: Satu untuk kau
    B: Satu untuk aku

    B: Aik! lepas dua aper daa?
    A: Tiga daa

    B: Tiga dar untuk kau
    B: tiga dar untuk aku

    A: Cit! Bodoh kau
    B: Cit! bodoh kau untuk kau
    B” Bodoh kau untuk aku

    A: Nak mampus?
    B: Nak mampus untuk kau
    B: Nak mampus untuk aku

    Kan senang belajar matematik nI??

  2. PakarHowTo MALAYSIA on February 22nd, 2008 5:31 pm

    kali pertama saya berkunjung ke blog ni,
    terus saya terpikat.

    blog ini memang cantik dan kemas.
    saya suka blog ini.

    mungkin saya akan menjadi pengunjung setia blog ini.

  3. aunty MALAYSIA on February 22nd, 2008 7:53 pm

    selalu/kerap jalankan/adakan congak(mental sums) pun akan menarik minat murid-murid belajar matematik!

    disamping itu akan ‘melatih minda’ rajin mengira dan menghindar ‘kemalasan berfikir’..

    Dulu-dulu masa kecik-kecik guru maths aunty(GB) dia akan suruh kami kira apa-apa jer yang terdapat dalam kelas secara spontan sebaik saja dia melangkah masuk ke kelas..tak kira ler dia suruh campur ke tolak ke darab ker or bahagi ker…

    Zaman dulu memang maths dalam bi…memang menarik sekali…terutama kalao dia ajar ‘problems solving’ sebab dia suruh kami ‘masuk’ dalam cerita maths untuk mudah memahami situasi cerita dan lepas itu memang senang nak selesaikan..

  4. Cikgu Farizal Dot Com »  Cemerlang Matematik II : Penyelesaian Masalah MALAYSIA on February 22nd, 2008 10:30 pm

    [...] ini mari kita sambung artikel bertajuk Cemerlang Matematik Bahagian II : Penyelesaian [...]

  5. Cikgu Farizal MALAYSIA on February 22nd, 2008 10:35 pm

    P Ramlee, Macam kenal jer script tu, Cerita apa da ? :)

    Pakar How To, jemput-jemput ler selalu kesini :)

    Betul tu Aunty, aktiviti mencongak memang banyak membantu murid berfikir. Saya pun suka aktiviti tu. Dan apa yang Cikgu Math Aunty buat tu memang baik untuk dicontohi. Nanti saya try.

  6. Cikgu Farizal Dot Com »  Cemerlang Matematik III : Belajar Untuk Peperiksaan / Ujian Matematik MALAYSIA on February 25th, 2008 11:18 pm

    [...] ini kita sambung kembali topik cemerlang matematik dengan bab ke III iaitu Belajar Untuk Peperiksaan / Ujian Matematik.Sebenarnya setiap kali kita [...]

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!