Selamat Datang ke Blog Cikgu Farizal Dot Com. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini.

Cemerlang Matematik I : Teknik Belajar Matematik

7,853 views | Filed Under Matematik · Tagged: , ,  

Assalamualaikum & salam sejahtera…

math1.jpg


Minat dalam matematik belum pasti menjamin kejayaan anda dalam subjek matematik. Matematik merupakan pelajaran yang unik dan ia amat penting untuk membantu mencorak masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Jadi untuk cemerlang dalam matematik kita perlu mengetahui beberapa perkara penting untuk membantu kita cemerlang dalam matematik. Ada 5 perkara penting yang akan kita bincangkan untuk membantu kita cemerlang dalam metematik.

Perkara-perkara tersebut ialah;

  • Teknik Belajar Matematik
  • Penyelesaian Masalah
  • Belajar Untuk Peperiksaan / Ujian Matematik
  • Teknik Untuk Menduduki Peperiksaan / Ujian Matematik

Teknik Belajar Matematik – Pembelajaran Aktif Vs Pembelajaran Pasif

Proses pembelajaran matematik memerlukan teknik belajar aktif. Sewaktu belajar matematik, anda perlu;

  • mengenalpasti apa yang anda tahu dan apa yang anda tidak tahu. Dan anda juga perlu tahu bagaimana untuk meminta bantuan guru bagi menyelesaikan masalah yang anda tidak tahu.
  • Jangan sekali-kali ponteng kelas matematik. Pembelajaran matematik melalui guru adalah lebih berkesan berbanding belajar sendiri.
  • Aktifkan diri anda dalam kelas matematik. Belajar dahulu sedikit secara bersendirian sebelum kelas matematik.
  • Ambil peluang untuk bertanya apa yang anda tidak faham bila berpeluang.
  • Berjumpa guru diwaktu rehat untuk bertanyakan masalah yang kamu tidak tahu. Cara bergini akan lebih mendekatkan kamu dengan guru. Ini lebih memotivasikan kamu untuk berjaya dalam matematik.

Teknik Belajar Matematik Adalah Berbeza Dengan Pelajaran Lain

  • Matematik adalah satu matapelajaran yang memerlukan anda menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah matematik membantu anda lebih memahami topik-topik dalam matematik dan juga membantu anda lebih mengingat fomula matematik dan ia juga membaiki teknik menjawab anda.
  • Perkara yang paling penting dalam matematik adalah memahami konsep asas matematik.

Masa Belajar Matematik

Masa belajar matematik adalah bergantung kepada anda tetapi disarankan sekurang-kurangnya 2 jam sehari dan lakukan tiap-tiap hari.

Pastikan setiap soalan adalah benar-benar bekualiti dan mencabar.

Untuk mengelakan rasa bosan anda disarankan mewujudkan kumpulan belajar matematik

Bersambung…..

Sekian wassalam

Cikgu Farizal

Comments

15 Responses to “Cemerlang Matematik I : Teknik Belajar Matematik”

  1. P Ramlee MALAYSIA on February 21st, 2008 9:07 am

    Belajar matematik ker atau ilmu hisap atau kira kira senang jer. Ambil satu guni duit siling dan bagi dua antara A dan B:
    A: Satu untuk kau
    A: Satu untuk aku
    A: Dua untuk kau
    A: Dua untuk aku

    B: Tunggu! Kenapa kau punyer nampak lebih banyak?
    Nah, Biar aku kira!
    A: ok!

    B: Satu untuk kau
    B: satu untuk aku
    B: Satu untuk kau
    B: Satu untuk aku

    B: Aik! lepas dua aper daa?
    A: Tiga daa

    B: Tiga dar untuk kau
    B: tiga dar untuk aku

    A: Cit! Bodoh kau
    B: Cit! bodoh kau untuk kau
    B” Bodoh kau untuk aku

    A: Nak mampus?
    B: Nak mampus untuk kau
    B: Nak mampus untuk aku

    Kan senang belajar matematik nI??

  2. PakarHowTo MALAYSIA on February 22nd, 2008 5:31 pm

    kali pertama saya berkunjung ke blog ni,
    terus saya terpikat.

    blog ini memang cantik dan kemas.
    saya suka blog ini.

    mungkin saya akan menjadi pengunjung setia blog ini.

  3. aunty MALAYSIA on February 22nd, 2008 7:53 pm

    selalu/kerap jalankan/adakan congak(mental sums) pun akan menarik minat murid-murid belajar matematik!

    disamping itu akan ‘melatih minda’ rajin mengira dan menghindar ‘kemalasan berfikir’..

    Dulu-dulu masa kecik-kecik guru maths aunty(GB) dia akan suruh kami kira apa-apa jer yang terdapat dalam kelas secara spontan sebaik saja dia melangkah masuk ke kelas..tak kira ler dia suruh campur ke tolak ke darab ker or bahagi ker…

    Zaman dulu memang maths dalam bi…memang menarik sekali…terutama kalao dia ajar ‘problems solving’ sebab dia suruh kami ‘masuk’ dalam cerita maths untuk mudah memahami situasi cerita dan lepas itu memang senang nak selesaikan..

  4. Cikgu Farizal Dot Com »  Cemerlang Matematik II : Penyelesaian Masalah MALAYSIA on February 22nd, 2008 10:30 pm

    [...] ini mari kita sambung artikel bertajuk Cemerlang Matematik Bahagian II : Penyelesaian [...]

  5. Cikgu Farizal MALAYSIA on February 22nd, 2008 10:35 pm

    P Ramlee, Macam kenal jer script tu, Cerita apa da ? :)

    Pakar How To, jemput-jemput ler selalu kesini :)

    Betul tu Aunty, aktiviti mencongak memang banyak membantu murid berfikir. Saya pun suka aktiviti tu. Dan apa yang Cikgu Math Aunty buat tu memang baik untuk dicontohi. Nanti saya try.

  6. Cikgu Farizal Dot Com »  Cemerlang Matematik III : Belajar Untuk Peperiksaan / Ujian Matematik MALAYSIA on February 25th, 2008 11:18 pm

    [...] ini kita sambung kembali topik cemerlang matematik dengan bab ke III iaitu Belajar Untuk Peperiksaan / Ujian Matematik.Sebenarnya setiap kali kita [...]

  7. amir@mal MALAYSIA on December 12th, 2008 5:28 pm

    aku ni bukan bijak dalam metamatik ,tapi kira kira belanja memang terer.

  8. mumtaz MALAYSIA on December 11th, 2009 7:22 pm

    saya tengah cari bahan untuk praktikum..ada tak bahan menarik untuk form 1, 2 and 3 selain menggunakan muzik? camane nak create pepejal geometri dalam bentuk 3D?atau link bahan pengajaran matematik? cara senang nak suruh pelajar faham konsep sebelum menjana kecemerlangan dalam matematik? macam mana ye? sbl ni ajar rumus n jawab soalan terus…

  9. junaidi:p on January 9th, 2010 12:07 pm

    haha ape korang cakap ni merepek je ade P.RAMLEE la blog ni cantiklah bende2 yg dia cakap aku tingok macam biase je tapi aku suke pembelajaran dia.

  10. nurhazfara MALAYSIA on January 17th, 2010 12:49 pm

    don’t worry be happy

  11. ns on January 26th, 2010 10:12 pm

    cikgu fariza… saya berminat dengan blog ini dan idea2 yang dikemukan walaupun baru pertama kali masuk ke sini… Saya seorg guru math dari sebuah sek. di sarawak… kami diminta untuk mengadakan satu bengkel sehari untuk guru-guru math bagi mengukuhkan profesionalisme dalam p&p matematik. saya berminat hendak menjemput cikgu… segala perbelanjaan termasuk tambang, tempat tinggal, dewan dan sagu hati cikgu adalah ditanggung oleh pihak penganjur … jika cikgu berminat sila hubungi saya… harap dapat dengar good news dari cikgu… terima kasih

  12. kamariah MALAYSIA on February 28th, 2010 6:15 pm

    salam cikgu,

    sebab-sebab penyelesaian masalah perlu dalam subjek matematik.

  13. NORHAIZAN MALAYSIA on March 4th, 2010 1:39 pm

    saya juga berminat entri blog ini…banyak pengetahuan baru dan lama yg boleh diambil dr sini

  14. faradani on March 13th, 2010 6:39 pm

    salam, ini ada first time saya masuk blog. selama ni saya tercari-cari macamana nak nak ajar anak saya matematik easy way kerana dia baru saja masuk darjah satu.

    saya dapati dia keliru apabila ada diantara soalan2 yang saya beri untuk latihan di rumah dia keliru antara ” – ” dan “+ ” especially kalau digit yang digunakan lebih dari 10 digit.

    Saya mengajar nya dengan cara misalnya 15 + 10 = 25. Ingat dikepala dia ada 15 dan diikuti dengan mengira start dengan 16, 17, 18 dan seterusnya. Tapi masalah nya di sekolah tadika dulu guru nya mengajar dengan cara lain.

    Begitu juga kalau no itu digit yang misalnya 25 – 10 = 15. Saya selalunya pakai tangan dan kaki untuk mengajarnya.

    Ada tak cara yang lebih mudah untuk mengira pada umur anak saya (7 tahun) yang baru masuk darjah satu.

    Saya minta pendapat dari anda semua, terima kasih

  15. 508xrebel MALAYSIA on May 5th, 2010 12:03 pm

    Bolehkah kita mempelajari nahu Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu menerusi pengajaran subjek Sains dan Matematik. Adakah memadai mempelajari suatu bahasa hanya di sekolah, iaitu suatu pembelajaran terhenti atau tidak berterusan hingga ke tua? Ikuti pandangan YM. Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid di Youtube.
    Yang mana kita perlukan Resolusi Bahasa atau Revolusi Bahasa? Revolusi Bahasa adalah satu ideologi, cadangan dan juga desakan oleh seorang bekas hakim bernama Mokhtar Hj. Mansor menerusi suratnya kepada PM dan menteri-menteri sekitar tahun 1990 yang mendesak supaya pelajaran subjek Sains dan Matematik diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Dakwaannya bahawa pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dapat melonjakkan prestasi pelajar dalam kedua-dua subjek ini mula mendapat perhatian umum terutama menteri-menteri menerusi bukunya “Revolusi Bahasa Bahasa Revolusi” (Utusan Malaysia 17 hb Julai 1991).
    Sedikit mengenai pembohongan Mokhtar Hj Mansor, sila layari blog ini : http://mokhtarmansor.blogspot.com/.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!