Blog Kena Block!
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Hari ini walaupun hari cuti tetapi sekolah saya agak meriah seperti hari persekolahan. Pada hari sabtu seperti sabtu-sabtu yang lain, kelas tambahan Bakti Petronas diadakan. Terdapat lebih kurang 120 murid yang terlibat. Pada minggu ini juga diadakan Kurus Kepimpinan Pengawas Sekolah. Hampir 100 orang juga murid yang terlibat dan pada hari ini juga diadakan kursus dalaman untuk Panitia Bahasa
Saya sampai di sekolah agak lewat pada hari ini. Tujuan saya cuma untuk menanda buku latihan murid dan soalan intenvensi 1 matematik.
Selain itu tujuan saya adalah untuk membetulkan sistem wireless (wifi) sekolah. Terdapat guru yang merungut, biliknya tak boleh akses internet
Selepas selesai melakukan kerja tersebut, saya pun cuba mengakses internet. Alhamdullillah boleh. Saya pun cuba mengakses ke blog saya http://cikgufarizal.com. Alamak, Block by websense! Blog saya dihalang atas alasan berada dalam kategori ’sosial networking and personal sites’
Saya cuba beberapa blog lain. Blog orang politik, boleh pula
Ini yang tak gemar guna talian internet School Net ni. Banyak juga web kena sekat. Tapi walaubagaimana pun ia adalah langkah untuk mencegah murid-murid dari melayari laman web yang tidak diingin.
Jika laman web/blog yang anda ingin layari dihalang seperti diatas, anda hanya perlu mengelik butang continue. Inysaallah selepas 3 kali anda boleh memasuki laman web/blog tersebut.Tetapi setiap kali anda ingin ke laman-laman yang terdapat dalam laman web/blog berikut anda perlu melakukan perkara yang sama. Lecehkan
Jika anda merasakan laman web/blog tersebut berfaedah untuk anda dan murid anda, anda hanya perlu mengemail email yang diberikan. Nyatakan faedah-faedah laman web/blog tersebut.
Saya cuba pula blog yang saya sedang bina (Blog mengenai ______. Rahsia
) Lagi teruk kena sekat. Disyaki mengandungi adult contain
Satu post pun belum saya tulis.
Baiklah, itu sahaja untuk kali ini.
Wassalam.
Cikgu Farizal






oooo…patutler…susah sangat nak reply kan? Dah 3 pc n 1 laptop aunty guna nak reply punyer ler susah…ingat pc n laptop yg rosak…Alhamdulillah setelah 7 kali try…(6 kali ‘hang’) ni baru boleh reply..
Kat skul memang ler kena block…Tapi kat rumah xkan ler kene block jugak kan??? Tapi takper..mungkin Allah nak uji kesabaran aunty ler tuh…
Apapun,semoga cikgufarizal…tabah menghadapi pelbagai bentuk/jenis ujians dariNya..Ermm…blog baru?Rahsia!!!! Ehe..janganler berahsia3 nie…
Nanti boleh aunty post banyak3 lagi kat blog ‘rahsia’ tu..insyaallah…n Tahniah3 kat cikgufarizal..coz nak ‘lahirkan’ lagi 1 blog..mungkin lebih menarik lagi kot?
Kalau guna free proxy boleh rasanya
sian nye..kena amek celcom broadband la cam ni..
[...] yang bermula semalam diurus dengan baik oleh ketua guru disiplin Cikgu Safwan dengan bantuan Unit Kaunsling [...]
Terima kasih Aunty, Insyaallah saya dalam golongan yang tabah
Insyaallah Afham, saya dalam proses membeli laptop & tengah servey pkej broadband yang sesuai