Ke Arah KL Sifar Salah Laku!

Assalamualaikum & salam sejahtera…

disiplin.jpg


Hari ini selesailah sudah satu lagi program penting sekolah. Program tersebut ialah Kursus Kepimpinan Murid. Dengan bertemakan Ke Arah KL Sifar Salah Laku, program ini dijalankan dengan jayanya.

Program yang bermula semalam diurus dengan baik oleh ketua guru disiplin Cikgu Safwan dengan bantuan Unit Kaunsling Sekolah.

Program ini disertai oleh 160 orang murid yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, pengawas media dan pengawas SPBT.

budak2.jpg

Sebahagian murid yang terlibat.

Jika pada tahun-tahun lalu program ini diadakan diluar sekolah, pada tahun ini ia hanya diadakan di sekolah. Ini bertujuan memberi pengawa sekolah lebih pengalaman untuk mengelola disiplin sekolah dalam keadaan sebenar.

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah motivasi, permainan dan latihan dalam kumpulan (LDK) .

Aktiviti diakhiri dengan ucapan ikrar yang diketuai oleh ketua murid sebelum ucapan penutup dan penyampaian hadiah oleh Puan Tay, Penolong Kanan HEM.

kamijanji.jpg

Kami janji!

Sekitar pukul 4.30 petang, program ini melabuhkan tirainya. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat.

tenaga.jpg

Sebahagian guru yang terlibat. TQ!

Itu sahaja untuk hari ini,
Sekian, wassalam.

Cikgu Farizal

Penulisan Yang Berkaitan

Comments

3 Responses to “Ke Arah KL Sifar Salah Laku!”

  1. P Ramlee on February 25th, 2008 5:17 pm

    Aku ada cerita ni… lawak la jugak…. Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak.

    Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus.

    Aku pun taktahukenapa aku suka makan telur rebus,sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah
    tak kisah lagilah..

    Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja,tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu… ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus..lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah.

    Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti.

    Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada ’surprise’ untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan
    jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan ’surprise’ isteriku ini. Aku pun tahan ler…

    Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya.

    Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama..

    Fuuuuhhh lega rasanya… bau boleh tahan… maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi…

    Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! ..

    fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia… aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia… adalah macam bau telur tembelang sikit..

    Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi… hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni.

    Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepas tu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu…
    PRRROOOOOTTT! !!!…

    Fuhh lega… bergegar sikit meja makan dibuatnya…peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni..sambil tu aku sebut ‘ahhhh…. lega…’. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang..

    Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata ‘SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!’
    dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le… camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong… ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah aku pun ada!!. ?

    Jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku.’dah lama ke pak sampai?’.

    Dan pak mertua aku pun jawab.’Dah lama..

    Sebelum kentut pertama lagi!!

    HABIH..

  2. aunty MALAYSIA on April 22nd, 2008 3:02 pm

    cikgufarizal…

    nampaknyer masalah ‘disiplin’dikalangan murid-murid sekolah rendah dah semakin kurang memuaskan…Ini termasuklah pelbagai budaya negatif.. yang timbul samada di sekolah maupun di luar sekolah..

    kes-kes kecurian memang dah jadi macam routin bagi pelajar-pelajar yang bermasalah..Dan orang cakap dah tak jadi bena lagi dah..Ini tak termasuk kes vendalisma ,kes buli,kes lumba basikal di tengah jalabraya dll..

    So,apakah tindakan kita sebagai guru…untuk mengurangi dan seterusnyer mensifarkan masalah disiplin ini? Adakah hukuman yang dikenakan tidak setimpal dengan keslahan yang dibuat?Adakah ketiadaannyer subjek siviks/akhlak mulai tahun 1 menyumbang kepada masalah disiplin ni?Adakah ia berpunca daripada ketidakberkesanannyer program bimbingan dan kauselling?Adakah disebabkan ketidakseimbangannyer sistem pembelajaran kat skuls sebab asik exam oriented jer sampai lupa bahawa pembangunan emosi(akhlak) perlu seimbang dengan pembangunan? akademik

    Penurunan % nilai murni dalam diri pelajar itu mesti ada punca nyer kan? So,nak mintak sangat-sangat kat cikgufarizal,suggestkan 1 forum or ruangan pendapats untuk mengembalikan semula tahap disiplin pelajar ke tahap A dan sekurang-kurang nyer B…ler dalam dunia yg memang mencabar ini…

    Mekasih…

  3. aunty MALAYSIA on July 5th, 2008 7:54 pm

    assalamualaikum…

    berleluasanyer pelajar skul rendah menyaksikan ‘adegan negatif kat tenet’ amat membimbangkan…

    So,adakah guru disiplin yang patut menghandle cases like this or guru kaunseling ker or guru kelas or PK HEM or GPI ker?

    Kalau kat skul,ada pelajar curi-curi tengok benda-benda yang tak elok tanpa pengetahuan guru,apa tindakan nak amik?

    Kenapa kalau kita nak surf blog infos pendidikan tertentu,kat skul dengan guna pc makmal or laptop seniri selalu jer diblock walhal ‘benda-benda blues’ yang ditaip kat yahoo/google search tidak diblock?Ini mungkin akan mendatangkan kesan negative n boleh mengalakkan pelajar surf benda mengarut…

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!