Tugas Guru Penyelaras PPSMI
Filed Under Ask CFDC, PPSMI, Tugas Guru · Tagged: English, Guru PPSMI, Laptop, Matematik, Permintaan Anda, PPSMI, Science, Tugas Guru
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Setelah semalam tidak dapat mengemaskini blog atas masalah tenikal, hari ini saya akan memenuhi pemintaan salah seorang pembaca blog ini iaitu Cikgu Anis dari Klang. Dalm email beliau kepada saya, beliau meminta agar saya menyenaraikan tugas-tugas penyelaras PPSMI.
Jadi untuk tidak menghampakan beliau, saya akan menyenaraikan tugas-tugas tersebut.
- Membaca, memahami dan melaksanakan dasar, pekeliling dan arahan KPM /JPN/PPD/ yang berkaitan PPSMI.
- Memastikan maklumat terkini PPSMI disebar luas dalam kalangan warga sekolah.
- Memastikan peralatan dan bahan P&PPSMI digunakan secara optimum dan berhemah.
- Merancang dan memastikan penggunaan secara optimum costware yang sesuai dalam P&P.
- Membantu Guru Besar memilih bahan rujuk / tambahan serta peralatan yang berkaitan.
- Menyedia dan mempamerkan senarai peralatan dan bahan P&PPSMI.
- Menyediakan dan melaksanakan Buku Pergerakan Peralatan dan bahan P&PPSMI.
- Mencadang idea / pandangan untuk tujuan penambahbaikan.
- Mewujudkan dan mengemaskini fail berkaitan peralatan dan bahan P&PPSMI.
- Melaksanakan sebarang tindakan yang sejajar dan bersesuaian dengan keadaan, seterusnya melaporkan kepada pihak pengurusan.
- Merekod dan menyelenggara sebarang kerosakan peralatan.
- Memastikan semua peralatan dikembalikan mengikut waktunya dan lengkap dengan aksesori yang sepatutnya.
- Melaksana tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
- Memastikan peralatan ICT berada dalam keadaan selamat.
Itu sahaja senarai tugas guru penyelaras PPSMI yang saya tahu. Moga membantu.
Sekian sahaja untuk kali ini.
Permintaan Aunty mengenai kaedah menghafal sifir akan menyusul nanti, insyaallah.





Ahamdulillah n mekasih banyak-banyak buat cikgufarizal…Tindakan cepat n pantas n tepat!!!
Jangan luper menyatakan juga ‘kaedah khas’ untuk ketiga-tiga tahap yer cikgufarizal! Yang cerdik n yang sederhana n yang kurang cerdik…supaya mudah untuk apply…
Sama-sama Aunty, permintaan aunty sudah saya penuhi tetapi masih pada peringkat pengenalan.
Alhamdulillah……puas saya mencari,akhirnya cikgu yang tunaikan…terima kasih berjuta-juta cikgu…..All the best!
ooo cam tu bidang tugas Penyelaras PPSMI, tapi kena peralatan PPSMI sampai guru data juga yg kena, peralatan PPSMI rosak guru data juga yg kena, Pendaftaran PTP cikgu data juga kena, Soal Selidik Keberkesanan PPSMI Cikgu data yang kena, dah nasib balaci nak buat cam ne, biasa la orang baru kan, kena itu kena ini, tapi nak apply apa kursus atau sambung belajar kena ada pengalaman mengajar tapi kenapa kalau kerja kena pilih guru baru,
Banyak-banyak bersabor cikgu Aware…Ada HIKMAHs disebalik UJIANs….Pengalaman menghandle ITU n INI akan menambahkan PENGETAHUAN n ILMUs secara x langsung…
Aunty doakan agar cikgu Aware akan MAJU JAYA dalam career.Insyaallah