Selamat Datang ke Blog Cikgu Farizal Dot Com. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini.

Sifir – Kemahiran Asas Matematik Yang Wajib Dikuasai!

8,481 views | Filed Under Matematik, Sifir · Tagged: , , , ,  

Assalamualaikum & salams sejahtera..

petaksifir.jpg


Sifir adalah singkatan bagi sifir darab merupakan satu kemahiran asas matematik yang wajib dikuasai.

Sebagai memenuhi permintaan pembaca setia blog ini, Aunty, tulisan saya pada kali ini adalah mengenai sifir dan bertapa pentingnya mengusai sifir.

Sifir memainkan peranan penting dalam matematik. Jika gagal mengusai sifir dengan baik, maka seseorang murid itu sukar untuk mendapat kecemerlangan dalam matematik. Dan juga jika tidak menguasai sifir makan kemahiran membahagi juga pasti gagal dikuasai.

Menyedari bertapa pentingnya kemahiran ini. Pelbagai teknik dicipta oleh guru-guru matematik bagi memastiknya murid-murid mereka mengingat sifir. Antaranya dengan pembentukan jadual sifir.

Ada juga yang menggunakan kaedah penulisan terbalik (saya tak tahu istilah yang digunakan). Sebagai contoh bagi sifir 9;

Langkah pertama tulis nombor 0 hingga 9;

0

1

2

3

4

5

6

7

8

9

kemudian tulis terbalik 9 hingga 0 pula disebelah kanan;

0 9

1 8

2 7

3 6

4 5

5 4

6 3

7 2

8 1

9 0

Setelah selesai menulis anda akan memperolehi satu susunan sifir 9 tanpa perlu mengingatinya.

Baiklah itu sahaja perkongsian saya pada malam ini. Jika anda mempunyai teknik-teknik untuk membantu murid-murid menghafal sifir, diharap dapat dikongsikan diruangan komen :)

Sekian, wassalam

Cikgu Farizal

Comments

17 Responses to “Sifir – Kemahiran Asas Matematik Yang Wajib Dikuasai!”

  1. aunty MALAYSIA on February 28th, 2008 11:02 pm

    Alhamdulillah n Syukran jazillan ya cikgufarizal…for the tips n kaedah yang amat3 berguna serta dapat membantu aunty..serta murid-murid aunty…dengan sangat3 banyaknya….

    Semoga Allah merahmati segala usahamu ya cikgufarizal!!!

    aunty pun ada 1 kaedah yang ayah n mak aunty guna pada zaman dulu..(43 thn lepas)Ketika itu aunty baru berusia 7 tahun..

    Ayah n mak akan pastikan kami adik beradik hafal sifir dulu baru boleh ‘lunch’ ker or ‘dinner’ ker..Ayah n mak dok makan(bersila)..n 3 buah kerusi disusun..di depan mereka..(1 utk abang n 1 utk akak n 1 utk aunty)

    Kami bergilir-gilir kena hafal sifir..dari buku ‘notebook 555′ yang ayah dah siap tulis sifir 1 to 12…Uiiihhh…jenoh hafal..silap jer…ayah angkat rotan tapi x pukul ler..Hiiiii…menakutkan!!!

    Tapi…alhamdulillah…cepat jer kami hafal…ujung tahun djh 1 dah hafal sampai sifir 12…Abang n akak pula kene hafal bahagi…(terbalikkan) n seterusnyer hafal segala formulas maths dgn cara yg sama…

    hehehe…lani aunty perturunkan ilmus kat anak pulak…mula-mula memang sukar dia nak erima tapi alhamdulillah.lani dah ok dah…

    Tu jer nak share..X tau boleh apply zaman lani ker idok x tau ler.

  2. P Ramlee MALAYSIA on February 29th, 2008 8:52 am

    Jadi kalau guna ilmu matematik
    Aunty umur 7 tahun pada 43 tahun lepas
    jadi umur aunty:
    43 +7= 50 tahun

  3. Cikgu Farizal MALAYSIA on February 29th, 2008 9:58 pm

    Bagus betul mak ayah aunty. Bertuah aunty. Arwah bapa saya pula matematik adalah subjek yang wajib dapat A. Sebab tu hampir ke semua 9 orang anaknya pandai matematik walau subjek lain kurang :)

  4. Sherina MALAYSIA on June 23rd, 2008 9:19 pm

    Assalamualaikum….sy juga seorang pendidik seperti Cikgu Farizal. Sy rasa bukan kita sahaja yang berhadapan dengan murid-murid yang sukar untuk mengingati sifir. Ramai lagi cikgu yang menghadapi masalah yang sama.

    Salah satu cara yang sy gunakan supaya murid sy menguasai sifir yang nilainya lebih besar seperti 7, 8, dan 9, ialah dengan menulis sifir tersebut.

    Sifir 9 sama caranya seperti cikgu tulis tadi. Berikut adalah cara menulis sifir 7 dan 8.

    Bagi sifir 7, saya suruh murid ingat nombor maxis. Bermula dengan 012, kemudian diikuti dengan 234 dibawahnya, dan di bawah sekali 456. Kemudian murid menulis nombor 1 hingga 9 bermula dari atas sebelah kanan.

    Sifir 7
    07 14 21

    28 35 42

    49 56 63

    maaflah sy tidak boleh nak tukarkan warna tulisan agar yang lain mudah faham.

    Bagi sifir 8 pula saya hanya meminta murid menulis nombor 01234 / 45678 secara menegak. Kemudian bermula dari bawah murid menulis sifir 2 (02468 / 02468)

    Sifir 8

    08
    16
    24
    32
    40
    -
    48
    56
    64
    72
    80

    Sy minta maaf sekiranya ada sesiapa yang tidak faham. Sy hanya ingin berkongsi pengalaman sy. Alhamdulillah, murid sy boleh ingat sifir 7, 8 dan 9.

  5. sal UNITED STATES on November 23rd, 2008 9:55 am

    Thanks Sherina..memang bagus…ada kesan tak?

  6. CIKGUALI AUSTRALIA on January 14th, 2009 4:02 pm

    salam kpd semua..
    soal pendidikan memang best utk di pelajari….
    kalau dapat ilmu atau teknik baru yang berkesan .. bolehlah kita sama2 membantu pelajar kita ke arah kemajuan diri mereka dalam pendidikan.

    kalau kita hebat kita pasti tak akan tergaru-garu apabila ditanya pelajar.. hehe

  7. bubu AUSTRALIA on January 17th, 2009 3:33 am

    korang nak tahu x,murid-murid zaman skrng pelik,kalau kita mesti kena hafal mcmni,
    satu kali dua=dua
    diorang,=dua=empat=enam

  8. bieela MALAYSIA on January 26th, 2009 9:46 pm

    bet0l3x!!!
    (speaking like Upin&Ipin)

  9. k.ana on March 1st, 2009 2:02 am

    Thanks serina sebab saya dapat berkongsi untuk mengajar anak dan anak murid. Bahkan jiran-jiran juga. Mereka kata senangnya…..

  10. zamry MALAYSIA on March 11th, 2009 4:04 pm

    terima kasih semua, tak sangka ada teknik nak hafaf sifir…. tapi nape anak saya masih practice 2 kali 2 empat…. mesti macam tu ke kat sekolah?

  11. fihir MALAYSIA on April 14th, 2009 4:03 pm

    Bebudak memang tak suka dan sukar nak menghafal sifir. Tapi ada cara mudah yang akan menyebabkan mereka suka pada sifir dan akhirnya mereka sendiri akan kata yang sifir itu mudah. http://www.bayatech.blogspot.com

  12. aunty MALAYSIA on April 20th, 2009 12:34 am

    Zaman dulu guru mathematics aunty juga GB aunty kata mudah sangat nak hafal sifir..Tak perlu susah-susah tuition.Cuma perlukan 5 minit sehari untuk latihkan otak supaya minat pada sifir.

    Caranya bila bangun pagi,kira benda yang ada di depan kita dan darabkan yang mana patut..Contohnya bilangan kaki kerusi dalam rumah,jumlah cermin tingkap naco,jumlah petak-petak ceiling dll…Kalau dah hari-hari kira secara otomatis kita akan minat nak kira sambil hafal sifir dengan izin Allah

  13. hani MALAYSIA on May 13th, 2009 2:06 am

    Salam
    Saya suka dengan kotak nombor yg cikgu paparkan diatas sebab saya telah gunakan untuk anak saya belajar sifir. Alhamdulillah berkesan. Lagi satu kaedah utk cepat menguasai sifir ialah dengan menggunakan teknik kinestatik…sesuai bagi sifir 6,7,8 dan 9. dengan kaedah ini anak-anak tak perlu hafal cuma faham teknik ini je..untuk info tengok disini http://www.sifirmaster.com.

  14. ab rahim ab samad MALAYSIA on September 13th, 2009 9:08 am

    Salam cikgu Faizal.
    Saya telah mencpta nyanyian lagu sifir 2-9 dimana kanak-kanak telah boleh menguasainya.Kepada yang berminat boleh hubungi saya di 0136202009
    sekian terimakasih

  15. CikguAT MALAYSIA on October 11th, 2009 12:46 am

    Salam..Cikgu Faizal & kepada semua teman..Alhamdulillah..saya dah siapkan sepenuhnya album lagu sifir 2 hingga 12 dalam dua bahasa. Iaitu Bahasa Melayu and Bahasa inggeris..Teknik menyanyi sangat berkesan..cubalah tengok..aaa, kalau nak menonton dan mendengar lagu sifir ini anda boleh saksikan di youtube.com/cikguat atau masuk aja google..taip nama cikguat. Selamat Mendengar dan Menonton.

  16. zuhayra MALAYSIA on October 29th, 2009 6:38 pm

    Saya salah seorang guru Matematik dari Bumi Kenyalang. Matematik adalah subjek kegemaran saya. SIFIR memang masalah utama. Saya suka bertanya kepada siapa sahaja cara untuk mengatasinya. Akhir pejabat pelajaran daerah mengadakan kursus JSPG (jadual sifir pelbagai guna). Saya rasa ini adalah di antara cara yang terbaik untuk membantu murid terutama murid yang lemah. Murid bijak selalunya tidak ada masalah dalam sifir. Sifir ini berguna dalam beberapa kemahiran dalam matematik (darab, bahagi dan pecahan). Secara mata kasar ia agak lambat tetapi kalau dipraktikkan ia akan berhasil.

    wassalam

  17. ab rahim ab samad on January 23rd, 2010 5:14 pm

    Salam semua.
    BijakSifir1Malaysia saya telah mula diperkenalkan disekolah-sekolah rendah. Kini saya akan memlulakan Kelab Bijak Sifir 1Malaysia untuk aktiviti ko korikulum. nampaknya murid sederhana dan lemah sudah mula menguasainya. Yang terbaru
    akan terbit Buku Panduan anak bijak Matematik untuk ibu mengandung….. dah dapat respond baik bagi bakal-bakal ibu…..Sila layari http://bijaksifir1malaysia.blogspot.com.my

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!