March 2008


Assalamualaikum & salam sejahtera…

Tersentuh juga rasa hati saya apabila membaca utusan online mengenai kehidupan Sufiah. Seorang gadis pintar suatu ketika dahulu.

Berikut adalah petikan dari utusan online;

LONDON 30 Mac – Sufiah Yusof, seorang kanak-kanak pintar matematik yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, tidak putus-putus ditimpa nasib malang.

Selepas bapanya, Yusof Farooq dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya, Sufiah pula kini dilaporkan menjadi pekerja seks.

Tragedi yang melanda kanak-kanak genius itu dibongkar oleh wartawan News of the World yang menyamar sebagai pelanggan, di flat murah yang didiaminya di belakang lorong di Salford, Manchester.

Sufiah dikatakan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu, untuk menyara hidupnya sejak beberapa tahun lalu.

Entah di mana silapnya, gadis dengan senyuman menawan itu yang kehebatannya sepatutnya menjadikan dia wanita kaya, terpaksa memilih jalan itu untuk terus hidup.

Menurut akhbar itu, Sufiah dilaporkan mengiklankan ‘khidmatnya’ melalui Internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.

Dengan memakai nama samaran Shilpa Lee, dia antara lain menggambarkan dirinya sebagai ‘pelajar bijak dan seksi’ yang menyediakan perkhidmatan setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 8 malam.

Dalam iklannya, menurut tabloid tersebut, Sufiah juga menyatakan dia lebih gemarkan ‘lelaki tua yang budiman’. Seorang bekas rakannya menyifatkan tindak-tanduk gadis itu sebagai: ‘‘Sesuatu yang sungguh menyedihkan.’’

“Dengan otak luar biasa yang dimilikinya, dia tidak mempunyai masalah untuk mendapat wang, sebaliknya hidup dia musnah dan menjadi tidak terkawal,” kata bekas rakannya lagi.

Selepas tiga tahun belajar di Universiti Oxford, pada usia semuda 15 tahun, Sufiah mencetuskan kegemparan apabila menghilangkan diri.

Dalam e-mel kepada keluarganya, dia menyifatkan hidup dengan bapanya ‘umpama dalam neraka’.

Ibu Sufiah, Halimahton berasal dari Muar, Johor manakala bapanya, Yusof berasal dari Pakistan.

Sufiah hanya ditemui dua minggu kemudian di sebuah kafe Internet di Bournemouth dan bekerja sebagai pelayan hotel.

Dia enggan kembali ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah jagaan sebuah badan sosial sebelum kembali ke Oxford untuk menyelesaikan pengajian matematik peringkat sarjana.

Dia berkahwin pada 2004 ketika berusia 19 tahun dengan peguam pelatih, Jonathan Marshall, 24, tetapi rumah tangganya hanya mampu bertahan selama setahun

Persoalan yang timbul kenapakah seorang genius yang mempunyai IQ yang tinggi boleh menjadi begini? Apakah kekuranganya? Sama-samalah kita fikirkan.

Wassalam

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Sudah lebih seminggu saya tidak menulis dalam blog ini. Kebelakangan ini, kesibukan waktu sering mengejar saya. Selagi 12 April 2008 tidak berlalu selagi itu 24 jam tidak mencukupi.

Apa ada dengan 12 April?

Pada tanggal 12 April 2008, hari sukan sekolah akan berlangsung, jadi kerja saya sebagai naib setiausaha sukan akan berkurangan.

Semalam sekolah saya mengadakan AGM PIBG. Walaupun tidak terlibat secara langsung dengan PIBG pada musim lepas tetapi sebagai guru saya tetap mempunyai komitmen dengan PIBG.

Lebih kurang 70 jam sebelum saya mendapat panggilan dari YDP PIBG, meminta saya membina laman web untuk PIBG. Alasan yang diberikan adalah untuk memudahkan menyampaikan maklumat kepada ibupada. Saya mencadangangkan agar menggunakan blog. Beliau menerima cadangan saya dan meminta saya membinanya sebelum AGM PIBG. Sebagai seorang yang sudah biasa membina blog, bagi saya masa 70 jam adalah lebih dari mencukupi, tertapi saya lupa…

Oleh kerana PIBG meminta saya membina blog, saya mencadangkan agar mengunakan hosting berbayar dot edu dot my. Jadi saya boleh lah merialisasikan impian membina website sekolah dan blog pibg hanya menggunakan sudomain.

Bila saya ingin membeli domain dot edu dot my, baru lah saya teringat yang domain tersebut memerlukan surat dari guru besar dan guru besar tiada di sekolah. O, o.

Oleh kerana tidak mahu mengambil risiko, saya pun membeli domain dot org dan menggunakan meng’ad-on’kan dihosting saya.  walaubagaimanapun saya tetap membeli domain dot edu dot my dari laman web Internet-webhosting.com dan berharap ia dapat diaktifkan sehari sebelum AGM PIBG. Menurut staf Internet-webhosting.com domain dot edu dot my biasanya akan diaktifkan dalam masa 1 atau 2 hari bekerja.

Hari Jumaat Guru Besar baru ada di sekolah, saya terus mendapatkan tandatangan beliau dan mengfakskan surat tersebut.

Alhamdullilah, 20 jam sebelum AGM PIBG, hosting dan domain yang saya beli dari laman web Internet-webhosting.com diaktifkan. Tak sampai 24 jam dah diaktifkan. Memang best syarikat hosting ni. Saya ada juga menggunakan hosting dari syarikat ni. Masalah memang ada tetapi staf-staf ini memang sentiasa membantu dan mesra pelanggan :)

Kebetulan Jumaat malam adalah giliran saya mengajar kelas tambahan NADI. Jadi pukul 11.00 malam baru saya sampai dirumah. Selepas pukul 12 malam saya pun berusaha menyiapkan blog dan sedikit panduan untuk ibubapa melanggan RSS FEED.

Pada pukul 3 pagi, maka siaplah blog http://pibg.skbp.edu.my

Wassalam

Assalamualaikum & salam sejahtera..

putuscinta.jpg

Gambar : marsneedsguitars.com

Cinta. Benarkah cinta itu buta? Ramai yang sanggup melakukan apa sahaja demi sebuah cinta. Dan yang malangnya ada yang sanggup mengorbankan jiwa hanya kerana cinta tidak berbalas atau cinta terhalang.

Sebentar tadi kira-kira pukul 10 malam, sedang saya melepak, sambil menonton movie Transfomer, tiba-tiba kedengaran bunyi yang kuat. Bunyi tersebut disusuli dengan jeritan yang agak kuat. “Ah, mungkin budak-budak rempit main-main kat bawah” terdetik di hati saya. Kedengaran agak bising di luar sana menyebabkan hati saya terdorong untuk ikut serta. saya pun keluarlah dengan kain pelikat.

“orang jatuh flat” kata seorang jiran.

Saya pun pergi menyertai mereka yang sedang berkerumun seorang lelaki yang terbaring. “Aduh sakit, tolong telefon ambulan”, jerit lelaki tersebut.

Saya pun terus naik kerumah dan mendail 999. Dan dihubungkan ke HKL.

Kira-kira 15 minit kemudian ambulan pun sampai.

Sewaktu menunggu ambulan sampai, kedengaran seorang wanita (mungkin sedara kekasih lelaki tersebut) berkata “Dah banyak kali dah mak cik kata, terimalah hakikat.” Bunyi seolah-olah menasihat seseorang yang baru putus cinta.

Saya bukan lah pakar dalam bab cintan-cintun ni. Tapi sebelum kahwin, rasanya lebih 10 kali putus cinta :( Gurau jer.  Kalau nak memahami mengenai cinta, tanyalah pada doktor cinta :) atau baca ebook Seni Selamatkan Cinta- Selamatkan Cinta Dalam 7 Hari!

Perbuatan mencuba membunuh diri bukan suatu cara terbaik untuk kita menyelesaikan masalah. Ini kerana perbuatan tersebut merupakan satu tindakan dayus, yang tidak memberi apa-apa faedah kepada kita dan yang kita sedia maklum, membunuh diri tempatnya di neraka! Nauzubillah.

Jika kita menghadapi sesuatu masalah, hanya ada 2 cara yang kita patut lakukan. Sama ada kita melawan atau reda.

Tetapi sebelum kita reda dengan sesuatu masalah yang kita hadapi adalah lebih baik kita melawan dahulu. Cerita masalah anda pada orang yang boleh dipercayai, minta bantuan untuk selesaikan, catat atau lakar masalah dan cara penyelesaianya di atas kertas. Dan cuba selesaikan.

Dan jika memang sudah tiada jalan untuk menyelesaikanya reda sahajalah akan masalah tersebut kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Dan juga Allah tidak akan sekali-kali membebankan hambanya dengan apa yang hambanya tidak mampu hadapi.

Sekian wassalam.

Cikgu Farizal

Assalamualaikum & salam sejahtera…

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam khasnya kepada pembaca Blog Cikgu Farizal Dot Com dengan ucapan contohi akhlak Rasullullah, kerana di situ segala-galanya yang terbaik.

wassalam

Cikgu Farizal

Assalamualikum & salam sejahtera…

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Hari ini suasa di sekolah agak muram. Pemanduan saya ke sekolah hari ini juga penuh dengan pelbagai ingat. Ini kerana pada Rabu yang lepas (12/03/2008) , kira-kira jam 0305, bertempat di HUSM, Kubang Kerian Kelantan Darul Naim, seorang warga sekolah kami telah menghembus nafas yang terakhir. Allahyarhamah meninggalkan suami dan 8 orang anak.

Sewaktu saya menerima sms dari seorang rakan pada lebih kurang jam 0400 pagi terus terbayang anak bongsu allahyarhamah yang baru di tahun 2.

Allahyarhamah yang saya maksudkan ialah Hjh Wan Azizah Binti Wan Mahmud atau lebih mesra dengan panggilan Kak Wan. Allahyarhamah meninggal dunia pada usianya 48 tahun. Allahyarhamah baru sahaja menghabiskan pengajian di peringkat sarjana muda dan masih belum lagi konvokesyen. Allahyarhamah juga sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana. kegigihan Allahyarhamah menjadi inspirasi hampir ke semua guru bukan ijazah di sekolah menyambung pengajian ke peringkat Ijazah.

Allahyarhamah merupakan Ketua Panitia Bahasa Melayu dan amat komited dengan kerjanya.

Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang diredai-Nya. Al-Fatihah.

Sekian. Wassalam

Cikgu Farizal

Education and Training Blogs - BlogCatalog Blog Directory Directory of Education/Research Blogs Bloggers Directory Blog Directory & Search engine

blogarama - the blog directory