Assalamualaikum & salam sejahtera…

chessworld.jpg


Salah satu cara untuk berlajar dan memahirkan diri dengan permainan catur ialah dengan bermain catur secara online. Anda boleh bermain dengan sesiapa sahaja diseluruh dunia tanpa merasa malu jika kalah :)

Terdapat pelbagai laman web yang menyediakan permainan catur secara percuma atau berbayar. Ada yang memerlukan anda menginstall perisian di dalam komputer dan ada yang tiada.

Mengetahui laman-laman web yang menyediakan permainan catur secara online sila klik di sini.

Dalam lebih sejuta laman web yang menawarkan permainan chess secara online, saya lebih suka bermain di chessworld.net. Di sini anda boleh bermain satu pergerakan dalam masa hingga seminggu (move/week). Anda akan diberitahu secara email jika lawan anda telah mengerakan buah caturnya.

Selain dari permaian online, chessworld.net juga menyediakan forum dan tutorial. Saya bercita-cita memiliki laman web sebegini tetapi tak mampu rasanya :(

Ok itu sahaja untuk kali ini.

Wassalam

Cikgu Farizal

p.s: Jika ingin bermain dengan saya di chessworld.net , nickname saya cikgufarizal :)