Bunuh Diri - Bukan Satu Penyelesaian

Filed Under Dr Cinta · Tagged: , , , , ,  

Assalamualaikum & salam sejahtera..

putuscinta.jpg

Gambar : marsneedsguitars.com

Cinta. Benarkah cinta itu buta? Ramai yang sanggup melakukan apa sahaja demi sebuah cinta. Dan yang malangnya ada yang sanggup mengorbankan jiwa hanya kerana cinta tidak berbalas atau cinta terhalang.

Sebentar tadi kira-kira pukul 10 malam, sedang saya melepak, sambil menonton movie Transfomer, tiba-tiba kedengaran bunyi yang kuat. Bunyi tersebut disusuli dengan jeritan yang agak kuat. “Ah, mungkin budak-budak rempit main-main kat bawah” terdetik di hati saya. Kedengaran agak bising di luar sana menyebabkan hati saya terdorong untuk ikut serta. saya pun keluarlah dengan kain pelikat.

“orang jatuh flat” kata seorang jiran.

Saya pun pergi menyertai mereka yang sedang berkerumun seorang lelaki yang terbaring. “Aduh sakit, tolong telefon ambulan”, jerit lelaki tersebut.

Saya pun terus naik kerumah dan mendail 999. Dan dihubungkan ke HKL.

Kira-kira 15 minit kemudian ambulan pun sampai.

Sewaktu menunggu ambulan sampai, kedengaran seorang wanita (mungkin sedara kekasih lelaki tersebut) berkata “Dah banyak kali dah mak cik kata, terimalah hakikat.” Bunyi seolah-olah menasihat seseorang yang baru putus cinta.

Saya bukan lah pakar dalam bab cintan-cintun ni. Tapi sebelum kahwin, rasanya lebih 10 kali putus cinta :( Gurau jer.  Kalau nak memahami mengenai cinta, tanyalah pada doktor cinta :) atau baca ebook Seni Selamatkan Cinta- Selamatkan Cinta Dalam 7 Hari!

Perbuatan mencuba membunuh diri bukan suatu cara terbaik untuk kita menyelesaikan masalah. Ini kerana perbuatan tersebut merupakan satu tindakan dayus, yang tidak memberi apa-apa faedah kepada kita dan yang kita sedia maklum, membunuh diri tempatnya di neraka! Nauzubillah.

Jika kita menghadapi sesuatu masalah, hanya ada 2 cara yang kita patut lakukan. Sama ada kita melawan atau reda.

Tetapi sebelum kita reda dengan sesuatu masalah yang kita hadapi adalah lebih baik kita melawan dahulu. Cerita masalah anda pada orang yang boleh dipercayai, minta bantuan untuk selesaikan, catat atau lakar masalah dan cara penyelesaianya di atas kertas. Dan cuba selesaikan.

Dan jika memang sudah tiada jalan untuk menyelesaikanya reda sahajalah akan masalah tersebut kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Dan juga Allah tidak akan sekali-kali membebankan hambanya dengan apa yang hambanya tidak mampu hadapi.

Sekian wassalam.

Cikgu Farizal

Penulisan Yang Berkaitan

Comments

One Response to “Bunuh Diri - Bukan Satu Penyelesaian”

  1. aunty MALAYSIA on March 24th, 2008 8:36 pm

    ermmmm…patutler orang cakap “Cinta Itu Buta” kan? Ruper-rupernyer orang sanggup buat apa saja demi cinta tanpa berfikir samada tindakan yang diambil itu berkesudahan dengan baik or sebaliknyer..

    Dan yang pasti…kalau dalam bab-bab ‘bunuh diri’ ni ler.yang mati tetap mati dengan meninggalkan dosa dan nama yang dah tercemar..

    Yang amat kasihannyer ialah ibubapa n adik-beradik n semua ahli keluarga mangsa yang sedikit sebanyak dapat kesan ‘tempias’ akibat perbuatan yang ‘tidak cerdik’ oleh mangsa..

    Yang pasti…ibubapalah yang akan dipersalahkan dalam kes-kes seumpama ini kerana kurang ‘menerapkan’ nilai-nilai keagamaan dalam diri anak-anak…yang boleh mengundang ‘kederhakaan’ terhadap mereka…

    So,untuk mengatasi masalah/kes ‘bunuh diri’ ini.berleluasa…molekler keluarga n sekolah n masyarakat seiringan memainkan peranan masing-masing melalui pelbagai aktiviti motivasi yang dianjurkan dari masa ke semasa n jadikan ia sebagai routine bulanan..

    media elektronoik juga patut mempertingkatkan peranan untuk membenteras gejala ini serta mengurangkan unsur-unsur negatif ini dalam filem-filem yang ditayangkan kerana ini akan mengundang remajas untuk mencuba..

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!