Sun 30 Mar 2008
Assalamualaikum & salam sejahtera…
Sudah lebih seminggu saya tidak menulis dalam blog ini. Kebelakangan ini, kesibukan waktu sering mengejar saya. Selagi 12 April 2008 tidak berlalu selagi itu 24 jam tidak mencukupi.
Apa ada dengan 12 April?
Pada tanggal 12 April 2008, hari sukan sekolah akan berlangsung, jadi kerja saya sebagai naib setiausaha sukan akan berkurangan.
Semalam sekolah saya mengadakan AGM PIBG. Walaupun tidak terlibat secara langsung dengan PIBG pada musim lepas tetapi sebagai guru saya tetap mempunyai komitmen dengan PIBG.
Lebih kurang 70 jam sebelum saya mendapat panggilan dari YDP PIBG, meminta saya membina laman web untuk PIBG. Alasan yang diberikan adalah untuk memudahkan menyampaikan maklumat kepada ibupada. Saya mencadangangkan agar menggunakan blog. Beliau menerima cadangan saya dan meminta saya membinanya sebelum AGM PIBG. Sebagai seorang yang sudah biasa membina blog, bagi saya masa 70 jam adalah lebih dari mencukupi, tertapi saya lupa…
Oleh kerana PIBG meminta saya membina blog, saya mencadangkan agar mengunakan hosting berbayar dot edu dot my. Jadi saya boleh lah merialisasikan impian membina website sekolah dan blog pibg hanya menggunakan sudomain.
Bila saya ingin membeli domain dot edu dot my, baru lah saya teringat yang domain tersebut memerlukan surat dari guru besar dan guru besar tiada di sekolah. O, o.
Oleh kerana tidak mahu mengambil risiko, saya pun membeli domain dot org dan menggunakan meng’ad-on’kan dihosting saya. walaubagaimanapun saya tetap membeli domain dot edu dot my dari laman web Internet-webhosting.com dan berharap ia dapat diaktifkan sehari sebelum AGM PIBG. Menurut staf Internet-webhosting.com domain dot edu dot my biasanya akan diaktifkan dalam masa 1 atau 2 hari bekerja.
Hari Jumaat Guru Besar baru ada di sekolah, saya terus mendapatkan tandatangan beliau dan mengfakskan surat tersebut.
Alhamdullilah, 20 jam sebelum AGM PIBG, hosting dan domain yang saya beli dari laman web Internet-webhosting.com diaktifkan. Tak sampai 24 jam dah diaktifkan. Memang best syarikat hosting ni. Saya ada juga menggunakan hosting dari syarikat ni. Masalah memang ada tetapi staf-staf ini memang sentiasa membantu dan mesra pelanggan
Kebetulan Jumaat malam adalah giliran saya mengajar kelas tambahan NADI. Jadi pukul 11.00 malam baru saya sampai dirumah. Selepas pukul 12 malam saya pun berusaha menyiapkan blog dan sedikit panduan untuk ibubapa melanggan RSS FEED.
Pada pukul 3 pagi, maka siaplah blog http://pibg.skbp.edu.my
Wassalam



April 11th, 2008 at 7:35 pm
Bagusnyer cikgufarizal…nie.Banyaknyer ILMUs..Tahniah n Syabas diatas ‘kelahiran’ blog PIBG skbp!!!
Hanya PIBG skbp jer ker boleh surf blog tu n bagi opinions?
April 11th, 2008 at 9:29 pm
Terima kasih aunty. Sapa-sapa pun boleh berkongsi pendapat di sana. Sekarang saya tengah siapkan beberapa perkara untuk blog tu. Tgh tulis panduan untuk cikgu dan ajk pibg yang terlibat untuk menulis dalam blog tu.
April 12th, 2008 at 9:09 pm
erm..mekasih cikgufarizal…Selalu bagi peluang kat kita orang juntuk ‘luahkan’ pendapats…
cikgufarizal nie memang ‘berfikiran positive’ dalam semua hals..Alhamdulillah..
May 19th, 2009 at 11:10 am
Cikgu, siapakah yang bayar cost ini? Kerajaan atau PIBG? gan siapa yang bayar yuran bulanan?