| Selamat Datang ke Blog Cikgu Farizal Dot Com. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini. |
Sastera Inggeris Mungkin diperkenal di sekolah rendah
455 views | Filed Under Bahasa Inggeris, Isu Semasa · Tagged: Bahasa Inggeris, English, hishamuddin, Isu Semasa, novel, sastera inggeris
Dipetik dari utusan online.
PUTRAJAYA 18 April – Kementerian Pelajaran akan menjalankan perubahan radikal terhadap sistem pendidikan sedia ada, termasuk mengkaji kemungkinan memperkenalkan mata pelajaran Kesusasteraan Inggeris di peringkat sekolah rendah bagi memastikan pelajar menguasai bahasa antarabangsa tersebut.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kementeriannya tiada pilihan lain tetapi perlu kerja bersungguh-sungguh untuk membolehkan pelajar negara ini sekurang-kurangnya menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
”Kalau kita hendak memperkenalkan mata pelajaran Kesusasteraan Inggeris atau hendak kaji balik kurikulum pelajaran yang ada, maka kita perlu buat sekarang.
”Saya secara peribadi mahu melihat Kesusasteraan Inggeris diperkenalkan di peringkat sekolah rendah, tetapi ia bagaimanapun bergantung kepada nasihat yang akan diberikan oleh pakar-pakar pendidikan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Apa pendapat anda?





on 


kat sini dah beberapa tahun lepas diimplementkan..dan dimurnikan mulai tahun lepas dengan extensive reading untuk tahun 3 dan 4 dan baru 2 minggu lepas diperkenalkan pula POEMs..untuk tahap 1..
Rasanyer programme nih dah lama diadakan sejak aunty kecik-kecik (dalam darjah 1 lagi) zaman dulu-dulu…Memang berkesan sekali..
Masa dalam darjah 3,kami dah kene (diwajibkan)persembahkan 1 ’sketch’ berdasarkan cerita lama.(shakespeare)setiap minggu mengikut group masing-masing..
memang best…coz aunty selalu kene jadi ‘prince’(sekolah pompuan sumer’)
aik.. bukan ke dah buat dah kat skola rendah.. ketinggalan zaman btoi la hishamudin nih.. heheh.. sabo je aku ngan mamat hishamudin nih..
literature starts from year 4-6.. tahun 4 ada 3 buku, tahun 5 pun 3 buku.. tahun 6 tak tau plak.. (dah lama resign tahun 6.. hehe)… and buku yang paling popular.. The Little Blue Boy
erm betoi3 tuh…TAPI kat sini dah muler dah utk tahun 3…Baru jer ada in house pasal literature..siap dia bagi puppets lagi..
cadang nak start dari tahun 1…rasanyer lebih bagus lagi mcm aunty kecik2 dulu…setiap minggu(Isnin) setiap group kene perform ’sketch’and ‘play’ dalam bentuk citer kelasik..citer berdasarkan citer dongeng…animasi
bagus3 untuk melatih oral english
I thought,by intoduce english licterature, students can improve theier english,not just to thoses studying english only…they are also can do it..