Istimewanya Bulan Mei

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Tidak sampai 2 jam lagi maka berakhirlah bulan Mei bagi tahun 2008. Sedih rasanya apabila bulan Mei berlalu.

Bulan Mei begitu istimewa bagi saya. Kenapa?

1Mei - Hari pekerja, saya merupakan seorang perkerja dan hari tersebut adalah hari istimewa bagi saya.

11 Mei - Merupakan hari ibu, walaupun saya bukan kaum ibu tetapi rasa tetap merasa keistimewaanya kerana mempunyai ibu yang amat memahami saya. Dan saya juga bertuah mempunyai seorang isteri bagi ibu kepada anak saya.

16 Mei - Hari guru. Saya seorang cikgu, tentulah hari ini hari yang begitu mengembirakan saya walaupun kadangkala terasa macam syok sendiri :)

19 Mei - Hari saya dilahirkan ke dunia ini.

28 Mei – Hari ini juga istimewa kerana pada hari ini pada tahun 2005, saya selamat menjadi suami orang :)

Begitulah istimewanya bulan Mei pada saya.

Sekian sahaja, wassalam

Mengantuk? Tidur Sajalah!

Filed Under Blog · Tagged: , , ,  

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Alhamdullillah, hari ini ada idea sedikit nak menulis. Sejak cuti bermula mood untuk menulis agak kurang lantaran deman dan selsema melanda. Walaubagaimana pun syukur ke hadrat Illahi, berjaya juga saya melaksanakan tugas mengajar kelas tambahan.

Bila demam melanda, perkara yang sering dibuat adalah tidur. Tidur adalah ubat mujarat bagi deman.

picture: smart-kit.com

Mengantuk? Bagaimana hendak hilangkan rasa mengantuk? Persoalan ini sering dibincangkan oleh kawan-kawan sewaktu di universiti dahulu. Tujuannya adalah untuk stay-up, terutamanya apabila minggu peperiksaan menjelang tiba.

Bagi saya tiada cara yang paling sesuai untuk menghilangkan mengantuk kecuali tidur. Walaupun dengan meminum minuman seperti kopi, ia masih kurang sesuai kerana mungkin rasa mengantuk akan hilang tetapi belum tentu apa yang kita pelajari akan masuk ke dalam otak.

Stay up adalah satu cara yang dilakukan oleh ramai pelajar untuk belajar tanpa ganggu. Cuma ada diantaranya silap langkah dengan tidak tidur dahulu dan terus belajar. Biasa masa sebelum belajar digunakan untuk bersembang dengan rakan-rakan. Bila larut malam barulah mula bersiap untuk belajar. Bila badan sudah penat, baru hendak mula belajar. Untuk apa? Masuk ke? Dah penat baik tidur sahajalah.

Tetapi ada yang cuba bertahan dengan meminum kopi dan sebagainya. Dan ada yang berjaya berlajar sampai ke Subuh tetapi, masalahnya lepas Subuh terus tidur dan sepanjang minggu peperiksaan jadilah dia “kelawar”. Siang mengantuk malam berjaga. Mencari cucu di mana ada

Cara yang sebaiknya adalah tidur dahulu selepas solah Isyak dan kemudian barulah bagun dan belajar, Insyaallah cara ini lebih baik kerana selepas tidur kita akan mempunyai tenaga baru yang akan digunakan untuk belajar. Belajar juga memerlukan tenaga :)

Ok itu sahaja untuk malam ini. Dah mengantuk. Nak tidur dulu…

Wassalam..

Pengajaran Dari Peristiwa Pulau Batu Putih – Keputusan Kita Penentu Generasi Depan.

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Apa khabar anda semua hari ini? Moga sihat hendak-Nya.

Peristiwa yang paling menyedihkan menimpa rakyat Malaysia, khususnya nelayan Johor dalam minggu ini ialah terlepasnya Pulau Batu Putih kepada Singapura.

Salah satu bukti yang menguatkan hujah Singapura ialah bahawa Kerajaan Johor pernah menafikan yang Pulau Batu Putih adalah hak kerajaan Johor melalui surat jawapan kepada kerajaan Singapura oleh kerajaan Johor pada tahun 1953.

Apabila membaca soaljawab wartawan Berita Minggu, Ziauddin Sharuddin dan Rohaniza Idris, mendapatkan penjelasan pakar sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Nik Anuar Nik Mahmud, yang menganggotai pasukan Malaysia di The Hague dan penganalisis politik, Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman, juga dari UKM di Berita Harian Online tadi saya tertarik dengan satu ungkapan yang berbunyi

“Kita perlu berhati-hati apabila membuat keputusan agar generasi akan datang tidak menanggung kerugian penderitaan”

Itu adalah pengajaran yang amat penting dari peristiwa Pulau Batu Putih dimana kecuaian Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 mengesahkan kepada Singapura bahawa Pulau Batu Puteh bukan milik Johor. Pengesahan itu dibuat secara hitam putih. Menyebabkan kita telah kehilangan pulau tersebut :(

Jadi dalam kehidupan kita hari ini, kita harus ingat apa yang kita lakukan pada hari ini, segala keputusan yang kita buat akan menentukan nasib generasi depan.

kadang-kadang kita alpa, kita tidak bertanggungjawab dalam membuat kerja yang diamanahkan. Dengan kesilapan dan kealpaan kita itu, orang mewarisi tugas kita yang akan menganggung beban dan akibat. Kita pula, mungkin sudah meninggal waktu itu, masih menjadi sasaran makian generasi yang kita bebani. Nauzubillah.

Sebagai guru ICT (bagi contoh diri sendiri le pulak :D ), saya sering menerima peralatan ICT, tugas yang paling membosankan adalah merekod peralatan tersebut. Kadang-kadang rasa malas sahaja nak buat tetapi bila memikirkan, rekod tersebut adalah dokumen penting untuk proses pelupusan peralatan ICT nanti, maka saya tetap membuatnya supaya mudah untuk pewaris saya melupuskannya nanti.

Itu sahaja pengajaran hari ini. Ingat, keputusan kita hari ini, penentu nasib generasi akan datang.

Sekian, wassalam

Cuti Sekolah – Masa Untuk…

Filed Under Cuti · Tagged: , , , , ,  

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Besok merupakan hari terakhir persekolahan bagi penggal pertama persekolahan bagi tahun ini. Malah kalau di utara tanah air besok sudah bermula cuti sekolah :)

Cuti sekolah sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh murid dan juga guru. Tapi Guru Besar tak boleh cuti :) Sewaktu cuti sebegini banyak perkara faedah yang boleh dilakukan oleh semua yang bercuti.

Tapi jangan lupa. Kelas tambahan memang wajib ada. Bagi sekolah saya minggu pertama cuti kali ini diadakan kelas tambahan. Jadi pada minggu ke dua barulah saya boleh mula bercuti.

Manfaatkan cuti yang panjang

Cuti sebegini janganlah pula asyik tidur dan makan sahaja. Jadikan lah ia sesuatu yang lebih bermakna. Jadikan cuti ini masa untuk bermuhasabah diri dan juga memperbaiki kelemahan diri sebelum menghadapi musim mendatang.

Cuma tahun ini agak tidak best kerana minggu terakhir dijadikan minggu peperiksaan. Jadi tidak sempat untuk guru menyemak kertas dan diberikan kepada murid supaya murid dapat memuhasabahkan diri dan meperbaiki kelemahan mereka di waktu cuti kali ini. Syukur alhamdullillah, untuk murid tahun 6 (matematik) saya telah berjaya menanda kertas mereka dan inysaallah besok sempatlah saya memberi kepada mereka untuk bawa balik dan lihat apa kelemahan mereka. Moga ada perubahan pada penggal hadapan. Dan keputusan ini boleh dijadikan alasan untuk memaksa mereka hadir ke kelas tambahan! Waktu mula saya datang dulu, kelas tambahan lebih ramai guru dari murid :(

Jadi akhir kata diharapkan cuti yang agak panjang ini menjadi manfaat kepada kita semua.

Wassalam

ps… Keduri kahwin sapa nak kena pergi dulu :)

Minggu Peperiksaan!

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Minggu ini minggu terakhir persekolahan bagi semester ini dan juga merupakan minggu peperiksaan. Dengan itu saya mengucapkan, selamat menduduki peperiksaan. GOOD LUCK!

Jangan meniru tau!

Wassalam..