122,000 guru Matematik, Sains selesai ikuti ETeMS

Filed Under Artikel, PPSMI · Tagged: , , , , , , ,  

Petikan dari Berita Harian Online, oleh Syuhada Choo Abdullah

Kementerian tumpu pengukuhan kemahiran melalui kaedah EMS

KEMENTERIAN Pelajaran selesai melaksanakan kursus English for the Teaching of Mathematics and Science (ETeMS) membabitkan kira-kira 122,000 guru mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah seluruh negara.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datin Asariah Mior Shaharuddin, berkata latihan itu dijalankan sejak 2002 sehingga tahun lalu selaras pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Berikutan itu, katanya, kementerian kini menumpukan latihan kepada guru terbabit menerusi program bimbingan dan sokongan, English for Mathematics and Science (EMS), mulai 2007.

Bagaimanapun, beliau berkata, pengisian program itu memfokus kepada pengukuhan terhadap sebilangan guru yang sudah mengikuti ETeMS tetapi penguasaan mereka masih perlu dipertingkatkan.

“Program ini dijalankan secara ‘on-site’ di mana guru berkenaan akan mengikutinya di sekolah, antara lain menerusi sistem bimbingan taulan membabitkan kerjasama dan bantuan guru subjek Bahasa Inggeris.

“Ini adalah suatu usaha berterusan. Selain itu, BPG turut mengambil inisiatif membina modul khusus kepada mereka.

“BPG menyediakan garis panduan penggunaan modul pembelajaran akses kendiri kepada guru berkenaan mengikut tahap penguasaan masing-masing.

“Tahap itu meliputi tiga modul iaitu permulaan, pertengahan dan lanjutan dengan tema tertentu yang perlu diikuti guru terbabit.

“Dalam konteks ini, pihak sekolah sendiri berperanan mengenal pasti guru yang perlu mengikuti EMS,” katanya kepada Berita Harian di Putrajaya.

Berkaitan perkembangan itu, Asariah berkata, kementerian kini lebih menjurus ke arah pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme guru secara berasaskan sekolah.

Sambil menjelaskan pelbagai kaedah digunakan dalam pelaksanaan itu seperti sistem bimbingan taulan dan modul pembelajaran akses kendiri, katanya, langkah terbabit antara lain bertujuan mengurangkan kadar ketiadaan guru di sekolah ekoran menyertai kursus seumpama di luar.

Selain itu, beliau berkata, ia juga sebagai inisiatif sekolah mengenal pasti jenis kursus diperlukan guru mereka, bukan saja bagi pelaksanaan PPSMI tetapi mencakupi semua subjek lain.

“Latihan dalam perkhidmatan ini wajar kerana pengetua dan guru besar lebih maklum aspek latihan peningkatan profesionalisme yang diperlukan guru di sekolah masing-masing.

“Bagi pelaksanaan ini, BPG menyediakan garis panduan dan bantuan diperlukan, selain memperoleh kerjasama daripada pihak jabatan pelajaran negeri serta pejabat pelajaran daerah,” katanya.

Penulisan Yang Berkaitan

Comments

17 Responses to “122,000 guru Matematik, Sains selesai ikuti ETeMS”

  1. Dr Boulevard Gumbo MALAYSIA on May 2nd, 2008 12:47 pm

    I have my doubts about the success of these courses. To me it is just another ‘paid holidays’ courses. Attending a short course would not benefit anyone and I am very sure after the courses they would still be poor in English/ Acquiring a language is not about attending the various courses but more towards practicing it in our daily lives

  2. aunty MALAYSIA on May 2nd, 2008 10:27 pm

    Ilmus yang diperolehi perlu diamalkan…..coz ILMUs tanpa AMAL….akan jadi macam CANGKUL yang ada pelbagai kegunaan dibiarkan di satu sudut dan terdedah kepada panas dan hujan hingga karat dan akhirnyer akan REPUT…sedikit demi sedikt..

  3. NayanMohd MALAYSIA on May 3rd, 2008 2:49 pm

    Saya rasa la ramai lagi cikgu yang mengajar matematik dan sains yang belum mengikuti kursus ETeMS ni.bagaimana dengan nasib mereka ?

    Selepas ni dah tak ada kursus ETeMS. Ada sesiapa tahu, bagaimana dengan cikgu yang dah mengajar Sains / Matematik tapi belum dapat elaun? Ada lagi ke elaun tu?

  4. Cikgu Farizal MALAYSIA on May 3rd, 2008 7:08 pm

    Cikgu Nayan,

    Setahu saya ada dua cara untuk melayakkan seseorang cikgu mendapat elaun ETeMS,

    1. Ada sijil kursus
    2. Surat sokongan dari guru besar bagi yang tak pergi kursus.

  5. zuhairy MALAYSIA on May 4th, 2008 4:54 am

    kan dah ramai yang tentang dasar Math and science teach in english ni..tapi kenapa diteruskan lagi? Kemana hala tujunya?

  6. Cikgu Farizal MALAYSIA on May 4th, 2008 9:21 am

    Memang ramai yang tentang. Tetapi untuk mengumbah sesuatu dasar mengambil masa. Untuk EteMS ni, selepas UPSR 2010 baru tahu sama ada diteruskan atau tidak.

  7. alynn MALAYSIA on June 11th, 2008 11:52 pm

    even though u don’t have etems..like me..u still can get the elaun.by showing the english results in spm..(must credit),ur transcript..shown that u’r in math courses and ur timetable. believe me…!!never wait 4 the sahkan jwtn(4 new teachers..oh..gud news to u)now, etems just for the teachers didn’t get credit in spm..maybe just pass or failed..so they need this certificate…tq

  8. syahjehan on June 18th, 2008 9:38 pm

    tak habis lagi kursus etems ni.. bulan 8 ni ada satu lagi khas utk guru2 yang patut hadiri tapi tak sempat hadir dan juga untuk guru2 sekolah agama bantuan kerajaan. memang la short courses ni tak boleh membuatkan cikgu2 tu fasih dalam BI tapi at least dapat la membantu serba sedikit dari tak tau langsung.. bukannye paid holidays.. apa la sengal mamat omputih itew… dewang yang pegi kursus ni siap kena wat portfolio and kena wat macro teaching lagi..

    dan jugak.. bisp yang diterima tu bukan utk saja sonok2.. tapi utk tingkatkan lagi penguasaan dalam BI macam p kelas belajar bahasa inggeris ke.. beli kamus besta ke.. baru la betul.. ada jugak orang tak paham konsep BISP nih nooo.. cian depa.. mesti depa ni bukan cikgu nih..

  9. aunty MALAYSIA on July 3rd, 2008 5:39 pm

    cikgufarizal..aunty ada 1 permintaan.Kalo x keberatan tolong tunaikan yer? Thnx..Actually kekawan aunty yg mintak fwdkan hasrats mereka..

    macam nie! Kan ker sabtu lepas guru-guru eTEMs(bukan semua)telah menduduki EPT(english proficiency test)untuk ‘Listening’ n ‘Writing’..so sabtu nie plak kene duduki oral test kan?

    so,adaler aunty saja-saja bagi bbp tajuks utk deme cakap secara spontan masa free period..Tapi..boleh x cikgufarizal bagi per-per tips utk deme berlatih dalam sehari nie..mana ler tau kot-kot cikgufarizal boleh bantu bkn saja deme tapi cikgu-cikgu lain yg yg surf sini…

    mekasih

  10. aliahus on July 6th, 2008 5:54 pm

    setuju ngan aunty, i’m one of candidates who will be sitting the oral test tis saturday (12th july)…huhuhu..

  11. aliahus on July 6th, 2008 5:55 pm

    ade gak, depa2 yg x kredit BI x yah amek exam..n da dapat pn elaun..huuuu..bagaimana ini bole b’laku..huhuhuhuh…

  12. aunty MALAYSIA on July 7th, 2008 4:33 pm

    erksss!!!!Elaun???? Maksud cikgu, insentif yang 10% tu ker?Eh! rasanyer sumer layak dapat kan?Kat sini sumer dah dapat x kire kredit BI or not..

    Mungkin dlam proses kot…n akan dpt tunggakan…insyaallah..

    Tapi agak musykil jugak coz tahun lepas ada cakap nak dihentikan insentif 10% tu…tapi satakat nie alhamdulillah masih dapat lagi..

  13. aliahus MALAYSIA on July 7th, 2008 9:04 pm

    yup 10% tu..ermmm..tu la mmg ade dengar gak xyah kredit pn xpe. maybe skola ni pentingkn english..huhuhuu..
    ermm…camne ni aunty..
    ade komen?

  14. aunty MALAYSIA on July 8th, 2008 12:00 am

    tak tau ler…tapi sini sapa-sapa x dpt kredit BI kene p proficiency test tu…TAPI 10% tetap dapat punyer…

    Mungkin lein negeri lein kot cara pengiraannyer..ataupun ‘kesalahfahaman’ kerani kewangan kat skul x?Rasanyer sepanjang pengetahuan aunty sumer members yang aunty kenali x pernah cakap x dapat pun..

    macam ada 1 tahun,masa mula-mula eTEMs diimplementkan,ada gak ramai yg ‘tersangkut’ 10% coz deme tengok kalo x ajor BI or M3 or SN 3 years straight n xdek cukup periods dalam seminggu meme x boleh apply punyer…(dahsyat masa tu) Tapi lani dah longgar sikit…Mujur aunty dapat coz dah berpuluh tahun ajor subjects tu tanpa putuih…Alhamdulillah..

    Apakata p check dengan kerani skul dulu..Kalau x pueh ati p ler kat JPN tanya…Semoga dipermudahkan sumer urusan dengan izin Allah…

  15. aunty MALAYSIA on July 8th, 2008 12:04 am

    nak tambah sikit lagi jer…

    mungkin pas ni pas di audit kot ada slack kat mana-mana ,deme akan check balik mana yg tersilap/terlebih bayar ker,baru ler dapat selesaikan masalah tu…hehehe macam 1 tahun zaman dulu guru yg naik gred ‘dbayar terlebih’ n terpaksa dikeluarkan arahan suh cikgu-cikgu tersebut bayar balik duit yg terlebih terima…hehehe macam-macam

  16. aliahus MALAYSIA on July 8th, 2008 9:59 pm

    TQ aunty…rasenye saye tau kot mane yg menyebabkan xdapat tu..emm..sedeh tul.

  17. aunty MALAYSIA on July 9th, 2008 3:42 pm

    eh!Jangan bersedih tau?Mungkin ada HIKMAHs besar disebaliknyer…Cer p check dengan JPN n mungkin TERLEPAS pandang kot n nama tercicir dari senarai penerima..macam kawan aunty 1 tahun dulu..(dah pencen pon)Opsyen BI n ajor BI berpuluh-puluh tahun tapi x tersenarai dapat BISP…Dia jenis ‘diam’ n ‘x kesah’

    Dengan izinNyer,mungkin ada sahabats yang nasihatkan suh p check..n husbandnyer berusaha..alhamdulillah dapat jugak akhirnyer..Tunggakan lagi oooo…Ada RAHMATs di sebalik DUGAANs…

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!