| Selamat Datang ke Blog Cikgu Farizal Dot Com. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini. |
Ilmu kunci kedaulatan Melayu
544 views | Filed Under Artikel, Ketuanan Melayu, Petikan Akhbar, Utusan Online · Tagged: ilmu, Ketuanan Melayu, Melayu, Politik
PUTRAJAYA 5 Mei, Utusan Online – Orang Melayu diingatkan bahawa kunci kedaulatan mereka di negara ini hanya boleh ditemui jika diri mereka dilengkapi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.
Veteran UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, beliau sebenarnya amat risau dengan gelagat yang ditunjukkan oleh sebahagian besar anak muda Melayu yang terang-terang mengabaikan pelajaran.
Tegasnya, tanpa ilmu pengetahuan usahkan kedaulatan mustahil diperoleh, malah lebih teruk lagi orang Melayu akan terumbang-ambing dan merempat di tanah air sendiri.
“Memang Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu milik orang Melayu dan pada masa sama kita tidak pula menidakkan hak kaum lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
“Namun jika tidak ada pelajaran dan kebolehan dalam persaingan dunia global sekarang, kita pasti akan hilang segala-galanya. (Penguasaan) ilmu pengetahuan itulah kunci kedaulatan Melayu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas keputusan Kongres Permuafakatan Melayu semalam yang sebulat suara bersetuju menubuhkan sekretariat tetap yang dikenali sebagai Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM) bagi memantau, mempertahankan dan melaksanakan semua tuntutan berkaitan kedaulatan Melayu.
Menurut Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ismail Hussein, sekretariat itu akan ditubuhkan dalam tempoh terdekat dengan penglibatan jawatankuasa terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) Melayu.
Resolusi Kongres Permuafakatan Melayu yang mengandungi pelbagai tuntutan bagi mempertahankan kedudukan Melayu itu diserahkan kepada Sultan Johor, Sultan Iskandar.
Ia mengandungi tuntutan yang merangkumi aspek perlembagaan, politik, ekonomi, agama Islam, bahasa Melayu, pendidikan, sosial dan budaya, termasuk syor menubuhkan MMMM.







ni blog review surat khabar ke cikgu? takkan review secara copy paste sahaja. Apa pandangan cikgu tentang perkara ni? apa yang pelajar & guru melayu perlu buat bagi mengekalkan kedaulatan kita? saya rasa semua sudah tahu,dan saya yakin semua pun dah mampu membeli serta baca surat khabar sendiri. saya berharapkan ada ulasan yang lebih elok..tapi ianya sekadar “tiru & tampal”, cikgu oh cikgu…
[...] masih ingat lagi tatkala membaca blog cikgu farizal tentang “ilmu kunci kedaulatan melayu“. penat lelah aku melayari internet guna gprs saja dari hutan belukar ni semata mata nak [...]
En Terjah,
Terima kasih atas nasihat anda. Tapi rasanya anda belum habis mengekplor blog ini
[...] RPH atau lebih tepat RPP. Permintaan Aunty masih lagi dalam pemikiran dan pertanyaan Terjah mengenai Isu Ketuaan Melayu , insyaallah akan saya tulis dalam masa terdekat [...]
macam best je buku ni