RPH- Bagaimana Anda Menulisnya?
Filed Under Kaji Selidik, Pekeliling, Rancangan Pengajaran · Tagged: Poll, Rancangan Pengajaran Harian, RPH, RPP, Surat Pekeliling
Assalamualaikum & salam sejahtera…
Moga hari Sabtu ini merupakan Sabtu yang terbaik dari Sabtu-sabtu sebelumnya. Di pagi ini saya ingin memenuhi permintaan Jagung_manis dalam chatbox yang ingin mengetahui cara cikgu-cikgu sekalian menyediakan RPH atau lebih tepat RPP. Permintaan Aunty masih lagi dalam pemikiran dan pertanyaan Terjah mengenai Isu Ketuaan Melayu , insyaallah akan saya tulis dalam masa terdekat ini.
RPH? Siapa cikgu yang tidak tahu mengenai RPH. RPH merupakan Ringkasan Rancangan Pelajaran Harian. Setiap hari kita sebagai guru akan menulis RPH untuk mengajar esoknya. Tahun ini saya setiap hari akan menulis 3 RPH kecuali untuk hari Jumaat, hanya 2 RPH. Tahun ini saya mengajar 29 waktu sahaja.
Ada beberapa persoalan yang sering bermain di bibir guru-guru takala membincangkan RPH ini. Berikut adalah di antara isu-isu yang sering dibangkitkan.
1. Bagaimana cara menulis RPH sebenar? Apakah format terbaik bagi RPH setiap mata pelajaran?
2. Jika guru pergi berkursus, adakah beliau perlu menulis RPH?
3. Apakah RPH boleh ditaip dan ditampal?
4. Bolehkan menghantar RPH dalam bentuk softcopy? Hantar dalam disket, email atau sistem LAN sekolah.
Setiap kali menulis RPH perkara di atas sering juga bermain di minda saya. Untuk menulis satu RPH mengambil masa sekurangnya 20 minit tidak termasuk merangcang. 3 RPH maksudnya 1jam. Mengajar pula 3 jam. JIka masa yang diambil untuk merancang (termasuk penyediaan BBM) 0.5 jam bagi satu RPH. Maka tambah lagi 1.5jam. menanda latihan bagi 3 RPH tadi 3jam dengan kadaran 1 kelas 30 orang murid. Maka jumlah semua jam yang digunakan untuk menjayakan RPH dalam satu hari ialah 8.5 jam. Huh.. Cikgu bestlah, kerja sekerat hari jer melalut ler pula:) Itu baru mengajar yer. Tak termasuk har pengkeranian.
Untuk menjawab persoalan di atas mari kita merujuk kepada Surat Pekeliling Iktisas Bil. 3/1999.
Munurut surat pekeliling di atas, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hanyalah mengandungi Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH).
Dalam ayat no.4 pekeliling tersebut, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apajua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian dijaga dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.
Jadi saya harap anda dapat kongsikan cara anda menyediakan Rekod Pengaran dan Pembelajaran. Dan kongsikan juga idea anda dalam meningkatkan mutu serta memudahkan guru dalam menyediakan RPP ini. Bersamalah kita membantu Jagung_manis demi manfaat bersama.
Sila undi dibawah:)
Wassalam





huhu..Tahun depan baru nak praktikkan RPH..
Saya ada terbaca dalam blog seorang guru di Kota Tinggi - saya lupa URL nya.. Beliau menyediakan RPH nya dalam softcopy dan hardcopy.. Hardcopy disimpan dalam bentuk folio dan dikemukakan apabila pihak yang memintanya tidak boleh akses softcopy yang ada (takde komputer).
Saya rasa ini cara yang baik.. Sebab seperti yang cikgu farizal katakan menulis RPH boleh mengambil masa berjam-jam apatah lagi untuk guru permulaan. Sekiranya ianya dalam bentuk softcopy, kita boleh edit saja RPH sedia ada dan printkannya. Ini akan menjimatkan sekurang-kurangnya 15 minit daripada masa jika kita menulisnya dalam buku.
Tetapi rasanya banyak juga sekolah yang mewajibkan guru menulis RPH dengan tulisan tangan dalam buku serta melarang menampal sebarang kertas. Apatah lagi menerima fail/ folio..
Dalam zaman yang teknologi ini, saya rasa tindakan itu sangat ketinggalan zaman.
Bagi soalan kedua pula, saya pernah bertanya kepada pensyarah. Menurutnya, RPH adalah perancangan untuk kita mengajar. Ini bermakna ianya dibuat sebelum waktu mengajar dengan andaian kita akan mengajar perkara tersebut pada waktu yang dijangkakan. Sekiranya kita telah sedia maklum bahawa kita tidak akan mengajar pada waktu tertentu atas urusan tertentu, maka tidak perlu menyediakan rancangan.
Dalam bahasa yang lebih mudah, sekiranya sesuatu acara, kursus, mesyuarat, kejadian etc diketahui lebih awal (sekurang-kurangnya 2 hari sebelum kejadian) tidak perlu menulis RPH. Contohnya hari sukan yang dijalankan pada hari persekolahan, sambutan hari guru yang menyebabkan PnP tidak dapat dijalankan, kursus atau mesyuarat yang telah dirancang lebih awal.
Sebaliknya, sekiranya kejadian itu berlaku dalam tempoh dekat dengan waktu mengajar, maka RPH itu wajib dibuat dan ditandakan tidak dapat dijalankan. Contohnya cuti sakit (kita tidak pernah merancang untuk cuti sakit kan?), banjir atau sebarang bencana alam yang menyebabkan sekolah ditutup atau kita tidak dapat ke sekolah, mesyuarat tergempar atau tiba-tiba kita disuruh menggantikan guru lain menghadiri mesyuarat/ kursus dan sebagainya.
Saya rasa penjelasan yang diberikan oleh pensyarah saya ini sangat rasional dan boleh diterima akal. Bagaimanapun, akhirnya ianya tetap tertakluk kepada pihak pengurusan sekolah.
Selamat menyediakan RPH!
Panjang huraian Cikgu Azleen.
Tentang persoalan kedua tu, kalau ikut fahaman saya, kita kena tulis walaupun kita tak ada di sekolah sebab guru ganti yang akan menjalankan tugas tersebut tetapi masalahnya, guru yang mengantikan tak pernah pula mengajar
ya la cikgu farizal… for me, bila saya kena p kursus saya takkan buat RPH eventhough saya buat RPH stail taip di komputer and print it out and paste it on the book. hehe.. wat pe la nak p pening kepala buat RPH bila kita p kursus.. macam saya ni tengah kursus 3 minggu and setiap tahun mesti kena kursus lama2 mcm ni (ETeMS) takkan you nak tulis everyday punye RPH.. dah la ngajo 29 waktu.. bole terbuntang mata depan PC.. hehe
biasanya kalo u nak elak cikgu yg ganti kita tu tak ngajar.. senang aje.. bila u p kursus.. jangan lupa buat modul untuk anak murid u.. pastikan modul tu suma bkaitan dengan menda yang diajar.. (saya selalu buat utk kelas yang excellent sahaja)
bukan maksud saya ni pilih bulu tapi bila bagi pada kelas belakang.. takde orang yang buat.. sedih tul sbb kita dah sedia bahan tapi tak buat langsung.. dah la tu, siap terkoyak rabak lagi.. sabo je… jadi skang ni saya sedia modul utk kelas yang boleh diharap aje.. and hasilnya amatla memberangsangkan.. and cikgu yang ganti kita tu takde la tensen sangat bila ganti kita sbb kita dah tinggal kerja..
ok la ye.. calo.. and selamat mengajar dalam BI.. jangan putus harapan ye…
wah3 besnyer kan? Kalo boleh taip and print jer..Macam kami kat sini kene tulis oooo ikut format plak tu…
Tambah macam BI lagi ler panjang kene tulis sampai lenguh jari-jemari…
Doakanlah agar kami pun akan kene taip n print jer n paste jer..Boleh print untuk banyak-banyak hari sekali..hehehe
Tapi kan? Kalau tulis pun ok jugak tau? Coz boleh melatih handrwriting agar akan maintain cantik memanjang…n di dapati juga ada tulisan guru(sikitler)yang macam tulisan doktor…sukar difahami
hehe.. tulisan saya tetap santek walaupun dok pakai print aje.. kuikui.. rasanya sekarang ni ramai tulisan tak santek sebab ada cikgu yg tak tekankan teknik menulis dengan betul. macam mana nak ajar teknik tulis kalau sekolah dok kejar suruh budak pandai baca.. huhu.. cian cikgu cikgi nih
Yer ler…memang betul cakap cikgu syahjehan…
Ada baiknyer ditekankan semula ‘writing’ kat murid-murid kan? Disamping membimbing mereka menulis dengan baik,boleh jugak mendisplinkan mereka buat kerja dengan berhati-hati dan cermat…macam nak pisahkan satu perkataan dengan perkataan yang lain…dengan menyukat dengan jari(harap semua faham yer?)
Maaf…off topic…
salam.. ni first time saya komen dalam blog ni.. sekarang ni dah ada sekolah yang guna sistem fail untuk wat rph. sekolah saya guna sistem fail dan bagi saya sistem fail lebih mudah sebab kita boleh taip atau pun tulis dalam borang rph yang telah disediakan oleh ketua panitia masing2. rph yang dah diprint atau ditulis tadi di masukkan dalam fail rph masing2. jadi tak adalah memakan byk masa untuk buat rph, kita buleh edit rph yang lepas.. keje cikgu bukannya sikit ye tak?
wah cikgu cupin.. saya harus beritau pada ketua panitia saya supaya do the same thing.. huhu.. mudah lagi kalau macam ini.. hehehe.
by the way, u can visit my blog and have a look at my lesson plan.. hehehe
salam semua…nak dapat ilmu macammana nak uruskan pelajar yang aktif ni…minta tunjuk ajar
Ni firts time saya bagi komen dalam blog ni. Ya la senang la kalau dapat wat rph pakai sistem fail tu.Saya tgh praktikal ni rasa teruk juga kerja cikgu ni tak seperti yang di gambarkan sebelum ini balik tghari. Balik nak kena wat BBM, wat RPH..Wat satu RPH nak kena 1 jam baru siap,maklumlah baru blajar.So bila nak berubah ni?..sekolah mempunyai pentadbir ketinggalan zaman..tak nak ikut perkembangan zaman, dan tak nak mempermudahkan kerja guru.
Salam sejahtera semua….
Ni pendapat saya mengenai cara menulis RPH.Mengikut pekeliling Bil. 3 /1999:
“….4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran boleh disedikan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa.Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa…..”
So, tulis tangan ke,taip and print ke or buat dalam bentuk fail also can.Lagipun cikgu sekarang banyak kerja nak buat;mengajar,kerja kerani, stok and inventori dan sebagainya.Bagi saya, biarlah kita buat kerja in a smart and effective way.Taklah sampai menyusahkan diri…
Tahun depan saya nak buat soft & hardcopy.Memudahkan kerja saya lagipun saya boleh editkan bila perlu in the future.