Assalamualaikum & salam sejahtera..

Pada 10 Mei yang lalu Perdana Menteri kita telah mengumumkan menerima permintaan CEUPACS untuk meningkatkan had umur persaraan wajib bagi kaki tangan awam dari 56 tahun kepada 58 tahun.

Sewaktu mendengar berita ini, saya yakin pasti ada yang gembira dan ada yang berduka.

Bagi mereka yang masih belum mahu meninggalkan jawatan disebabkan masih banyak komitmen kewangan tentulah merasa gembira :)

Tetapi bagi mereka mengidamkan jawatan yang bakal dikosongkan tahun ini akibat persaraan wajib ketua mereka tentunya sedikit berduka. 2 tahun lagi kena tunggu dan macam-macam boleh berlaku dalam masa 2 tahun. Saya? saya pun tention juga dengan khabar ini. Ingatkan bulan 8 ni dah tenang rupa-rupanya kena bersabar 2 tahun lagi :(

Saya sebenarnya tidak faham apa rasionalnya CEUPACS meminta supaya umur persaraan dinaikan ke 60 tahun. Jika ada sesiapa yang faham boleh tolong jelaskan kepada saya yang masih kabur ini.

Apa yang saya lihat, bagi pekerja sektor awam yang tidak berjawatan, bila umur sudah hampir menjangkau had persaraan. Walau mungkin ada 5 tahun lagi, mood bekerja mereka seakan-akan sudah tiada. Tidak dinafikan ramai yang masih bersemangat. Malah ada yang lebih hebat dan lebih bersemangat dari orang muda walaupun usia menjangkau pencen. Tetapi masalahnya yang kurang bersamangat adalah lebih dari itu :(

Dan lagi satu isu yang timbul ialah, kemungkinan besar dalam tempoh 2 tahun ini, jawatan kosong dalam khidmat awam akan berkurangan. Dan makin bertambahlah golongan penganggur :(

Keputusan sudah dibuat dan diharapkan satu mekanisma dapat dijalankan untuk mengatasi kesan sampingan yang pasti wujud.

Sekian wassalam