| Selamat Datang ke Blog Cikgu Farizal Dot Com. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini. |
Aku Tak Nak Miskin – Manifesto Melayu Untuk Merdeka!
684 views | Filed Under Buku Pilihan · Tagged: Buku Pilihan, busines, chef li, Motivasi, perniagaan, Ulasan Buku
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Sudah lama saya tidak membuat ulasan buku di blog ini. Malam ini dalam ruangan buku pilihan, saya ingin membuat ulasan mengenai sebuah buku yang bukan buku pendidikan. Buku tersebut ialah Aku Tak Nak Miskin – manifesto Melayu Untuk Merdeka.

Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis mengenai buku ini. Banyak manfaat yang boleh diperolehi dari buku tulisan Dato’ Dr. Rusly Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Li.
Buku ini mengandungi lebih 208 muka surat yang sarat dengan isi yang dikupas seolah sebuah novel. Buku ini dipecahkan kepada 11 bab dan terdapat lakaran kartun-kartun yang menarik dan penuh makna.
Saya mengambil masa lebih kurang 24 jam untuk habis membaca buku tulisan pengarang best seller ini. Selain dari buku ini Chef Li juga telah menulis beberapa buah buku antaranya Menjejaki Jutawan Senyap.
Sewaktu mula membaca buku ini, menyebabkan saya ingin berhenti dari menjadi guru. Kenapa? Buku ini banyak memberi motivasi supaya kita menjadi peniaga. Biar sendikit tetapi kita punya dan kita yang menjadi bos
Tetapi setelah selesai membaca buku ini, saya yakin kerja guru adalah kerjaya yang tepat bagi saya kerana dengan terus menjadi seorang guru banyak masalah diutarakan dalam buku ini dapat diselesaikan.
Buku ini menghurai masalah utama bangsa melayu yang lebih suka makan gaji dari bekerja sendiri dan juga takut untuk memulakan sesuatu perniagaan. Biasanya kita tunggu sehingga persedian kita benar-benar rapi sebelum berani memulakan sesuatu. Kita juga sering memikirkan apa orang kata sebelum kita melakukan sesuatu.
Buat Saja lah! Dalam bab 6 yang dimulai dari muka surat 101. Chef Li mengajar kita melakukan sesuatu dengan ilmu kita, kita tidak perlu terlalu memikirkan cakap-cakap orang dalam melakukan sesuatu asalkan kita tahu apa yang kita lakukan adalah benar.
Jika kita tidak mulakan sesuatu maka kita tidak tahu setakat mana kemampuan kita. Buat dahulu apa yang kita yakin betul dan baiki dari masa ke semasa. Tumpukan pada satu-satu kerja hingga berjaya sebelum memulakan usaha yang lain.
Bagi saya buku ini wajib dibaca oleh semua golongan terutama guru dan ibubapa supaya kita dapat lihat apa yang perlu kita lakukan untuk anak kita supaya bangsa kita tidak terus melukut di tepi gantang.
sekian wassalam




on
on 


Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!