“Terima Kasih Cikgu!” - Layakkah Aku?

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Dua hari telah berlalu
Email,SMS, MMS masih bertamu
Kad dan nota juga tak jemu
Selamat Hari Guru
Terima Kasih Cikgu!
Tapi… Layakkah Aku?

Setengah tahun hampir bertemu
Berapa waktu ku biarkan berlalu
Murid di kelas tanpa guru
Terima Kasih Cikgu!
Layakkah Aku?

Hari-hari ke kelas tak menentu
Kekadang lewat, bukan selalu
Ku biar murid terus menunggu
Terima Kasih Cikgu!
Layakkah Aku?

Kerja rumah ku beri murid tak laku
Ingin ku marah bimbang jawatanku
Nanti hilang dek saman malu
Terima Kasih Cikgu!
Layakkah Aku?

Murid berkelahi bukan tugas ku
Biar guru disiplin jadi penentu
Tugas ku hanyalah tugas ku
Terima kasih cikgu!
Layakkah Aku?

Sekian, wassalam
Hanya sekadar nukilan buat musabah diri sendiri…

Comments

2 Responses to ““Terima Kasih Cikgu!” - Layakkah Aku?”

  1. aunty MALAYSIA on May 19th, 2008 4:48 pm

    YER3…Insyaallah *LAYAK* menerima “UCAPAN” itu kalau bertugas mendidik murid-murid dengan niat IKLAS kerana ALLAH..SWT

  2. Cikgu Farizal MALAYSIA on May 19th, 2008 11:52 pm

    Ya… Kita boleh menilai sendiri sama ada kita layak atau tidak.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!