| Selamat Datang ke Blog Cikgu Farizal Dot Com. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini. |
Mengantuk? Tidur Sajalah!
1,051 views | Filed Under Blog · Tagged: Kopi, Mengantuk, Tidur, Tip belajar
Assalamualaikum & salam sejahtera…
Alhamdullillah, hari ini ada idea sedikit nak menulis. Sejak cuti bermula mood untuk menulis agak kurang lantaran deman dan selsema melanda. Walaubagaimana pun syukur ke hadrat Illahi, berjaya juga saya melaksanakan tugas mengajar kelas tambahan.
Bila demam melanda, perkara yang sering dibuat adalah tidur. Tidur adalah ubat mujarat bagi deman.

picture: smart-kit.com
Mengantuk? Bagaimana hendak hilangkan rasa mengantuk? Persoalan ini sering dibincangkan oleh kawan-kawan sewaktu di universiti dahulu. Tujuannya adalah untuk stay-up, terutamanya apabila minggu peperiksaan menjelang tiba.
Bagi saya tiada cara yang paling sesuai untuk menghilangkan mengantuk kecuali tidur. Walaupun dengan meminum minuman seperti kopi, ia masih kurang sesuai kerana mungkin rasa mengantuk akan hilang tetapi belum tentu apa yang kita pelajari akan masuk ke dalam otak.
Stay up adalah satu cara yang dilakukan oleh ramai pelajar untuk belajar tanpa ganggu. Cuma ada diantaranya silap langkah dengan tidak tidur dahulu dan terus belajar. Biasa masa sebelum belajar digunakan untuk bersembang dengan rakan-rakan. Bila larut malam barulah mula bersiap untuk belajar. Bila badan sudah penat, baru hendak mula belajar. Untuk apa? Masuk ke? Dah penat baik tidur sahajalah.
Tetapi ada yang cuba bertahan dengan meminum kopi dan sebagainya. Dan ada yang berjaya berlajar sampai ke Subuh tetapi, masalahnya lepas Subuh terus tidur dan sepanjang minggu peperiksaan jadilah dia “kelawar”. Siang mengantuk malam berjaga. Mencari cucu di mana ada…
Cara yang sebaiknya adalah tidur dahulu selepas solah Isyak dan kemudian barulah bagun dan belajar, Insyaallah cara ini lebih baik kerana selepas tidur kita akan mempunyai tenaga baru yang akan digunakan untuk belajar. Belajar juga memerlukan tenaga
Ok itu sahaja untuk malam ini. Dah mengantuk. Nak tidur dulu…
Wassalam..




on
on 


erm..Kalo mengantuk keneler tidur..untuk merehatkan otak yang sudah letih serta fikiran yang banyak berfikir dan mata yang dah banyak melakukan pelbagai aktiviti..melihat/merenung/mengamati dll..
TAPi..selain pada waktu malam..(masa wajib tidur)ada masa-masa tertentu yang agak ‘elok/baik/sesuai’ untuk kita menutupkan seketika mata kita disamping merehatkan mata n minda..
Ada pendapat mengatakan dari pukul 11.30am to 12 noon.(masa cuti ni boleh jer try tapi msa seklolah janganler praktikkan)Atau pun 30 min sebelum masuk waktu zohor..Memang banyak dapat membantu…Jom sama-sama kita cuber sat lagi!!!