Assalamualaikum & salam sejahtera…
Ok Class, today we have a test.
“Alah Sir, We are not ready. You should tell us earlier”
Ok.. Ejoy the song from Native Deen. TQ,
Mon 30 Jun 2008
Assalamualaikum & salam sejahtera…
Ok Class, today we have a test.
“Alah Sir, We are not ready. You should tell us earlier”
Ok.. Ejoy the song from Native Deen. TQ,
Fri 27 Jun 2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Terima kasih kepada Aunty kerana sudi bertanyakan soalan ini. Kebetulan saya pun baru sahaja siap menanda kertas Matematik bagi ujian Intervensi 3. Sekarang tengah menganalisa jawapan murid. Nampaknya internvensi kali ini percapaian murid agak meningkat.

Sekarang kita kembali kepada persoalan yang dikemukakan oleh Aunty, Wajarkah Peperiksaan Diadakan terlalu Kerap?
Ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri bagi kewajaran peperikasaan diadakan terlalu kerap.
Mungkin ramai yang beranggapan yang kekerapan peperiksaan dilakukan, tahap kesediaan murid terhadap peperiksaan sebenar makin baik. Tetapi mungkin juga tidak kerana faktor kebosanan akan memberi kesan kepada murid.
Peperiksaan. Apakah tujuan sebenar peperiksaan diadakan? Sudah tentu untuk menguji sejauh mana kebolehkuasaan murid terhadap sesuatu matapelajaran yang telah dipelajari.
Seperti yang kita sedia maklum. Selepas sesuatu peperiksaan diadakan, keputusan yang diperolehi dianalisa untuk melihat sejauh mana keberkesanan teknik pengajaran yang diaplikasikan.
Setiap soalan yang dikemukan akan diulangkaji bersama murid bagi membetulkan setiap yang melakukan kesalahan. Setelah selesai semua itu, barulah topik baru akan diajar.
Mungkin sesetengah subjek atau kelas mengambil masa yang beberbeza untuk ulangkaji ini. Mungkin yang hanya memerlukan satu atau dua waktu dan mungkin juga hingga empat waktu.
Jika peperiksaan terlalu kerap diadakan, masa untuk membetulkan dan mengajar akan menjadi kurang kerana satu peperiksaan akan mengambil masa satu minggu. Jadi satu minggu masa pengajaran akan berkurangan jika satu peperiksaan bertambah.
Jadi saya berpendapat peperiksaan yang terlalu kerap lebih banyak kesan buruk dari kesan baik. Bagi mana pula dengan anda? Berapa bilangan yang sesuai untuk peperiksaan dalam setahun?
Wassalam
Wed 25 Jun 2008
Assalamualaikum & salam sejahtera.

Boleh dikatakan di semua sekolah setiap pagi Isnin atau Ahad diadakan perhimpuanan mingguan. Untuk apakah perhimpunan ini diadakan?
Perhimpuanan yang mengambil masa kurang dari setengah jam ini biasanya digunakan untuk menyampaikan nasihat dan peringatan kepada murid. Lagu Kebangsaan, ikrar dan doa adalah aktiviti wajib bagi sebuah perhimpunan.
Tetapi wajarkan sebuah perhimpunan begini digunakan untuk memarahi murid-murid?
Saya amat tidak bersetuju jika ayat-ayat negatif atau murid-murid dimarahi pada pagi ini. Kenapa?
Cuba anda bayangkan pagi ini adalah pagi pertama bagi minggu persekolahan. semangat yang dibawa dari rumah direntap mungkin hanya kesalahan hadir lewat atau tidak memakai tali leher.
Dua hari cuti, mood untuk belajar mungkin agak menurun bagi sesetengah murid. Semangat yang dibina pada malam hari untuk menempuhi seminggu yang mencabar, merubah diri dari murid bermasalah kepada murid yang baik mungkin terbang begitu sahaja bila dipagi hari pertama, herdikan yang diterima.
Maka seminggu yang dilalui menjadi muram durja.
Jadi wajarkan pagi pertama, kata-kata negatif digunakan dan apakah sesuai untuk dilakukan pada pagi ini?
wassalam
Mulakan Pagi Anda Dengan Ceria
Pendapat anda amat dialu-alukan
Sun 22 Jun 2008
Assalamualaikum & salam sejahtera…
Alhamdullillah, setelah menjuarai lagi Liga Super, Malam ini Kedah menang lagi Piala FA. Sebagai anak kedah di perantauan ini, saya tumpang gembira dengan kemenangan Kedah kali ini.
3-2, jaringan Fadly Baharom, Khyril Muhymeen Zambri dan Syafiq Jamal pada minit pertama, m-32 dan m-50 masing-masing sekali lagi memberi kegembiraan buat seluruh rakyat Kedah.
Tahniah kepada DYMM Sultan Kedah, Pihak Pengurusan dan Jurulatih Hijau Kuning, pemain-pemain dan juga penyokong atas kejayaan memenangi lagi Piala FA.
Kedah memang handal. Moga menang lagi pula Piala Malaysia
Sekian Wassalam…
Thu 19 Jun 2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Alhamdullillah akhirnya penantian saya berakhir jua walaupun terpaksa menunggu lebihg 3 bulan. Terima kasih kepada Amin kerana sudi cuba menjawab soalan teka-teki yang berbunyi Yang Mana Jantan? Yang Mana Bertina?.
Walaupunbagaimana pun jawapan yang diberikan oleh Amin tidak tepat. Jawapan bagi teka-teki tersebut ialah semuanya betina kecuali King.
Ha..ha.. Kenapa begitu?
Ada dua situasi atau alasan untuk membuktikan kebenaran jawapan saya.
Alasan 1.
Sewaktu dalam permainan catur, ada satu situasi dimana ‘pawn’ telah sampai kepenghujung petak kawasan lawan. ‘Pawn’ tersebut akan dinaikan pangkat (promotion).’ Kesemua pangkat boleh diberikan kepada ‘pawn’ kecuali King. Ini bermaksud ‘pawn’ boleh di tukar dengan castle, knight, bishop atau queen. Tetapi tidak sebagai king. Biasanya queen yang menjadi pilihan kerana ia yang lebih berkuasa.
Oleh kerana queen adalah perempuan, maka sudah tentu pawn yang ditukar menjadi queen juga mestilah perempuan. (Pembedahan penukaran jantina masih belum wujud zaman catur diperkenalkan
)
Dan oleh kerana semua pawn boleh ditukarkan kepada queen. Ini bermakna semua pawn adalah petrempuan atau betina (catur bukan benda hidup)
Dan juga oleh kerana pawn boleh ditukarkan kepada semua pembesar. Maka sudah tentu semua pembesar juga betina kerana pawn adalah betina
Dan oleh kerana pawn tidak boleh ditukarkan kepada King. Ini membawa maksud King adalah jantina berlawanan dengan pawn. Oleh kerana pawn adalah betina, maka King tentulah jantan.
Alasan 2
Untuk menamatkan pemainan catur dengan kemenangan pada satu pihak (bukan seri). Maka ‘check mate’ diperlukan. Check mate terjadi apabila king tidak dapat lari dari dibunuh oleh pihak lawan. Kematian King, menyebabkan seluruh pasukan kalah walaupun masih mempunyai kesemua anggota dan juga mungkin mempunyai kekuatan lebih dari pihak lawan, pihak yang Kingnya sudah di check mate tetap diisytiharkan kalah.
Ini juga menyokong bahawa hanya King adalah jantan dan yang lain adalah betina. Kerana apabila satu-satunya jantan yang ada mati, maka pupuslah spesis tersebut.
Ok.. itu sahaja. Just joking.
Thank you..