Minyak Naik, Terpaksa Sambung Cuti Le Gamaknya!
Filed Under Isu Semasa · Tagged: Barisan Nasional, BN, Isu Semasa, Jimat, Jimat Cermat, Minyak, Minyak Naik, UMNO
Assalamualaikum & salam sejahtera…
Apa khabar semua, masih di kampung ni, tapi di kampung wife, di Kota Bahru, Kelantan.
Semalam, sewaktu dalam perjalanan dari Baling ke sini, ketika sampai di Tanah Merah, sekitar Jam 1850, saya rasa agak pelik apabila melihat deretan kereta di Station Minyak Pertonas. Apa hal ni, minyak nak naik ke esok? Takkan kot. Kerajaan janji bulan Ogos.
Saya teruskan perjalan lagi, Station minyak yang saya lalui memang penuh dengan deretan kereta menanti. Sampai kebulanta Pasir Mas, jam teruk. Memang sah, esok minyak nak naik. Tapi berapa yer. Saya terpaksa mengambil jalan ke Jabatan Salor bagi mengelakkan kesesakan didalam Bandar Pasir Mas.
Jam 2036, takala azan Isyak berkumandang, barulah saya menjejakan kaki ke rumah mertua ditepi tebing Sungai Kelantan, berhampiran Jambatan Sultan Yahya Petra.
“Minyak naik ker? Berapa?” Tanya saya kepada adik ipar.” Disel RM1.00, Petrol RM0.78″. Jawab adik ipar. “Mak ai, banyaknya!” Gertus hati saya. Teruk kalau macam ni.
“Apa ni kerajaan, janji bulan Ogos. Pula tu naik tengah bulan time cuti lagi tu. Pening macam ni.”
Cuba banyangkan, kalau ada orang yang ngam-ngam je balik bajet untuk balik kampung. Duit yang ada ngam-ngam jer untuk balik kampung bercuti. Kena tambah 41% kos untuk minyak. kalau saya mungkin kena tambah RM50 lagi untuk duit minyak ni. Silap-silap ada yang sangkut kat kampung sampai gaji masuk ni.
Satu petua nak jimat minyak. Bukan setakat jimat, malah tak payah pakai minyak pun, pakai kereta ni.

Ok wassalam.. Ubah Gaya Hidup ![]()






ehe…muler-muler baca artikel nih memang suspense habis…tertiber sampai kat ending lawak betoi…
apo nak di kato? Dah naik pong!So kene merancangler perjalanan lepas nie..n kena excercise kaki ler pulok utk ke kedai yang berhampiran…samada berjalan or berbasikal jer…
N budget untuk minyak kete bulan ni utk antar anak p skul akan naik dari rm400 ker entah berapa pulok…dekat2 rm800..Ish…dekat 75% take home pay tuh…
salamz… janji skang mana leh pakai… depa kan ke pisau.. kita ni mentimun, so wat to do.. just follow the flow la.. kalau bantah dituduh pembangkang plak.. anyway.. nice ending u have here. till then.. happy teaching
Entah ler Aunty, memang kena merancang semula ni.
Jehan, betul tu, depa pisau, kita ni sapa.
Tak per ler…Kita redhas jer per-per jua yang nak dinaikkan…Mungkin ada jutaan RAHMATs disebalkinyer..
Kenaikan arga minyak memang ler tersangat membebankan kita walaupun kita mempunyai pendapatan tetap n nikmati pelbagai elauns termasuk insentif eTEMs..Bagi yang tanpa mempunyai pendapatan tetap lagi ler teruk walaupun tidak memiliki kenderaans…
Nak masak pun kene guna gas jugak kan? Kecuali ler orang yang guna dapur kayu n dapur arang n dapur letrik…Huh..letrik pun nak naik jugak kan? Memang kene ‘BUDGET’ habis baik lepas nie..macam slogan pengakap…BUAT ABIS BAIK!!!
So,keneler kita kurangkan ‘percutian’ ke tempat-tempat jauh yang menggunakan banyak minyak n banyak ‘TOL” coz duit tu boleh jugak digunakan untuk membeli ‘DAGING’ fresh yang bakal dinaikkan arga pada biler2 masa terdekat…
Kurang kan daging boleh gak kurangkan penyakit “DARAH TINGGI” dan “KENCING MANIS” kan?..
Di harapkan agar kos penginapan kat hotels akan dapat dikurangkan dalam masa terdekat coz dah kurang pengunjung utk cuti-cuti MSIA n mungkin di bagi promosi istimewa coz nak tarik semula penginaps hotels…Yang untung sapa?Mungkin kita or mungkin pihak lain..heheheheh