Minggu Pertama Yang Sibuk!

Filed Under Blog · Tagged: , , ,  

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sejak tulisan saya pada 9 Jun yang lepas, tiada apa yang saya kongsikan dengan anda semua. Bukan tiada bahan atau tulisan yang ingin dikongsi tetapi kesuntukan masa, membataskan segalanya.

Minggu pertama penggal persekolahan benar-benar sibuk terutama bagi mereka yang tiada disekolah pada minggu terakhir penggal yang lalu. Mungkin kelam kabut dibuatnya untuk menanda kertas soalan yang belum ditanda. Saya, alhamdullillah, berjaya menyelesaikan semua kerja tersebut sebelum pulang bercuti.

Guru kelaslah yang paling sibuk pada minggu lalu, mana nak isi Buku Adab Berlajar. Mana nak kejar markah, markah dari cikgu. Cikgu pula hanya akan memberi markah tersebut setelah berbincang dengan murid. Dan perbincangan hanya akan dilakukan bila semua murid sudah menjawab peperiksaan yang diberikan (Ni kes murid deman atau keluar wakil sekolah. Tak dapat ambil periksa.)

Semua urusan perlu diselesaikan sebelum Hari Terbuka. Insyaallah hari Jumaat ini akan diadakan Hari Terbuka di sekolah saya. Siaplah jawapan dan alasan untuk diberikan kepada ibubapa yang bertandang nanti.

Kesibukan yang berlaku kali ini mungkin disebabkan perubahan takwin peperiksaan, di mana peperiksaan wajib dijalankan pada minggu akhir persekolahan.

Saya agak kurang setuju dengan langkah ini walaupun ada baiknya. Langkah ini diambil bagi membendung masalah ponteng sekolah di beberapa buah sekolah.

Biasanya cuti penggal persekolahan digunakan oleh pelajar untuk membaiki kelemahan mereka pada penggal pertama persekolahan. Jadi adalah baiknya jika peperiksaan diadakan seminggu atau dua minggu lebih awal supaya guru dapat menyemak dan berbincang dengan murid.

Jadi waktu cuti sekolah dapatlah murid membuat ulangkaji bagi membaiki kelemahan mereka pada penggal pertama bagi menghadapi penggal ke-2 yang lebih mencabar.

Dan guru pula bolehlah menyiapkan semua dokumen yang diperlukan dalam waktu cuti supaya minggu pertama persekolahan dapat berjalan dengan lancar.

Baiklah, itu sahaja untuk kali ini.

Wassalam..

Penulisan Yang Berkaitan

Comments

One Response to “Minggu Pertama Yang Sibuk!”

  1. syahjehan on June 18th, 2008 9:46 pm

    mmg le bz.. nak wat camna sumer nak markah awal. pehtu kalut plak nak isi buku rekod.. buku PLBS.. mencik lar.. asik2 jadi kerani nih.. habis dakwat pen den yang berharga RM1.80.. ngeee

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!