Wed 25 Jun 2008
Assalamualaikum & salam sejahtera.

Boleh dikatakan di semua sekolah setiap pagi Isnin atau Ahad diadakan perhimpuanan mingguan. Untuk apakah perhimpunan ini diadakan?
Perhimpuanan yang mengambil masa kurang dari setengah jam ini biasanya digunakan untuk menyampaikan nasihat dan peringatan kepada murid. Lagu Kebangsaan, ikrar dan doa adalah aktiviti wajib bagi sebuah perhimpunan.
Tetapi wajarkan sebuah perhimpunan begini digunakan untuk memarahi murid-murid?
Saya amat tidak bersetuju jika ayat-ayat negatif atau murid-murid dimarahi pada pagi ini. Kenapa?
Cuba anda bayangkan pagi ini adalah pagi pertama bagi minggu persekolahan. semangat yang dibawa dari rumah direntap mungkin hanya kesalahan hadir lewat atau tidak memakai tali leher.
Dua hari cuti, mood untuk belajar mungkin agak menurun bagi sesetengah murid. Semangat yang dibina pada malam hari untuk menempuhi seminggu yang mencabar, merubah diri dari murid bermasalah kepada murid yang baik mungkin terbang begitu sahaja bila dipagi hari pertama, herdikan yang diterima.
Maka seminggu yang dilalui menjadi muram durja.
Jadi wajarkan pagi pertama, kata-kata negatif digunakan dan apakah sesuai untuk dilakukan pada pagi ini?
wassalam
Mulakan Pagi Anda Dengan Ceria
Pendapat anda amat dialu-alukan



June 28th, 2008 at 8:08 pm
aunty setuju dengan cikgufarizal….
memang kalau ‘assembly’ tidak dirancang dengan baik oleh guru bertugas…akan timbullah sesi ‘leteran’ olehnya tanpa memikirkan ‘tindak balas’hati dan perasaan serta fikiran murid-murid terhadap apa yang telah dibebelkan..
sehabis baiknyer…’mengurus masa dengan baik’ masa ucapan pagi dengan ‘tajuk’ yang boleh dimanfaatkan oleh semua termasuk guru-guru amnya n murid-murid khasnya..Cth..boleh di’jot’ down oleh murid sebagai fakta/isi utk karangan/composition…
Dalam ertikata lein,masa perhimpunan adalah masa pengumpulan data or maklumat or infos..disamping nasihat n teguran n makluman yang diberi secara tegas but mesra…n boleh diterima pakai oleh sumer..tanpa melibatkan ‘ketinggian suara’ or ‘bebelan melampau’
November 7th, 2009 at 5:54 pm
i setuju sangt…waktu assembly bkn waktu untuk guru2 memarahi students…….
dulu i penah rasa kn marah pagi2 dengan guru waktu assembly..abis mood nk masuk clas….kadang2 rasa benci pun ada bl guru buat macam 2..guru2 sepatutnya memberi kata2 motivasi or kata2 semngatt untuk students bangun dari tidor mereka 2…students akan berasa dihargai apabila ada guru2 yg mengambil berat tentang mereka di waktu pagi2 begini……