Peperiksaan - Wajarkah Ia Terlalu Kerap Diadakan?
Filed Under Peperiksaan · Tagged: Exam, Peperiksaan, UPSR
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Terima kasih kepada Aunty kerana sudi bertanyakan soalan ini. Kebetulan saya pun baru sahaja siap menanda kertas Matematik bagi ujian Intervensi 3. Sekarang tengah menganalisa jawapan murid. Nampaknya internvensi kali ini percapaian murid agak meningkat.

Sekarang kita kembali kepada persoalan yang dikemukakan oleh Aunty, Wajarkah Peperiksaan Diadakan terlalu Kerap?
Ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri bagi kewajaran peperikasaan diadakan terlalu kerap.
Mungkin ramai yang beranggapan yang kekerapan peperiksaan dilakukan, tahap kesediaan murid terhadap peperiksaan sebenar makin baik. Tetapi mungkin juga tidak kerana faktor kebosanan akan memberi kesan kepada murid.
Peperiksaan. Apakah tujuan sebenar peperiksaan diadakan? Sudah tentu untuk menguji sejauh mana kebolehkuasaan murid terhadap sesuatu matapelajaran yang telah dipelajari.
Seperti yang kita sedia maklum. Selepas sesuatu peperiksaan diadakan, keputusan yang diperolehi dianalisa untuk melihat sejauh mana keberkesanan teknik pengajaran yang diaplikasikan.
Setiap soalan yang dikemukan akan diulangkaji bersama murid bagi membetulkan setiap yang melakukan kesalahan. Setelah selesai semua itu, barulah topik baru akan diajar.
Mungkin sesetengah subjek atau kelas mengambil masa yang beberbeza untuk ulangkaji ini. Mungkin yang hanya memerlukan satu atau dua waktu dan mungkin juga hingga empat waktu.
Jika peperiksaan terlalu kerap diadakan, masa untuk membetulkan dan mengajar akan menjadi kurang kerana satu peperiksaan akan mengambil masa satu minggu. Jadi satu minggu masa pengajaran akan berkurangan jika satu peperiksaan bertambah.
Jadi saya berpendapat peperiksaan yang terlalu kerap lebih banyak kesan buruk dari kesan baik. Bagi mana pula dengan anda? Berapa bilangan yang sesuai untuk peperiksaan dalam setahun?
Wassalam





saya rasa setahun 4 kali aje dah cukup.. sbb kalau terlalu banyak pun tak guna jugak.. sebab nanti tak dan nak perabih silibus.. kalau kelas pandai takpe gak.. dapat kelas2 yang istimewa… haa.. jenuh la nak kampuih. soalan exam plak kalau yang centralized tu membawa masalah kepada kelas2 yang istimewa nih.. hehe.. cian anak2 murid saya yang istimewa.. sentiasa ketinggalan. huhu
rasanyer 2 kali setahun lagi ok macam aunty zaman dulu2…Bru rasa macam pikser yang ‘real’…Budak-budak meme pulun bersedia untuk pikser..
X ler macam lani..Disebabkan pikser dah banyak sangat,dah jadi x ‘heran’ dah kat mereka..
Lagi pu kekerapan pikse akan jadi macam ‘exam oriented’ jer..So,matlamat nak lahirkan budak-budak yang boleh membaca n mengira n memulis mungkin tak tercapai coz lani kita asik-asik focus nak pulun abes syllabus tanpa mengambil kira samada murid faham ker idok…
So,no point ler kalo budak-budak masih tercicir
Saya pun setuju kalau 2 hingga 4 kali jer peperiksaan. 2 kecil 2 besar dah ok.