July 2008
Monthly Archive
Mon 21 Jul 2008
Posted by Cikgu Farizal under
Artikel ,
Blog ,
Keratan Akhbar [4] Comments
KUALA TERENGGANU 20 Julai, UTUSAN ONLINE – Kementerian Pelajaran bersedia menerima pandangan dan teguran daripada pelbagai pihak termasuk pelajar dalam usaha memantap dan memperkemaskan Pelaksanaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Timbalan Menterinya, Datuk Razali Ismail berkata, pandangan mereka diterima sejajar dengan dasar keterbukaan kementerian itu.
“Pandangan pelajar matrikulasi dan tingkatan enam juga diambil kira kerana mereka mungkin mampu memberi idea yang bernas,” katanya kepada Utusan Malaysia semasa bersarapan pagi dengan penduduk di Bukit Depu di sini hari ini.
Beliau mengulas rumusan awal Persidangan Meja Bulat mengenai PPSMI yang mendapati proses pengajaran mata pelajaran itu di kawasan luar bandar perlu ditingkatkan berbanding sekolah di bandar.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom dilaporkan berkata, peserta persidangan turut mencadangkan kajian dibuat untuk menambah baik kecekapan guru, kemudahan prasarana dan program sokongan diperluaskan.
Mengulas lanjut Razali memberitahu, peruntukan RM5 bilion telah digunakan dalam menjayakan PPSMI setakat ini.
Beliau menambah, peruntukan itu digunakan bukan sahaja untuk peralatan pembelajaran dan pengajaran termasuk komputer dan bahan pengajaran malah pelbagai kemudahan berkaitan.
Katanya, walaupun secara kasar impak pelaksanaan PPSMI setakat ini belum begitu ketara khususnya di luar bandar namun kesan positif sudah mulai kelihatan.
Jelas Razali, dalam usaha memantapkan PPSMI, kementerian sentiasa berusaha menganjurkan pelbagai program termasuk mengadakan persidangan meja bulat berhubung isu-isu berbangkit.
Katanya, kementerian juga membentangkan 16 kajian mengenai PPSMI yang dilakukan bukan sahaja oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) malah kementerian pelajaran dan sektor swasta.
“Kita juga akan membentangkan hasil kajian akhir tahun ini untuk melihat keberkesanan program ini dan kita akan lihat sejauh mana kejayaan dan impaknya terhadap pelajar,
“Ini penting sebab kita harus ingat kesan atau impak PPSMI adalah besar membabitkan berjuta pelajar dan perbelanjaan yang mencecah RM5 bilion,” katanya.
Fri 18 Jul 2008
Posted by Cikgu Farizal under
Blog No Comments
Assalamualaikum & salam sejahtera…
Apa khabar semua? Moga sihat hendak-Nya. Pertamanya saya memohon ribuan kemaafan kerana sudah lama tidak mengupdate blog ini. Sibuk bagat.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda semua memberi komen di blog ini.
Inysaallah hujung minggu ini akan ada sedikit perubahan pada blog ini demi memberi keselesaan kepada anda dalam memberi pendapat dan membuka topik perbincangan.
Saya juga memohon maaf kepada yang bertanya kerana masih belum berpeluang menjawab.
Ok itu sahaja untuk pagi ini, wassalam
Fri 4 Jul 2008
Posted by Cikgu Farizal under
Blog ,
Keratan Akhbar [12] Comments
PUTRAJAYA 3 Julai ā Kementerian Pelajaran akan melancarkan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Ren dah (PGRS) dan Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) bagi meningkatkan tahap kelulusan akademik guru-guru sekolah rendah.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, kedua-dua program tersebut akan bermula tahun ini dengan pengambilan pertama dijangka pada 17 November ini.
“Iklan program ini akan disiarkan pada 15 Julai ini menerusi akhbar tempatan dan permohonan juga dibuka secara dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Alimuddin berkata, program PGSR akan dikendalikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara mulai 2008 hingga 2012 dan melibatkan tempoh pengajian selama empat tahun.
Katanya, program ini akan diadakan semasa musim cuti persekolahan dengan unjuran pengambilan seramai 3,000 orang guru setiap tahun.
“Bidang ditawarkan melibatkan pelbagai mata pelaja ran, selepas tamat pengajian peserta program akan dianu gerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepuji an (Pendidikan Rendah),” katanya.
Alimuddin menjelaskan, PKPGB pula dikhaskan kepada guru besar atau pegawai-pegawai kementerian yang per nah menjadi guru besar dan menyandang gred DGA34 dan DGA32, berumur tidak melebihi 48 tahun.
“Program selama tiga tahun itu dilaksanakan secara Mod Intensif iaitu dalam tempoh setahun kuliah melibat kan empat sesi secara intensif merangkumi 148 hari. ā Utusan.
Tue 1 Jul 2008
Posted by Cikgu Farizal under
Blog ,
Dr Cinta 1 Comment
Assalamualaikum & salam sejahtera…
Tadi sewaktu menunggu kehadiran ahli Mesyuarat Kemerlangan Murid, seorang guru menunjukkan sebuah karangan yang diberikan oleh suami beliau. Beliau tidak tahu dari mana sumber tersebut, tetapi mungkin dari email-email yang diforward. Mungkin ada diantara anda yang telah membacanya. Di sini saya ingin sekali lagi berkongsikan cerita tersebut.
SURAT CINTA TIJAH
Tija budak kampung tapi bekerja di Kuala Lumpur.
Biasalah bila sudah duduk “town”, mula lupa asal usul. Pakai seksi maut, bercinta pula dengan lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yang bermata biru.
Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dengan wanita lain yang lebih cantik dan bergaya daripadanya.
Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan perhubungannya dengan lelaki mat saleh tadi yang baru dikenalinya sebulan.
Begini bunyi surat yang ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yang berjaya “dicuri”…
Mike…
I WANT TO CUT CONNECTION US.
I have think about this cook-cook. I know I clap one hand only. Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.
You always ask for apology back-back. i don’t trust you again! You are really crocodile land.
My friend speak you play wood three. First-first i think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.
So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result IĀ pick is very correct, because you love she very high from me.
So, i cut this connection to go far from here. i don’t want you play-play with my liver.
I have been crying until no more eye water thinking about you. I don’t want banana to fruit two times.
Safe walk…
Tijah.
Morale of the story : Learn english before you fall in love with ‘mat salleh’