Peluang Guru Sekolah Rendah Dapat Ijazah
Filed Under Blog, Keratan Akhbar · Tagged: Add new tag, Guru Kerjaya Guru, ijazah, Keratan Akhbar, naik pangkat, peluang Guru
PUTRAJAYA 3 Julai – Kementerian Pelajaran akan melancarkan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Ren dah (PGRS) dan Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) bagi meningkatkan tahap kelulusan akademik guru-guru sekolah rendah.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, kedua-dua program tersebut akan bermula tahun ini dengan pengambilan pertama dijangka pada 17 November ini.
“Iklan program ini akan disiarkan pada 15 Julai ini menerusi akhbar tempatan dan permohonan juga dibuka secara dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Alimuddin berkata, program PGSR akan dikendalikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara mulai 2008 hingga 2012 dan melibatkan tempoh pengajian selama empat tahun.
Katanya, program ini akan diadakan semasa musim cuti persekolahan dengan unjuran pengambilan seramai 3,000 orang guru setiap tahun.
“Bidang ditawarkan melibatkan pelbagai mata pelaja ran, selepas tamat pengajian peserta program akan dianu gerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepuji an (Pendidikan Rendah),” katanya.
Alimuddin menjelaskan, PKPGB pula dikhaskan kepada guru besar atau pegawai-pegawai kementerian yang per nah menjadi guru besar dan menyandang gred DGA34 dan DGA32, berumur tidak melebihi 48 tahun.
“Program selama tiga tahun itu dilaksanakan secara Mod Intensif iaitu dalam tempoh setahun kuliah melibat kan empat sesi secara intensif merangkumi 148 hari. – Utusan.





cikgufarizal!cikgu veteran macam aunty ni xdek ker ’skim pensiswazahan’ macam guru L.C.E. dulu naik ker gaji diploma?
Kalau ada kan ker bagus…boleh dapat gaji lebih sikit n semestinyer pencen lebih banyak nanti…
wah.. sangat sesuai utk kawan2 saya yang tanak sambung belajar. kesian mereka ni kalau tak sambung sekarang.. takut ketinggalan.. alasan mereka selalunya takde masa nak study and buat assignment.. memang takde masa.. we need to sacrifice eh.. semoga dengan skim ni, leh la membantu mereka yang takde masa..
Getting a degree is not so much about getting higher pay the moment you graduate with a degree. That is not what going to university is all about. You can get money more by doing other part time work such as bukak gerai, kasi tuition and Avon.
Getting a degree is more about improving yourself and in the process you improve yourself and your teaching
You must have a change in mindset or paradigm or attitude in pursuing a degree, that is to IMPROVE yourself
There is no point in going to a university where after you graduate there is no difference or change in yourself or the way you think and do think,
yes3!!! I agree
camne nak wat?saya nak sambung blaja… bagi tips la..sy x de masa nak surve internet ni.. ni pun ade kelas.. dah la nak surve pun lambat.. x sempat nak survey…k ade kelas chowww…
nurfik.. pasang la line stimix kat umah tu.. hehe.. rm77 aje.. unlimited access.. senang, mudah n nak shoping pon senang.. hehe
erm..betul tu…Boleh jer ym or email kat members untuk bantuan/bimbingan kok ada apa-apa masalah dalam proses pembelajaran…
Insyaallah boleh kita orang pakat-pakat membantu setakat mana terdaya/mampu