Motor Ni Abah Yang Punya…
Filed Under Blog · Tagged: 31 Ogos 2008, 51, Malaysia, Merdeka
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Hampir 5 hari tidak dapat menulis di blog ini lantaran kesibukkan kerja. Ya, lagi 11 hari murid tahun 6 akan menduduki UPSR. Jadi banyaklah ulangkaji yang ingin diberikan dan disemak.
Alhamdullillah hari ini dapat juga saya meluangkan sedikit masa untuk menulis di blog ini.
“Motor ini Abah yang punya.” Ini adalah skrip terakhir yang diucapkan oleh Aeman dalam iklan Petronas sempena Hari Kemerdekaan yang ke-51.
Setiap kali menjelangnya bulan Kemerdekaan dan musim perayaan, iklan Petronas adalah iklan yang ditunggu-tunggu. Memang best-best belaka iklan Petronas ni. Maklumalah Petronas banyak duit
Iklan yang meletakan pelakon terkenal Aflin Sauki sebagai bapa Aeman merupakan iklan yang banyak memberi pengajaran kepada kita.
Memang benar, setiap orang mempunyai keinginan. Tetapi tak ramai yang mampu mengorbankan keinginan untuk masa depan yang lebih gemilang. Terutama jika kita dulu anak orang susah. Ya, dulu kita anak orang miskin. Apa yang kita inginkan tak pernah dapat. Jadi bila dah besar ni dah ada duit sendiri tentulah kita ingin memenuhi segala impian kita.
Tetapi… kini kita adalah Abah, ada anak yang ingin kan sesuatu seperti yang kita inginkan dahulu. Mampukah kita mengorbankan keinginan kita demi anak kita kerana kita tidak mahu anak kita kempunan seperti kita atau mampukah kita mengorban keinginan kita dan anak kita demi masa depannya yang lebih gemilang.
Kadangkala saya rasa terkilan juga bila ada rungutan dari ibubapa apabila ada guru yang meminta duit dari anak mereka untuk membanyakkan latihan (Fotostat latihan) sedangkan anak tersebut membawa handphone yang lebih mahal dari handpone guru yang paling mahal di sekolah.
Kadangkala terkilan juga di hati saya bila yuran tambahan sekolah yang setahun sekali menjadi isu, sedangkan yuran bulanan televisyen parabola mampu dibayar.
Tetapi saya sedar setiap insan mempunyai alasan sendiri untuk menentukan apa yang terbaik untuk generasi mereka.
Sekadar pendapat
Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-51 bakal menjelama Ahad ini, saya mengucakan Selamat Menyembut Hari Kemerdekaan yang ke-51 kepada semua pengujung blog ini.
Wassalam
Kedah Menang Lagi Piala Malaysia- Tahniah
Filed Under bola sepak · Tagged: 2008, Kedah, Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia
Assalamualaikum dan salam sejahtera….
Setelah menang lagi Piala FA dan Liga Super, semalam Sang Kenari membuktikan keunggulan sebagai sebuah gergasi bola sepak Malaysia dengan menjuarai sekali lagi Piala Malaysia yang melengkapkan kejuaran double-trible.
Tahniah kepada semua yang terlibat.
Selamat Bercuti, Selamat Pengantin Baru & Selamat BerPTK
Filed Under Blog · Tagged: cuti sekolah, kahwin, PTK, Selamat Pengantin Baru
Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Apa khabar anda semua? Semoga sihat hendak-Nya. Alhamdullilah dapat juga saya mengupdate blog pada malam ini. Sejak sampai dari KL semalam saya agak sibuk kerana adik ipar berkahwin semalam. Dan hari ini adalah hari kenduri dirumah sebelah pengantin perempuan.
Kepada semua rakan guru, penolong kanan dan pelajar serta murid diucapkan selamat bercuti. Gunakanlah cuti ini untuk sesuatu yang memberi manfaat.
SELAMAT PENGANTIN BARU…
Cuti sekolah ini juga adalah kesempatan terbaik untuk guru-guru melangsungkan perkhawinan. Dengan ini juga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada semua yang baru dan akan berkahwin pada cuti sekolah ini.
SELAMAT MENDUDUKI PTK.
Kepada semua rakan guru, jangan lupa pada 20 atau 21 Ogos ini kita akan menduduki PTK. Dah study ker? Moga kali ini ramai yang dapat 4/4.
Ok itu sahaja untuk kali ini.
Wassalam





