Pengalaman Baru…

Filed Under Aktiviti · Tagged: , , ,  

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Apa khabar anda semua hari ini? Moga sihat hendak-Nya.

Hari Sabtu semalam memberi satu pengalaman baru dalam hidup saya. Buat pertama kalinya saya bercakap dihadapan orang yang lebih hebat dari saya.

Saya telah dijemput oleh Cikgu Zahrin, dari SM Teknik KL untuk mengadakan ceramah serta bengkel untuk membina blog peribadi.

Sebelum ini ada juga permintaan, tetapi saya menolak. Entah mengapa pada kali ini saya termenerimanya. Termenerima?  Ya, termenerima, saya sampai sekarang musykil bila saya katakan ya. Tapi Alhamdullilah, keputusan yang terambil itu adalah sesuatu yang tepat. Saya pengalaman dan ilmu baru saya miliki.

Gementar lutut saya bila ingin memulakan ceramah. Tambahan pula Pengetua SMTKL duduk berhadapan dengan saya. Rata-rata yang di depan saya semuanya guru-guru yang hebat belaka. Ajar kimia, fizik, addmath. Siapalah saya yang hanya mengajar Sains tahun 5 dan Matematik tahun 6.

Tapi cikgu-cikgu di sini amat sporting dan Alhamdullilah setelah lebih 4 jam semuanya selesai.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Comments

2 Responses to “Pengalaman Baru…”

  1. CikguNayan MALAYSIA on August 13th, 2008 7:39 am

    Tahniah Cikgu Farizal….

    Lepas ni hang jadi sumber rujukan guru-guru di KL dan Selangor..

    Mesti banyak jemputan lepas ni..

    P/S: Saya tgh mengira-ngira kursus nak cukupkan jumlah 7 hari berkursus. Setakat ni belum cukup lagi..

  2. Cikgu Farizal MALAYSIA on August 17th, 2008 11:57 pm

    Terima kasih Cikgu Nayan.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!